BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, May 31, 2009

nothing...

Telah jauh tepisah, Diriku dan dirimu,
Dalam ruang dan waktu,
Sendiriku jalani sepiku, Tanpa dirimu,
Resahku tanpa hadirmu,
Sungguh berat hatiku untuk merasakannya…
Salahku mencnitai dirinya,

Saat jauh terpisah darimu,
Dan hadirnya menyentuh,
Hatiku untuk cintainya,hatiku inginkannya,
Hingga runtuh setiaku kepada dirimu…
Ku sakiti hatimu y tulus mencintaiku…
Maaf ku tak bias memilih dirimu,
Kerna kuterhanyut mencintai dia,
Inilah salahku y memberi ruang,
Di dalam hatiku untuk mencintainya...
Terhanyut jiwa ini, terjatuh di hatinya,
Terhanyut jiwa ini, terjatuh di hatinya…

################

ha,apa? apa? gosip r tu.hai,pantang ada benda skit gosip ja tau.lagu ni x dak kena mngena dgn y "hidup" ataupun "mati".actually aku x tau nk tulis pa.masa on laptop ni mulut gatal nyanyi lagu ni,aku pun taip ja la.hahahaha...

kalau da y terasa,maaf ya...jangan gosip2 lagi...jaga dulu kain sniri,takut terkoyak ataupun terlondeh..zasss!!!

pesanan dibawakan khas untuk diri sendiri...

Saturday, May 30, 2009

oh,aku rindu dia!!!...

miggu lepas aku call mama...

aku:hello,assalamualaikum...

mama: waalaikumussalam...

aku: mama sihat ka?

mama: sihat alhamdulillah...(aik,sihat? suara lain benar ni).dayah lagu mana? sihat ka?

aku: ya alhamdulillah,sihat ja.ma dok buat pa? makan dah ka?

mama: mama baru sudah semayang, x buat apa pun. ha,awat dayah nak habaq apa ni?
(sungguh.lain betol suara mama.aku da dapat agak)

aku: x dak pa aih,saja telipon teringat kat ma.awat sora ma lain ni? penat (asma/athma) ka?

mama: haa,baguih la ingat kat mama.dak aih,x penat aih.saja kot dayah dengaq lain...dayah periksa bila ni? (mama aku cover)

aku: periksa isnin 1.6 depan.tu sapa ada kat rumah?

mama: kak mira (anak angkat mama) ada,tidoq dah.dia kata sakit gigi.kak (kakak aku) ada jugak ni dok buat pa x tau.

aku: cik? (abang aku).

mama: dia reja malam...awat dayah,nak duit ka? (batuk2)

aku: laa,dak aih.saja ja telipon ni.

mama: dayah bila nak balik?

aku: hari tu dayah nak balik,ma x bagi.ni x mau balik dah la (saja acah mama).ingat nak balik
hujung bulan depan tapi ada progaram pulak.x leh balik la.tunggu bulan 7 la kot,lepas start sem baru dayah balik.

mama: laa,hati tu dah kata iman nak p daftar matrix,mama x bagi balik la.p la tolong depa sat...mai la balik. (heheh)...

aku: tengok la nanti dayah balik la...x pa la ma,nak study ni.nanti ada presentation.nanti dayah telipon balik.

mama: ok.blajaq elok2.makan jangan lambat,takut angin perot tu.tu rajin2 baca quran.bangun la tahajjud.jangan dok lagho sangat,merapu x ketahuan. (pesanan tiap kali aku call dia.da boleh hafal) hehehe...

aku: hehehehe,baik boss.kirim salam kat semua..assalamualaikum...

mama: insyaallah,waalaikumussalam...

lepas tu aku terfikir2,mesti mama aku penat.saja ja x mau habaq kat aku.x mau aku risau la tu.
aku x puas hati ni...malam esoknya aku pun call balik...(memang malam ja time aku call mama).kakak aku y angkat...

kakak: hallllllllooooo assalamualaikum (tah dia buat sora galak apa tah)..

aku: waalaikumussalam....ma ad dak?

kakak: ha ada,sat...

mama: assalamualaikum hidayah.ha,awat? (suara maintain macam semalam)

aku: waalaikumussalam. x dak pa aih,saja telipon..awat orang tua tu (kakak aku) galak semacam? aku dengan kakak aku memang cakap camni....ngeh3...

mama: ha,x tau kat dia. jadi pa tah.

aku: tu buunyi sora cik.dia ada ka?

mama: ha,ada.cuti hari ni...ni dayah,tadi mak cik munah (mak angkat aku) telipon.dia buat knuri sabtu ni,dia suroh p la.dia kirim salam kat dayah.

aku: waalaikumussalam...

mama: tapi mama kata la x leh p, x brapa sihat.penat 3 4 hari dah.x larat nak buat apa..(ha,tengok.kan betol mama aku penat.dia x perasan la tu terlepas cakap)

aku: mama penat terok ka ni? (bukan boleh caya sangat mama aku.kadang2 sampai x boleh bangun 3 4 hari pun dia kata x terok)...

mama: dak aih,penat lagu tu ja.x terok aih...(cover lagi.y aku pun satu p tanya buat pa dah tau jawapan dia camtu.huhu.tapi kali ni x tau la betol ka x)...

aku: semalam orang tanya kata sihat..(aku dah mula bahasakan diri orang,x baik betol)...

mama: laa...penat skit ja.x dak pa aih...dayah nak kata apa ni?

aku: x pa la,orang nak balik hari rabu,minggu lepas periksa tu.

mama: ha, x pa la.balik la.balik elok2...

aku: k la ma (x dak mood)...nanti telipon balik la.

mama: macam pesanan di atas...

aku: ha la, assalamualikum...

mama: waalaikumussalam...

hai,risaunya aku dengan mama aku ni.selalu sngat camtu...huhu.ni y buat aku rasa nak balik cepat ni tapi isnin depan dah nak exam.sabar ja la...tiba2 bunyi mesej masuk...ooo.kakak aku.

"dayah,bila hg (hang) nak blk wei? aku boring ni (ala,saja x mo sebut dia rindu aku,ngeh3).blk la.jm kita wat projek...la ni pun durian dok luruh dah".

nampaknya orang kat rumah sume da rindu aku.heheh...(aku la tukang karut kat rumah tu.kalau aku x dak memang sunyi rumah)..kakak aku pulak sebut pasal durian,lagi aku nak balik..durian? huhu,besnya...makan pulut durian dengan santan n gula...hurm,sedap x terkata.yummy2...

ya Allah,cepatla hari rabu tu sampai...aku nak balikkk!!! aku rindu rumah,aku rindu kak,rindu abang,rindu durian n paling penting rindu MAMA!!! oh,rindunya....harap2 balik nanti mama dah ok...

ya Allah.lindungi kami sekeluarga daripada daripada segala musibah dan gangguan.amiinn...

Friday, May 29, 2009

kenapa dan mengapa???

Kenapa harus kubercinta,
kenapa kupercaya,
kenapa harus kudikecewakan???…


eh,bukan nak cakap pasal ‘kenapa’ lagu dendangan si fulan ni tapi ‘kenapa’ y bawah ni ek…heheh…

Anda perasan tak y kita ni slalu baca doa x abis? X abis kat sini bermaksud baca doa y sebelum ja tapi doa selepas slalu tinggal…betol x?

Cuba tengok balik dalam kehidupan harian kita…sebelum makan ia2 ja baca doa “ya Allah berkatilah rezeki…….” Siap ada penambahan lagi kat belakang tu.tapi lepas makan, doa lepas makan mesti or slalu x baca,kan? Kenapa ek? X ingat ka? Bila nak masuk toilet,baca la “ya Allah aku berlindung…..” tapi bila kuar baca tak doa kuar toilet? ntah2 doa kuar toilet pun x tau…bila nak tido ingat ja baca “dengan nama Allah….” Dan macam2 ayat lagi.Tapi bila bangun tido mesti miss baca doa bangun tido…plek2.lupa ka?

Masuk waktu solat, p amek wuduk. B4 amek wuduk baca bismillah dulu tapi bila da siap amek wuduk, x baca doa lepas amek wuduk. Apa sebabnya ya? X hafal eh doa lepas amek wuduk? Pastu bila nak study doa la “ya Allah bukakanlah pintu hati……” tapi bila abis study,mata pun da ngantuk tido camtu ja.x baca pun doa lepas study…hurmm,kenapa ya? X sempat belajar doa lepas study ek? satu lagi,bila nak kuar p mana2 mesti baca doa kuar rumah n doa naik kenderaan tapi bila da turun kenderaan,da sampai destinasi, ringan x mulut anda nak ucap “Alhamdulillah,dah selamat sampai?”. Susah ek nak sebut Alhamdulillah tu?...

Kenapa jadi camni ha? Da x ingat ek nak ucap syukur bila da makan rezki Allah?... Da x mau berterima kasih bila Allah jauhkan kita gangguan masa dalam toilet?... Da x reti bersyukur bila Allah masih panjangkan umo kita?... Da x ingin nak say thanks to Him y masih bagi peluang untuk kita berwuduk dan solat?...Da lupa ek Allah bagi akal y sempurna untuk belajar?...Da x kisah ka Allah da bantu mudahkan perjalanan kita? ish3…

Actually banyak lagi doa2 lain y aku perasan kita baca separuh ja tapi xkan nak list semua kan? Kenapa ek kita selalu jadi camni? Ha? X sempat nak hafal ek doa2 tu? Cek kak oii, aku nak betulkan tanggapan y salah ni.berdoa bukan dalam bahasa arab ja.bahasa apa pun x pa.Allah faham sume bahasa,don’t worry my dear….

Hurm…kepada orang y selalu lupa tu…jangan pulak lupa baca doa lepas solat.kalau y tu pun lupa,ish3…rugi y teramat…ini bukan cobaan.ini betul2…

Peringatan dibawakan khas untuk diri sendiri...(sebab aku pun kadang2 macam tu jugak)…ngeh ngeh ngeh...=> <=…peace…

p/s: doa itu senjata orang2 y beriman…=>

Ya Allah,jauhkanlah daripadaku sifat lalai itu agar aku tidak lalai mensyukuri nikmat2Mu…amiinn…

kaitan zikir dan otak...

Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna.

Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.
Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan.

Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. Satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar.

Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks. Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain.

Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya. Oleh itu, saudara-saudaraku se-Islam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.

#iluvislam.com...

isu pemakaian purdah...

Pemakaian purdah ataupun nama lainnya ialah Niqab adalah perkara yang didalamnya terdapat khilaf dikalangan Ulama.Khilaf ini dikenali dengan nama Khilaf yang Muktabar.Khilaf yang muktabar ialah khilaf yang berlaku antara ahli ilmu yang mereka semua mempunyai dalil yang diterima di sisi kaedah penghujahan syarak atau perkara yang tiada dalil yang jelas mengenainya, atau mereka berbeza pendapat kerana ketidakjelasan dalil. Maka hukuman yang diputuskan fuqaha dalam masalah tersebut bersifat ijtihadiyyah.

Majoriti Imam mazhab, termasuklah Imam mazhab fiqh yang empat, dan yang lainnya juga - berpendapat bahawa seseorang wanita itu tidak diwajibkan menutup muka dan juga tangan. Akan tetapi, ada golongan sarjana/ulama, yang majoriti mereka daripada mazhab Hanbali, mengajar supaya wanita mestilah menutup muka(berpurdah) dan juga tangan.
Di zaman ini, antara ulama yang menegaskan wajah wanita adalah aurat ialah al-Syeikh Ibn Baz r.h. ( mufti Saudi yang telah meninggal ) dalam fatwa-fatwanya yang banyak, diikuti oleh para ulama di Saudi. Sebelum itu ‘Abu al-‘Ala al-Maududi r.h. dalam bukunya al-Hijab juga menegaskan akan hal berpurdah ini.Sementara yang menyatakan wajah wanita yang bukan aurat ialah majoriti ulama semasa, antaranya Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam bukunya al-Niqab li al-Marah”,dan al-Syeikh Nasir al-Din al-Albani r.h. dalam Jilbab al-Marah al-Muslimah fi al-Kitab wa al-Sunnah” dan kitabnya yang terakhir sebelum beliau meninggal sebagai jawapan dan tambahan kepada kitab tersebut iaitu Al-Radd al-Mufhim. Begitu juga Muhammad al-Ghazali r.h. dalam banyak tempat dalam buku-bukunya.

Sarjana Islam terkemuka, Sheikh Iqbal Nadvi, Imam Masjid Calgary, Alberta, Kanada, dan bekas Profesor di Universiti King Saud, Arab Saudi, berkata:Isu niqab (menutup seluruh badan termasuk muka dan tangan) adalah syarat asas dalam pemakaian hijab (pakaian wanita Islam) dalam satu mazhab, manakala niqab itu adalah bahagian yang digalakkan (disunatkan) dalam pemakaian hijab bagi mazhab lain. Tetapi apa yang telah disepakati oleh para ulama mazhab ialah menanggalkan niqab/tidak memakai niqab (iaitu dengan mendedahkan muka) atas sebab-sebab yang tulen/sebab yang bukan dibuat-buat, seperti untuk tujuan pengenalan diri dan perubatan.

Justeru itu, tidak wajar untuk seseorang berkeras menganggap munkar apabila melihat seorang muslimah berpegang dengan mana-mana pendapat dalam hal ini. Namun perbincangan dan perbahasan secara ilmiah untuk mencari pendapat yang lebih rajih adalah dialu-alukan dan digalakkan.Sehubungan itu,tidak wajarlah kita memperlekehkan atau menganggap 'TIDAK BERFAEDAH' seorang muslimah itu,apabila tidak istiqomah dalam pemakaian purdah.Lagi-lagi apabila muslimah itu hanya buka apabila berada di kelas/kuliah yang memerlukan mereka membuka niqab tersebut.Hormatilah muslimah-muslimah ini yang cuba melaksanakan sesuatu yang beliau faham dan berpegang pada salah satu pandangan ulama ini.Semua ini mereka lakukan semata-mata utk mendapat keredhaan Allah.bersangka baik itu adalah salah satu ciri orang yang beriman.WaAllahualam...

#untuk bacaan lengkap sila baca kitab fatwa mauasirah,oleh Al-Imam Yusuf Al-Qardhawi...

#iluvislam.com...

Wednesday, May 27, 2009

kisah presentation...

Ingat x aku penah cite pasal nk buat presentation tentang Thomas Aquinas tu? Ala,political thought,y discussion x jadi tu…so,hari ni la presentationnya.

Tadi cluss start pukul 11.ingatkan masuk2 cluss terus kena present tapi x.lecturer kami dr.fuzi (kami panggil sir ja) explain dulu tentang scholar y presenters lepas present,st Augustine.so,dok tunggu sir explain tu,masa pun menginjak ke jam 12.10…jadinya peruntukan masa utk group kami x la lama..(heheh,aku suka).paling lama 50 minit ja la kan.x leh la orang tanya banyak2.aku gabra actually walaupun da buat presentation dari matrix dulu,walaupun da 3 tahun jadi student.huhu…

Group kami presenter y ke7.1 group da 5 orang dan aku presenter y ke3…bila da abis sir mengajar,kami pun start la presentation 2…mula dengan biography st.thomas Aquinas 2,pas2 work and writing dia,then sambung pulak dengan dia punya theory on kingship,types of government,4 types of law dan banyak lagi la.tapi tengok ja gambar Thomas aquinas 2,kami da kena hentam dengan sir (sedih da ni,permulaan y x best).sebab gambar 2 nampak budak2 sangat (mana la tau sir,da memang gambar y dilukis macam 2)...

…x la lama sangat presentation tu,slide pun da 30 ja.x banyak kan? Dalam 40 minit abis la presentation 2.cluss pun tepuk tangan…gabra aku pun da abis…heheh.=>…

Sir macam puas hati ja dengan presentation tu sebab dia x tanya apa2 pun.then sir bersuara; “ok,this is a good presentation.good right? (sir Tanya cluss).any question cluss?” cluss da jawab “nooo”..(yes,x dak soalan). sir cakap good sebab content kami lengkap...hik3,group kami berbangga seketika sebab 6 group y lepas da ja sir tnya or complaint apa2 (tadi complaint gambar,x jejas content pun).congrats…ish3,x baek betol ko ni dard…

da x dk soalan kami pun nak balik tempat la kn tapi tiba2 ja si fulan cakap “yes”.adoii,kami da cuak.actually kami da bajet,si fulan ni memang akan tanya soalan.dari kami tengah present lagi kami tengok dia dengan orang sebelah dia tu dok complaint2 kami punya slide tu…(actually kan,majority cuak gile dengan si fulan ni.semua benda dia nak tnya,nak kritik).x caya cuba tnya cluss tu.agaknya dia x puas hati kot sir kata kami bagus.huhu…ya la,kami buat keja last minute,slide pun x menarik macam group dia punya,gambar pun 1 ja.

bajet pandai and bagus-ni la pendapat aku dan orang ramai tentang si fulan ni…dia la y suka menyampuk masa sir tengah mengajar.dia la y kononnya banyak tau isu semasa.dia la y suka kritik idea orang (kalau kritikan membina x kisah).dia la y tau semuanya tentang politik…(tapi kawan aku cakap nama dia x penah ada pun dalam dean list).cuak2…

dia pun tanya la 3 soalan (lazimnya soalan dia hanya 6 7 perkataan tapi b4 dia tanya tu dia punya muqaddimah sampai orang x larat dengar.nak menunjukkan y dia master benda ni).so disebabkan muqaddimah dia y panjang tu,kami macam samar2 ja dengan soalan dia tu.lambat la jadinya kami nak jawab kan.ya la,nak bincang dulu kan…pastu dengar la suara dia “ala,lack r tu”.ya allah,sakitnya hati.kawan y sebelah aku ni cakap “adoi,aku ase macam nak sepak je mamat ni”.huhu…dia da buat kami cuak gile…anda nampak x sebab apa dia tnya soalan? Bukan sebab dia x faham tapi sebab nak trap kami.sememangnya perangai dia macam tu…sabar ja la…

pastu ada la Indonesian bro ni cakap;”sister,if u don’t want to answer,just skip it”.hahaha,ada
orang gelak.selamber ja bro tu.aku tau,dia pun malas nak layan si fulan tu.”eh,asal lak nak skip.aku y tanya soalan tu”.so,kawan aku ni pun jawab la…”bla blab la bla bla boleh blah”.dia x la kata boleh blah tu.heheh.pas da jawab tu dia tanya lagi.ya allah sakitnya hati.x pa la.jawab la lagi soalan dia…da abis jawab tu,dia pun cakap;”so,u want to say that the divine law is needed la”,(lebih kurang camtu la).then dia senyum…haaa,see.bukan dia x tau jawapan tu tapi saja nk peningkan kami.bengkek betol dengan si fulan ni.

Pastu ada la sorang bro tu dari _____istan tu ckap kat kami…”man ask for three reasons.first,he really don’t know.second,he want to trap u and last,he want to make u confuse.i think he is the last one”.yup,pandai pun bro ni.tengok, foreigner pun tau perangai dia cane.huhu…

Lagi sebulan ja nak abis short sem ni.maknanya lagi sebulan ja aku satu cluss dengan si fulan ni.cepat la abis ya Allah…bertambah ja dosa aku bila tengok gelagat dia…

Hurm…so,abisla “drama” dalam cluss tadi.huhu,hari y mencuakkan.sungguh si fulan ni da spoilkan mood orang.kepada si fulan,kalau anda baca ni n ase x puas hati maaf ya.ni bukan nak kutuk tapi kritikan.anda kan suka kritik orang…=>... heheh…peace…

dia si bitara itu...

Si bitara itu,
Hitam bersinar anak matanya,
Manis menguntum senyuman di bibir,
Bersih wajahnya menarik mata memandang,
Memukau jiwa si pemerhati…

Si bitara itu,
Banyak kelebihan di dalam dirinya,
Kelebihan yang diigaui insan…

Si bitara itu,
Bijak bermain kata-kata,
Kalamnya penuh dengan hikmah,
Mampu mempengaruhi dia yang mendengar…

Si bitara itu,
Aksaranya sarat dengan panduan,
Bingkisannya penuh dengan kecintaan,
Ya,kecintaan yang pasti,
Kecintaan yang tiada galang gantinya,
Kecintaan yang teragung…

Si bitara itu,
Masih dengan kecintaan itu,
Saban hari dia bersama kecintaan itu,
Biarpun penuh dengan halangan,
Hatinya tekad dan teguh,
Mempertahankan kecintaan itu…

Si bitara itu,
Aku amat mengaguminya,
terpesona aku kerana kecintaannya,
kerana aku pasti kecintaanya itu,
kecintaan yang membawa rahmat dan keberkatan…

si bitara itu,
tidak sesekali aku tinggalkan,
kerana meninggalkannya aku kerugian,
kerana meninggalkannya aku kehilangan,
kerana…
kerana kecitaannya itu,
hanyalah untukMu rabbi…

si bitara itu,
sungguh...aku kagumi dia,
kerana kecintaanya hanya kepada Dia...

~hANaN naJIAh~
00:40
27 may 2009

Tuesday, May 26, 2009

baca sampai abis!!!

DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘A’

Dr. Peter J.D´Adamo dalam bukunya menyarankan pemilik jenis darah A mengambil diet vegetarian dengan pengambilan makanan yang mengandungi lektin yang sedikit. Ini kerana jika kandungan lektin diambil dalam kuantiti yang banyak akan mengakibatkan masalah perut. Menurut beliau lagi, golongan individu yang memiliki jenis darah A menghasilkan kandungan lendir lebih banyak berbanding jenis darah lain. Keadaan ini menimbulkan risiko terhadap jenis penyakit jenis alahan seperti asma, infeksi telinga dan gangguan pada saluran pernafasan. Selain itu sumber makanan berasaskan haiwan seperti ikan dan ayam boleh diambil tetapi dalam kuantiti yang terbatas.

Individu dengan jenis darah ini juga dianjurkan mengambil susu yang telah melalui proses penapaian seperti susu masam, krim tanpa lemak, keju alami, telur dari jenis organik atau ayam kampung (dalam jumlah terbatas), lemak (dalam jumlah terbatas, kekacang dan bijirin dan susu kacang soya. Individu darah jenis ini perlu mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam kuantiti yang banyak.


Makanan yang harus dihindarkan adalah hidangan laut berwarna putih seperti ikan siakap putih, cumi-cumi, daging lembu, daging salai, susu, keju hasil olahan industri, kacang merah, roti, kuih-muih, kek, kentang, mangga, betik, jeruk, pisang, minyak jagung dan minyak kacang tanah.

Ciri khas individu jenis darah A:


• Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
• Perlu menghindari makanan yang daripada produk susu dan daging
• Dianjurkan menjadi vegetarian atau mengambil makanan berkadar karbohidrat tinggi, namun rendah lemak
• Mengurangkan stres dengan bermeditasi, atau berolahraga
• Cukup beristirehat

Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan : Air putih dicampur jus limau nipis dan oat
Snek: Jus anggur / kopi
Makan Tengah Hari: Salad dan roti gandum satu potong serta teh herba
Snek: Kuih beras dua potong dan teh hijau
Makan Malam : Pasta tanpa daging campur brokoli, yoghurt dan teh herba

DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘B’

Berbeza dengan individu darah jenis A, individu darah jenis B lebih fleksibel. Teori Dr. Peter J.D’Adamo menyarankan golongan jenis darah ini menghindari makanan beku atau makanan dalam tin manakala sangat menganjurkan makanan berasaskan susu yang memiliki kandungan karbohidrat yang tinggi.

Ciri khas golongan darah B:

• Dianjurkan untuk melakukan diet dengan berbagai-bagai variasi makanan, namun perlu menghadkan pengambilan daging.
• Disarankan mengambil makanan dan minuman berasaskan susu untuk meningkatkan sistem imunisasi badan.
• Olahraga yang sesuai dilakukan adalah berenang, bermain tenis, berjalan kaki dan bermeditasi. • Untuk mengatasi stres, disarankan memiliki hobi dan aktiviti berasaskan kreativiti.

Pemilik golongan darah B sangat mudah terhadap penyakit berkaitan imunisasi dan serangan virus, mereka disarankan agar mengambil sayuran hijau yang kaya magnesium dalam kuantiti yang banyak.

Makanan yang dianjurkan adalah daging lembu, kambing kibas, arnab, ikan laut, semua produk susu kecuali ‘blue chesse’ dan aiskrim, telur ayam organik dan ayam kampung, minyak zaitun, beras merah, beras putih, makanan berasaskan beras dan buah-buahan.

Manakala makanan yang perlu dikurangkan pengambilannya adalah ayam, ketam, udang, kerang-kerangan, telur puyuh, telur itik, minyak bijan, minyak jagung, minyak biji matahari, minyak kacang tanah, minyak soya, kelapa, santan, soya, kacang tanah, biji bunga matahari, biji labu, bijan, kacang pistacio, tempe, tauhu, kacang merah, makanan berasaskan gandum, mi segera, beras pulut, jagung, lobak, tomato dan jagung.


Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan: Bijirin dan buah pisang beserta segelas susu tanpa lemak
Snek: Jus anggur
Makan Tengahari: Sepotong dada ayam dan dua potong roti beserta salad dan teh herba
Snek: Jus limau/yogurt dan teh herba
Makan Malam : Sepotong ikan salai, sayur rebus, buah-buahan segar dan teh herba

DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘AB’


Pola makan pemilik golongan darah AB adalah gabungan antara pola makan golongan darah jenis A dan B. Penyakit yang berisiko dijangkiti adalah sinus, infeksi telinga, dan gangguan saluran pernafasan.



Pengambilan jenis makanan yang dianjurkan adalah hidangan laut, semua jenis telur (kecuali telur itik), susu fermentasi (melalui proses penapaian), minyak zaitun, minyak kacang soya, minyak kacang tanah, kacang tanah, semua jenis sayuran kecuali jagung, taugeh dan cendawan dan semua jenis buah-buahan kecuali jeruk.



Golongan daripada jenis darah ini, harus menghadkan pengambilan daging lembu, udang dan ikan laut, susu dan semua produk susu serta daging yang diproses. Makanan berasaskan kekacang pula perlu diambil dalam kuantiti sedikit. Kurangkan pengambilan berasaskan gandum seperti roti, kek, kuih-muih dan pasta.

Ciri khas individu jenis darah AB:

• Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
• Disarankan untuk mengambil makanan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap
• Untuk lebih bertenaga olahraga pada setiap pagi digalakkan

Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan : Air limau nipis, jus anggur, roti dua potong beserta satu potong keju
Snek : Yogurt
Makan Tengahari : Dada ayam empat hirisan, salad, dua biji buah plum dan teh herba
Snek: Kek keju dan teh herba
Makan Malam : Omelet dan salad buah serta kopi

DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘O’


Dr. Peter J.D´Adamo menyarankan agar pemilik darah jenis O lebih banyak mengambil makanan berprotein tinggi, mengikut diet rendah karbohidrat dengan pengambilan ikan atau daging (kecuali daging yang diolah) serta sayur-sayuran yang banyak, telur dan kacang.




hindari produk susu dan gandum. Beliau turut menyarankan agar pemilik darah jenis ini menghadkan pengambilan buah-buahan. Pemilik darah jenis O harus menghindari semua jenis bijirin, pasta dan nasi. Dr. Peter J.D´Adamo turut menyenaraikan jenis makanan yang perlu dihindar seperti sayur brokoli, sawi, taugeh, terung, cendawan, dan kentang. Bagi pemilik darah jenis ini, telur, susu, gandum dan kekacang tidak diperlukan memandangkan tubuh telah mendapat khasiat daripada sumber daging. Hindari jeruk kerana ia mampu mendatangkan keracunan usus kepada golongan darah jenis ini.

Ciri khas golongan darah O:

• Memiliki sistem imunisasi tubuh yang lebih tinggi berbanding golongan darah jenis lain
• Mudah mengadaptasi berbagai makanan
• Untuk mengatasi tekanan, disarankan melakukan aerobik
• Dianjurkan untuk mengambil makanan berprotein tinggi dan rendah karbohidrat, seperti daging, buah-buahan, ikan, sayuran
• Berisiko terkena radang dan kerosakan organ seperti arthritis jika makanan yang diambil tidak bersesuaian

Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan : Dua potong roti bakar lapis mentega dan sebiji pisang
Snek : Teh herba
Makan tengahari: Sepotong daging panggang, salad bayam dan epal
Snek : Sepotong kuih
Makan Malam : Sepotong daging lembu dan asparagus yang direbus, kentang rebus, buah-buahan dan teh herba

Hasil kajian yang dilakukan oleh Dr. Peter J.D´Adamo ini adalah suatu yang baru dan masih terdapat pertikaian daripada pakar pemakanan. Justeru, tidak melihat kepada jenis darah,apa yang lebih utama adalah mengamalkan pemakanan yang sihat. Pemakanan sihat hakikatnya adalah mengenai memenuhi keperluan pemakanan harian dan pada masa yang sama, mengelakkan kekurangan atau berlebihan zat yang boleh menyumbang kepada risiko penyakit yang berkaitan dengan pemakanan tanpa mengira jenis darah individu. Ia meliputi membuat keputusan yang bijak tentang apa jenis makanan yang harus dimakan dan bagaimana mengamalkan tabiat makan yang sihat. Justeru, terpulanglah kepada anda sama ada ingin mengadaptasi saranan Dr. Peter J.D´Adamo ataupun tidak.

Sumber: Artikel dari Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia

Monday, May 25, 2009

pak cik halim ooo pak cik halim...

Hurm…letihnya…=/.siang tadi pg matrix uia.sejak kuar dulu aku x penah pg da pun.lebih kurang pukul 9 mlm br sampai hostel.whew…

napa aku pg matrix td? Aku pg tengok adik n anak sedara register hari ni.sorang dapat human science,sorang ag dapat ilmu wahyu n sorg ag dapat law….hehe.tapi y dapat law 2 x sempat jumpa.tah mana dia pg merayap…pape pun,gud luck la korang sume.selamat datang ke dunia student-student life…actually aku nak cite benda len ni.

Actually,dorg y nak register ni x sampai ag,aku y sampai dulu…hehehe…dalam bosan2 menunggu doran sume ni sampai,aku pn pg la cafe,perot lapa…kat cafĂ© 2 aku jumpa sorg pak cik ni.nampak mcm org kampong (bukan nak hina org kg ek,aku pn org kg)…baju n suar dia agak lusuh la n kena pulak dgn rambut dia ya agk beruban.pak cik tu tegor aku;

pak cik:hai,ckit ja makan,diet ka? (loghat utara)…

aku:dak aih pak cik,x tau nak makan apa ni.sila pak cik…(aku bukan blh org tego,mulut cepat ramah)…

pas2 pak cik 2 pun duduk sebelah meja aku…(aku makan dgn kawan aku)…

aku:mai hantaq anak ka pak cik?...

Pak cik:dak aih,hantaq anak menakan (ank sedara).ayah dia exciden kat alos staq nu.x leh nak mai la.pak cik mai la tolong hantaq sat.bukan sapa pun,anak menakan jugak…

Aku:pak cik dok mana?...

Pak cik:saya dok kola lumpo ja…anak dok mana?

Aku:saya dok kulim.dulu ngaji sini jugak pak cik.la ni dok Gombak dah…

Pak cik:oooo,tahun berapa dah?...

Aku:Tahun dua pak cik…

Pak cik: la ni susah nak cari reja.tera pak cik dk kaji tengok la kan,smpai tahun 2007 ada _____ (aku x ingat,ngeh3)siswazah menganggur.

Aku dalam hati:pak cik ni bukan calang2 orang ni…

Aku:pak cik ni reja pa?

Pak cik:ala,buleh la.cakaq2 sampah kot tepi jalan tu.kalau Nampak lori sampah tu,pak cik da la kat dalam tu…sampah2 kot uia Gombak tu pun pak cik yang dok kutip.

Aku:x caya aih pak cik.pak cik reja hebat ni.saja x mau habaq.

Pak cik:dak aih,sungguh la hat saya habaq tadi tu.

Aku pun diam ja la.ya la da org xmo gtau.tp dalam hati x puas hati ag ni..hehehe…

Aku:anak nakan amek kos pa pak cik?

Pak cik:English literature…

Aku:ooo (bulat).nanti p gombak jugak la…

Pak cik:Allah,saya lupa tutup charger dalam reta(kereta).meletop mampoih.sat na…

Aku pun tngk la pak cik ni pg kat keta dia…mak aih,nek keta merc pak cik ni.ciap ada badge lagi.(tukang cakaq sampah la sngt kn) tp x sure r badge apa sbb x bapa Nampak,jauh.aku ase pak cik ni gov servant la.higher officer kot.pas2 pak cik tu pun dtng balik…

Pak cik:hai,lupa pulak.selamat x meletup

Aku:pak cik ni reja kat putrajaya ka?

Pak cik:dak aih,ya allah…saya ni ngaji pn sampai darjah tiga ja.bukan reti apa pun…

Aku:tu reta hebat kemain pak cik.

Pak cik:ooo…tu reta boss.saya drebar ja…(sapu sampah,bandaran,driver,ish3,bnyk sgguh kja pak cik ni)

Aku:ish3,bahaya sungguh pak cik ni…

Pak cik:saya tiap minggu p uia Gombak 2.p mahallah siddiq.jumpa orang kat situ…
Kenai professor razak dak?


Aku da start musykil…pak cik ni biar btol…

Aku:x kenai pun pak cik.pak cik ni reja kat uia ka? Musykil saya ni..

Pak cik tu senyum ja…dak aih,tak caya ka?

Pastu pakcik aku cakap dengan kawan aku yang dari td x bnyk cakap…

Pak cik:anak ni dok mana? Orang kedah jugak ka?

Kak azah(kwn aku):x la pak cik.saye duduk johor…

Pak cik:ooo,johor kat mana? Dulu saya dok johor jugak 6 7 tahun.staff saya…eh,aaaa camna nak kata ni…kira kawan saya la ada lagi dok sana…

actually pak cik ni cover sbb dia da tsilap cakap staff dia td.ngeh3,kantoi la 2 konon kja sapu sampah.hahaha…

sambung cite sal cari kja td..

kak azah:sekarang ni memang susah cari keja pak cik.ramai yang guna kabel…sape ade kenalan orang dalam mudah la dapat.

Pak cik:ha,memang pun.la ni sapa ada orang dalam,jalan…memang dapat la.hari tu anak nakan saya p interview kat_____ (aku x ingt).dia letak nama pak cik dalam resume dia.interviewer tu Tanya dia,awak sapa dgn orang ni (pak cik tu la).anak nakan saya kata,dia pak cik saya.pastu teruih interviewer 2 suruh dia balik,x yah interview…confirm dapat…

Hurm…aku da pikir,pak cik ni memang hebat la.orang penting ni…tapi napa la dia x mo ngaku.tensen2…

Pak cik:ni saya nak bagi nombot telipon ni,nak dak?

Kak azah:dard,amek la dard…

Pak cik:hang guna nombot mana habaq mai..

Aku:celcom…

Pak cik:0193456789…

Aku:tima kasih pak cik.tapi nak save nama pa ni? Habaq la pak cik reja pa,buleh saya save.

Pak cik:save halim sudah

Aku:pak cik halim wpu 59….aku Nampak plate keta dia,aku save cam2 la…

Pak cik:x pa,ambik ja dulu.nanti tau la sapa saya ni…dia senyum…

Aku:bahaya la pak cik ni…

Aku pn da abis makan.adik aku pn da msj gtau sampai da..aku pun

Aku:x pa la pak cik,terima kasih no…kami nak p dulu la.

Pak cik:kalau jumpak saya kat uia tegoq la no.

Aku:insyaallah…k no,jom…

Sbb kalut nk pg kat adk aku,aku lupa bg salam.ngeh3…

Hurm…plek aku dngn pak cik ni.napa la dia rahsiakn identity dia.y aku tau nama dia halim ja.pak cik ooo pak cik.napa la pak cik nak berahsia sngt ni…saya bukan perompak nk p terjah umah pak cik…actually aku suka orang cam pak cik ni.low profile tp hebat…tngk gaya mula2 x sangka dia orang penting…b4 this,aku da penah jumpa sorg pak cik 2..pangai sama la mcm pak cik halim ni.nm pak cik 2 rahman…sembang punya sembang rupanya2nya pak cik ni senior engineer petronas n merangkap manager petronas kedah.(lebih kurang cam2 la dia gtau.maaf klu silap).dia pn bagi no fon kat aku jugak.tp aku jarang contact dia sebab dia slalu out station…tp dia baekkkk sngt…time kasih uncle...

Kembali kepada pak cik halim…eh,lupa plak nk gtau y pak cik ni dl blaja kat um n 1 g u mana tah.x ingt dah.aku tnya blaja smpi phd ka dia x jwb pn…tp dua u 2 kn,kurang2 pn master.kan?
Syukur sangat aku jumpa orang2 camni…harap2 ada la hikmah napa dorg bagi no fon dorg kat aku…insyaAllah…korang penah jumpa x?

Hurmmm…bila la misteri pak cik ni akan terbongkar? Pak cik ni menghantui aku..Pak cik halim ooo pak cik halim…

#dont judge a book by its cover.kalau nak kenal dgn ramai org,mulut jangan berat sngt…tapi jangan la terlebih cakap plak…takut orang x suka.pesanan tok diri sniri…kepada sesiapa y terasa maap ye….

Ya Allah,rahmatilah orang yang berbuat baik kepadaku.jauhkan kami daripada gangguan syaitan dan juga manusia…amiinn…

Saturday, May 23, 2009

sabar...sabar...oh sabariah...

Bosan dan cuak.2 la y aku boleh kata.actually kalau ikut plan,pukul 10 tadi da discussion political thought.pas2 dpt msj kata nak buat pukul 3 ptg lak…ok,aku ok ja pukul bpa pn.maklumlah org x bz…heheh.pas2 dalam pukul 11 dpt lagi msj kata discussion cancell.da 2 org x leh dtg ptg ni.adoiii!!! geram tol aku…sabar2.

Hurm..ni discussion ke3.next Wednesday group kami kena present.dapat plak topic st.thomas Aquinas.ya Allah,tuhan ja tau.political thought ni agak bosan skit…ya la,cita sal teori2 politik.oh tidak…kalu dapat alghazali or almawardi or Machiavelli bes la skit.thomas Aquinas pn ok jgk tp bnyk sngt idea dia berkaitan politik ni y dikaitkan dgn Christianity...

Msj punya msj last2 dapat la kata sepakat,discussion buat hr isnin malam…ya Allah,tensen jgk nih.hari rabu present hari isnin br nak discuss.nk buat slide lagi...oh tidak…x pa la,wait n c hari rabu nanti nak jd apa.hope everything will be ok...

ni la akibatny klu buat kja group n dpt plak ahli y x blh bg komitmen…kalau buat kja individu lagi senang.x payah dok sakit hati dekat orang lain…tensen tensen...

sabar hidayah sabar...

ya Allah,tabahkan hatiku.mudahkanlah urusanku,dunia dan akhirat.sesungguhnya engkau yang memberi pertolongan…amiinn…

Friday, May 22, 2009

adakah kamu sedang bercinta?

Kami tidak berzina!
Maaf, saya tidak menuduh awak berzina, tetapi awak menghampiri zina.

Kami hanya barbual-bual, berbincang, bertanya khabar, minum-minum di kafe. Adakah itu menghampiri zina?
Ya,perbuatan itu boleh menjerumuskan pelakunya ke lembah penzinaan.

Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu...
Hari ini ya. Esok mungkin kamu kecundang.Iblis akan memerangkap kamu. Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya sangat halus. Ia telah menipu moyang kita yang pertama,Adam dan Hawa. Iblis amat licik. Ingat, pesanan Rasulullah : Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali yang ketiganya, syaitan (Tabrani) . Kita lemah menghadapi tipu daya Iblis.

Tidak semestinya semua orang bercinta* menjurus kepada penzinaan. Ada yang bercinta dalam telefon dan hantar SMS sahaja. Tidak pernah bersua muka pun!
Betul .Tetapi itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka. Tapi perasaan pasti bergelora, lambat laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan Iblis akan mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti disitu sahaja.Percayalah, ia akan berlanjutan. Tidakkah itu boleh membawa kepada perzinaan akhirnya?

Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itupun zina ke?
Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya, ada zina betul, ada zina tangan iaitu berpegang-pegangan, ada zina mata iaitu melihat kekasih dengan perasaan berahi. Zina hati iaitu dengan khayalan berahi dengan kekasih sepertimana yang digambarkan oleh Rasulullah: Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kaki juga berzina dan zinanya menuju ke tempat pertemuan. Mulut juga berzina dan zinanya adalah ciuman (Muslim dan Abu Daud). Sebenarnya jalan menuju kepada perzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita melalui mana-mana jalan perzinaan.

Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja!(bagi kes belajar berdua-duaan SAHAJA)...
Berdiskusi pelajaran, betul ke? Jangan tipu. Allah tahu apa yang terselit di dalam hati hamba-hambaNya. Kita belajar nak keberkatan. Kalau cemerlang sekalipun, kalau tidak diberkati oleh Allah, kejayaan tidak akan membawa kebahagiaan. Hidup di dunia tidak bahagia,akhirat lagi lah. Jangan berselindung disebalik pelajaran yang mulia. Allah suka kepada orang berilmu. Jadi belajar hendaklah ikut batas dan ketentuan Allah. Belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi macam ni akan ditulis oleh malaikat Raqib dan Atid.

Sungguh! Bincang pelajaran sahaja. Ni Study Group.(bagi kes berdua-duaan SAHAJA)...
Study Group...? nampak lain macam saja, manja, senyum memanjang, tak macam gaya berdiskusi. Takkan study group berdua sahaja? Kemana-manapun berdua. Kalau yea pun, carilah group study ramai sikit. Kalau duduk berdua-duaan macam ni... betul ke bincang pelajaran? Jangan-jangan sekejap saja bincang pelajaran, yang lain tu... banyak masa dihabiskan dengan fantasi cinta!

Tidaklah. Sungguh berbincang pelajaran...
Baik sungguh awak berdua. Takkanlah awak berdua tak ada perasaan apa-apa? Awak kurang sihat ke? Ingat, kita bukan malaikat, tak ada nafsu. Kita manusia. Jangan menafikan fitrah manusia. Kita ada nafsu, ada keinginan. Itulah manusia.

Kami berdua sama-sama belajar, study group, saling memberi semangat dan motivasi...
Tak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar? Habis sudahkah kaum sejenis yang boleh memberikan motivasi? Jangan hina kaum sejenis kita. Ingat, banyak orang cemerlang yang belajar hanya dengan kaum sejenis. Lebih tenang perasaan, tidak terganggu, dapat berkat dan rahmat pula .

Takkanlah tak ada langsung ruang yang dibenarkan dalam Islam untuk bercinta?
Adakah Islam membunuh terus naluri cinta? Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah. Kalau naluri itu tidak wujud pada diri seseorang, tak normal namanya. Islam bukan datang membunuh naluri dan keinginan itu, tidak! Islam tidak suruh membunuh naluri seperti yang dilakukan oleh para paderi atau sami. Jangan nafikan naluri ini. Jangan berbohong pada diri sendiri. Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang. Itu adalah fitrah. Cuma tudukkan naluri itu untuk patuh pada perintah Allah. Jadilah manusia yang sihat nalurinya. Jangan jadi malaikat! Kerana Allah jadikan kita sebagai manusia. Dunia dan segala isinya akan hambar tanpa naluri atau nafsu.

Islam takde ke couple-couple ni?
Cinta secara Islam hanya satu, iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab kabul, cinta selepas kahwin. Itulah cinta sacral dan qudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan Islam. Apabila Islam menegah sesuatu perkara, tentu ia gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Jika ia menegah cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin, ia membawa perkahwinan sebagai ganti yang lebih baik. Sabda Rasulullah : Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah. (Ibnu Majah). Cinta adalah maruah manusia. Ia telalu mulia. Kalau begitu, cinta* remaja semua menghampiri kepada penzinaan? Ya, kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan turut terusik. Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat, rindu. Kemudian diatur pertemuan. Kemudian duduk berdua-dua. Kemudian mencari tempat sunyi sedikit. Kemudian berbual panjang sehingga malam gelap. Hubungan makin akrab, dah berani pegang tangan, duduk makin dekat. Kalau tadi macam kawan, sekarang macam pengantin baru semalam bukankah mereka semakin hampir dengan penzinaan? Berapa ramai orang yang bercinta telah sampai kepada daerah penzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibu bapa yang melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda daripada seekor nyamuk sekalipun!

Masih ramai orang yang bercinta tetapi tetap selamat tidak sampai berzina. Kami tahan diuji... Allah yang menciptakan manusia, Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia. Manusia tidak tahan ujian. Oleh itu Allah memerintahkan supaya jauhi perkara yang ditegah takut manusia akan kecundang. Jadi manusia itu tidak tahan diuji? Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa, sejak dari awal penciptaan manusia. Allah takdirkan satu peristiwa untuk iktibar manusia. Allah tegah Adam dan Hawa supaya tidak memakan buah khuldi dalam syurga. Buah yang lain boleh makan. Allah tahu kelemahan pada ciptaan manusia. Tidak tahan diuji. Oleh itu Allah berpesan kepada Adam dan Hawa, jangan menghampiri pokok khuldi itu. Firman Allah: Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa yang kamu sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini. (jika kamu menghampirinya) maka kamu adalah orang-orang yang zalim. (al-Araf:19).Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah khuldi. Jika menghampiri perkara tegahan, takut nanti mereka akan memakannya. Demikianlah dengan zina. Ditegah berzina. Maka jalan ke arah penzinaan juga dilarang. Takut apabila berhadapan dengan godaan zina, kedua-duanya akan kecundang. Cukuplah kita belajar daripada pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa.

Tetapi cinta selepas kahwin banyak masalah.Kita tak kenal pasangan kita secara dekat. Bercinta adalah untuk mengenal hati budi pasangan sebelum buat keputusan berkahwin...
Bolehkah percaya dengan perwatakan masa sedang bercinta? Bercinta penuh dengan lakonan yang dibuat-buat dan kepura-puraan. Masing- masing akan berlakon dengan watak terbaik. Penyayang, penyabar, pemurah dan berbagai- bagai lagi. Masa bercinta merajuk ada yang pujuk. Jangan harap lepas kahwin, bila merajuk akan ada yang pujuk. Banyak orang yang kecewa dan tertipu dengan keperibadian pasangan semasa bercinta. Perangai pasangan jauh berbeza. Macam langit dan bumi. Masa bercinta, dia seorang yang amat penyayang, penyabar, sabar tunggu pasangan terlambat sampai berjam-jam. Tapi bila dah kahwin, lewat lima minit, dah kena tengking. Jadi, perwatakan dalam masa bercinta tidak boleh dipercayai. Percintaan adalah suatu kepuraan atau hipokrit.

Percayalah, kami bercinta demi merancang kebahagian hidup nanti...
Bagaimana diharap kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah? Kebahagiaan adalah anugerah Allah kepada hamba-hambaNya yang terpilih. Kebahagiaan bukan ciptaan manusia. Manusia hanya merancang kebahagiaan. Allah yang menganugerahkannya. Bagaimana mendapat anugerah kebahagiaan itu, jika jalan mencapai kebahagiaan itu tidak diredhai Allah. Kebahagiaan hidup berumah tangga mestilah melalui proses yang betul. Sudah tentu prosesnya bukan bercinta begini, Allah tidak meredhai percintaan ini. Cinta yang diredhai Allah adalah cinta selepas kahwin. Bagaimana untuk mendapat keluarga yang bahagia jika langkah mula sudahpun canggung, bagaimana kesudahannya?

Tanya sikit,.. adik angkat, kakak angkat, abang angkat boleh ke? Ganti bercinta...
Semua itu adalah perangkap iblis dan syaitan. Hakikatnya adalah sama. Cinta yang diberi nafas baru. Kulitnya nampak berlainan, tetapi isinya adalah sama. Adik angkat, kakak angkat, abang angkat adalah suatu bentuk tipu daya iblis dan syaitan. Manusia yang terlibat dengan budaya angkat ini sebenarnya telah masuk dalam perangkap syaitan. Cuma menunggu masa untuk dikorbankan. Namakan apa nama sekalipun, abang angkat ke, motivator ke, semuanya adalah sama. Jalan akhirnya akan bertemu dengan zina. Jadi seolah-olah orang yang bercinta telah hilang maruah diri? Mengukur maruah diri bukan ditentukan oleh manusia tetapi oleh Pencipta manusia.Orang yang sedang mabuk bercinta akan mengatakan orang yang bercinta tidak menjejaskan maruah dirinya. Manakala, bagi orang yang menjaga diri, tidak mahu terlibat dengan cinta sebelum kahwin, akan mengatakan orang yang bercinta sudah tidak bermaruah lagi. Cintanya ditumpahkan kepada orang yang belum layak menerima cinta suci. Kalau begitu ukuran bermaruah atau tidak adalah ditentukan oleh Allah.

Adakah orang yang bercinta hilang maruah?
Antara kemuliaan manusia adalah maruah dirinya. Orang yang bercinta seolah-olah cuba menggadaikan maruahnya kerana mereka menghampiri perzinaan. Manakala orang yang bercinta dan pernah berzina tidak layak berkahwin kecuali dengan orang yang pernah berzina. Allah berfirman: Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula tidak ingin berkahwin melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman.(Surah An-Nur: 3) Jadi, orang yang pernah bercinta juga tidak sesuai untuk berkahwin dengan orang yang tidak pernah bercinta. Tidakkah itu suatu penghinaan dari Tuhan?

Jadi orang yang bercinta hanya layak berkahwin dengan orang yang pernah bercinta juga?
Itulah pasangan yang layak untuk dirinya. Kerana wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik.

Kami telah berjanji sehidup semati...
Apa ada pada janji cinta? Berapa banyak sudah janji cinta yang musnah? Lelaki, jangan diharap pada janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang keemasan sahaja. Habis madu, sepah dibuang. Pepatah itu diungkap kerana ia sering berulang sehingga menjadi pepatah.
Si dia ini lain dari yang lain. Dia lelaki yang penyayang dan bertanggungjawab. Tahukah hati budi lelaki? Sejahat mana lelaki, apabila ingin mengambil seseorang wanita sebagai isteri dan seterusnya menjadi ibu untuk anak-anaknya, dia akan memilih wanita yang baik. Tetapi untuk berseronok dan berfoya-foya, lelaki biasanya akan memilih perempuan murahan kerana ia suatu pelaburan yang menguntungkan. Itulah rahsia lelaki.

Jadi, perempuan yang bercinta, jatuh maruahnya pada pandangan lelaki?
Tentu! Mana ada orang lelaki yang normal suka pada barang yang second hand sedangkan barang yang baru masih ada. Sesetengah mereka menggambarkan perempuan seperti kereta yang diletakkan di bilik pameran sahaja. Tapi ada orang yang boleh test drive. Ada pula yang kata; sekadar sepinggan mee goreng dan segelas sirap bandung, bawalah ke hulu, ke hilir. Sedihkan? Itulah hakikatnya!

Masih adakah orang yang tidak bercinta di zaman ini?
Ya! Masih ada orang suci dalam debu. Golongan ini akan sentiasa ada walaupun jumlah mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti. Mereka ada pasangannya. Firman Allah: Dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya (yang memelihara dirinya dari melakukan zina)... Allah telah menyediakan bagi mereka segala keampunan dan pahala yang besar. (Surah Al-Ahzab: 35 )

Bagaimana kami?
Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan taubat nasuha. Berdoalah serta mohon keampunan dariNya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redha-Nya. Kami ingin mendapat redha Tuhan. Tunjukkanlah bagaimana taubat nasuha. Taubat yang murni. Taubat yang sebenar-benarnya.Taubat yang memenuhi tiga syarat: i) Tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan hubungan cinta yang tidak diredhai Allah ini. ii) Menyesal. Menginsafi diri diatas tindak tanduk hidup yang menjurus diri dalam percintaan. iii) Berazam. Bertekad di dalam hati tidak akan bercinta lagi dengan sesiapa kecuali dengan seseorang yang bernama isteri atau suami. Saatnya adalah selepas ijab kabul.

*iluvislam.com

Thursday, May 21, 2009

ya tuhan...

ya tuhan...
runsingnya hatiku tika ini,
resahnya jiwaku saat ini,
seketika aku gelisah di sini,
kaget aku sendirian...

ya tuhan...
aku ingin lari dari semua ini,
aku mahu lepas dari bebanan ini,
sebebas mergastua bertitar di langit lepas,
aku impikan ia terbang bersama angin lalu,
sungguh aku harapkan itu...

ya tuhan...
benar aku tahu,
walau melaut luas inginku,
walau melangit tinggu harapanku,
andai engkau tidak merelakan,
ia hanya anganku,
ia sekadar ilusiku...

ya tuhan...
hati ini jenuh menahan rasa,
hanya padaMu aku curahkannya,
tertanya aku di dingin sepi,
bilakah khatimahnya akan muncul?

ya tuhan...
aku insan yang tak punya,
berikan aku kekuatan,
tetapkan hatiku di medan ini...

ya tuhan...
benihkan aku kerinduan yang pasti
buahkan aku kecintaan yang hakiki,
agar aku tidak mengalah dengan dugaan dan nikmatMu...

~hANaN naJIAh~
o2:31
21 may 2009

Wednesday, May 20, 2009

Duhai hati...

Sesekali hati mengeluh dengan kesusahan dan kepayahan hidup. Terasa pedih dan rapuh, sakitnya seperti tiada hati lain yang mampu mengerti. Namun tidak tersedarkah hati itu adalah ujian dari Tuhannya? Kepayahan itu sesungguhnya adalah bentuk tarbiyahNya kepada hati. Pernah hati bersyukur kerana mendapat perhatian yang sedemikian dari Tuhannya? Terlebih banyak mengaduh dari bertahmid rasanya...

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." -Surah Al ankabut ayat 2-3...


...dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." -Surah Yusuf ayat 12...

Tak tersedarkah hati segala yang diberinya itu adalah nikmat; kebahagiaan adalah nikmat, sakit adalah nikmat, perit itu lebih nikmat, jika hati ingin menerima. Duhai hati, sedarlah, bukannya Tuhanmu tidak mendengar segala jerit perih, betapa pedih peritnya derita apa yang dialami, betapa segala yang hati ingin, tidak semua kan hati perolehi. Bukankah Dia sudah terang-terang berfirman:

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." -Surah Al-Baqarah ayat 216...

Nah, Tuhannya sendiri telah siap mengatur segala rencana perjalanan hidupnya hati. Mengapa harus merungut lagi dengan jalan yang ditempuh. Duri-duri dan halangan itu adalah rahmat. Redha dan pasrah, wahai hati, itulah lumrah. Tidak tersedarkah hati bahawa setiap langkah, setiap kudrat, setiap butir bicara, kerlip mata dan denyut jantung selama ini semuanya nikmat yang Tuhannya beri, Tuhannya pinjamkan. Cara apa dan bagaimana hati gunakan semua pinjaman tersebut? Setiap langkah dan kudrat digunakan untuk ke jalan kebaikankah? Setiap butir bicara hanya yang baik dan berhikmah sajakah? Kerlip mata dan sisa denyut jantung yang masih ada dimanfaatkan dengan amal ibadahkah? Tuhannya berhak mutlak ke atas hati. Kenapa hati masih perlu persoalkan mengapa ujian diturunkan? Tepuk dahi, tanya minda semula. Layakkah hati-hati ini dengan Syurga milik Allah SWT???

"Hai Kaumku, sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan sementara) dan sesungguhnya akhirat itulah negeri yang kekal. Barangsiapa mengerjakan perbuatan jahat, maka dia tidak akan dibalasi melainkan sebanding dengan kejahatan itu. Dan barangsiapa mengerjakan amalan yang saleh baik laki-laki maupun perempuan sedang ia dalam keadaan beriman, maka mereka akan masuk syurga, mereka diberi rezeki di dalamnya tanpa dihisab." -Surah Al Mu'min ; ayat 39-40...

Duhai hati, janganlah terkorban dengan dunia...Sesungguhnya hidup hati sebenarnya untuk mencari mati yang sempurna...

ya Allah,berikan aku kekuatan hati dan ketabahan jiwa dalam mengharungi kehidupan ini.janganlah engkau palingkan hati ini setelah engkau memberi petunjuk kepadaku...amiinn...

Tuesday, May 19, 2009

My VVIP's

Setiap orang mesti ada orang y dia sayang n ase penting dalam hidup dia kn? Pernah tak terfikir siapa VVIP anda 2? apa yang mereka buat sampai anda ase mereka 2 penting dalam hidup anda? Setakat ni aku ada 7 VVIP dalam hidup aku.tak tau la mereka ni malang or bertuah jadi VVIP aku.ngeh ngeh ngeh…=> <=.siapa mereka 2? 1. My mama-siti aisyah haji saad
2. My sis-siti khadijah abdullah

3. My bro-mohd hilmi Abdullah
4. Sahabat tercinta-aini mursyida ahmad
5. Sahabat tersayang-sharifah mastura syed ahmad


5 orang ja kan? Hehe…lagi 2 orang 2 arwah baba,Abdullah haji ahmad n arwah abg,mohd kamal Abdullah…tanx 4 being sooooo nice 2 me…apa y mereka buat kat aku? Biarlah rahsia…=>.hanya Allah y mampu balas budi kalian…only Him knows how precious they r in my life…

Kepada y x senang nama anda diatas,maap kupohon…heheh...

Ya Allah,kau rahmatilah mereka yang mengasihiku.kekalkanlah hubungan ini,jauhilah persengketaan antara kami…amiinn…

Mayat isteri diserang ribuan lintah...

Kadar gejala seks bebas kian meningkat dalam masyarakat hari ini. Lebih menyedihkan ianya bukan sahaja melibatkan remaja malah lebih ramai di kalangan individu dewasa yang bujang mahupun yang telah berkahwin!

Kisah ini menceritakan mengenai azab seksa seorang wanita yang berkahwin tetapi masih melakukan seks bebas. Kisah ini diceritakan kepada penulis oleh Bomoh Pakar Rawatan Sakit Cinta, En.Idris Zakaria yang kini menetap di Kampung Tasik Berangan , Pasir Mas, Kelantan.Kini beliau bergiat cergas berikhtiar mengubati masalah rumah tangga dan masalah cinta tidak kesampaian, mendapat cerita ini dari kes-kes yang telah diadukan kepadanya.Semoga kita mendapat manfaat dan pengajaran darinya.

“Dalam saya merawat seorang pesakit, saya telah dikhabarkan satu kisah tragis mengenai seorang isteri curang. Jamilah isteri kepada Husin masih jelita walaupun telah beranak pinak. Beliau pandai bergaya, bertudung litup, berkulit putih dan memiliki bentuk badan yang menarik." En.Idris memulakan cerita."Jamilah mendapat sumber kewangan dengan cara berniaga kecil-kecilan iaitu dengan menjual beras seludup dari Thailand bagi membantu suami yang ketika itu hanya seorang petani di kampung. Ketika itu kegiatan penyeludupan beras tidak dikawal oleh kerajaan seperti sekarang." Tambah beliau."Maka ramai para wanita melibatkan diri dengan berniaga beras seludup dari Thailand. Pendapatan hasil penjualan beras seludup tidak seberapa hanya boleh menampung hidup seharian sahaja.” Jelas En.Idris.

Suami Jamilah Husin berumur 50an ( bukan nama sebenar ) merestui pekerjaan isterinya itu. Husin juga nampak tidak selincah isterinya, beliau berjiwa lembut dan menurut apa sahaja kata isterinya tanpa banyak bantahan. Semakin lama peranan Husin sebagai ketua keluarga semakin pudar dek ketidaktegasan dirinya terhadap Jamilah yang semakin bebas ke sana ke mari. Husin baik dan jujur orangnya dan tidak banyak perangai. Jamilah keluar masuk rumah dan melakukan pekerjaan kadang-kadang pulang lewat malam bahkan pernah juga tidak pulang untuk sehari dua tidak menjadi masalah pada Husin. Husin percaya akan apa yang Jamilah lakukan demi mencari wang dan membela nasib keluarganya. Ramai wanita sekitar kampung Jamilah melakukan pekerjaan menjual beras seludup namun ianya hanya sekadar boleh menyara kehidupan ala kadar sahaja. Berbeza dengan Jamilah yang menampakkan sedikit mewah dengan gelang dan rantai emas yang banyak pada tubuhnya. Ramai orang mempertikai akan kelebihan Jamilah menampakkan mewah sebegitu.Maka ada beberapa orang yang ingin tahu bagaimana dia bekerja, sedangkan ramai juga yang melakukan pekerjaan sama namun tidak semewah Jamilah. Semenjak itu banyak mata yang mengintip setiap pergerakan Jamilah tanpa disedarinya.

Pada awalnya rahsia Jamilah terbongkar ketika pihak Imigresen Thailand membuat pemeriksaan di sempadan maka tertangkap beberapa orang yang cuba menyeludup masuk beras dari Thailand termasuklah Jamilah ditahan sama ketika itu. Namun setelah beberapa jam kemudian nampak Jamilah dilepaskan oleh seorang pegawai kastam Thailand dengan muka yang senyum dan beras seludupnya juga selamat dibawa balik ke Malaysia. Beberapa orang lain yang menyeludup masuk beras terpaksa membayar denda dan beras terpaksa dirampas Sikap tidak puas hati rakan-rakan penyeludup lain mula membuak-buak mengapa Jamilah terlepas sedangkan mereka menerima nasib sebaliknya. Maka siasatan dibuat oleh beberapa orang yang tidak puas hati berkenaan.

Maka pada suatu hari mereka mendapat tahu rupa-rupanya Jamilah telah memberikan rasuah dengan Pegawai Kastam Thailand berkenaan dengan meniduri dirinya. Malah rasuah tersebut bukan sekali dua bahkan telah banyak kali berlaku setiap kali tidak boleh membolosi diri ditahan Kastam Thailand di sempadan. Tidak lama kemudian dapat lagi berita mengatakan Jamilah juga membuat perniagaan sampingan ketika berada di Thailand. Rupa-rupanya Jamilah memperdagangkan tubuhnya sebagai pelacur dengan lelaki Thailand. Maka tidak mustahil Jamilah mampu membeli emas yang banyak. Maka heboh diceritakan akan kisah Jamilah yang sedemikian rupa, orang ramai tidak hairan dengan kemewahan yang Jamilah miliki malah dicemuhi dan dipandang jijik terhadapnya oleh orang kampung serta masyarakat setempat. Tergamak Jamilah melakukan perkara terkutuk sedemikian semata-mata mencari sedikit kemewahan. Husin telah diberitahu gejala isterinya itu namun Husin tidak percaya cerita sedemikian dan membuat tidak tahu sahaja. Husin yang sudah lewat 50an mungkin juga tidak segagah dahulu lagi manakala Jamilah berusia lewat 40an masih bernafsu tidak mustahil ianya satu perlakuan yang terdesak disamping minat pada wang. Husin hanya berserah pada Allah, hendak menuduh isterinya curang beliau tidak mempunyai cukup bukti dan tidak melihat dengan mata kepala sendiri.

Selang beberapa tahun kemudian Jamilah diserang sakit kepala lalu demam dan jatuh sakit. Makin hari makin teruk sakit Jamilah. Selang beberapa minggu kemudian Jamilah mengalami nazak yang teruk. Pada hari sakaratul maut Jamilah dikatakan menyalak seperti anjing untuk beberapa kali kurang daripada sepuluh salakan sebelum nyawanya habis. Jamilah habis nyawa dalam keadaan menyedihkan matanya terbeliak manakala lidahnya terjelir. Ahli keluarga yang berkumpul turut merasa pelik akan kelakuan Jamilah menyalak sebelum menghembuskan nafas terakhir dan mati dalam keadaaan yang sebegitu.

Upacara kematian seperti biasa orang kampung lakukan bagi menyempurnakan jenazah Jamilah. Setelah dikafankan liang lahad disukat dan digali tibalah masa untuk dikebumikan. Sebaik sahaja jenazah Jamilah dimasukkan ke liang lahad tiba-tiba didapati panjang liang lahad itu tidak mencukupi untuk menyimpan mayatnya. Mayat Jamilah diukur semula dan liang lahad di panjang sekali lagi namun masih tidak cukup panjang lagi. Diulangi kali ketiga dipanjangkan lagi liang lahad itu pun begitu juga masih tidak cukup panjang. Satu kejadian luar biasa telah berlaku mayat Jamilah disimpan begitu tanpa memanjangkan lagi liang lahadnya. Setelah semua keluarga pulang ke rumah tiba masa untuk Husin membuat sijil kematian Jamilah pada hari itu juga. Bila diminta kad pengenalan daripada anak perempuannya kata anaknya itu, “Allah, abah sewaktu mengkafankan mayat ibu, saya terletak kad pengenalan atas jenazah mak, bermakna kad pengenalan itu ada bersama mayat mak dalam kubur”

Husin agak terganggu memarahi anak perempuannya itu namun terpaksa memanggil penggali kubur di situ agar menggali kembali liang lahad kubur arwah Jamilah yang baru beberapa jam dikebumikan tadi. Maka kubur itu digali semula, alangkah terkejutnya beberapa orang yang mengikut Husin termasuk diri saya sendiri melihat mayat Jamilah telah didatangi beberapa ekor ulat seperti lintah namun bertaring menggigit tubuh mayat Jamilah. Husin mengenepikan beberapa ekor ulat itu beberapa kali namun ulat yang sama itu kembali ke tempat asal di mana ianya menggigit tubuh mayat Jamilah tadi.

Kejadian itu amat pelik sekali. Setelah itu mayat Jamilah terpaksa dipusingkan agar tangan boleh diseluk ke dalam bungkusan kain kafannya untuk mendapatkan kad pengenalannya. Dalam mengiringkan mayat Jamilah itu sekali lagi kejutan berlaku. Terdapat beribu-ribu ekor ulat seperti lintah bertaring itu berada di bawah mayat Jamilah . Segera kami menimbusnya kembali setelah berjaya mendapatkan kad pengenalannya itu. Saya tidak dapat membayangkan akan apakah rahsia sebenarnya kejadian yang Allah pertunjukkan sebegitu. Namun saya terasa agak seram dan insaf bila melihat kejadian aneh sebegitu buat pertama kali dalam sejarah hidup saya. Di dunia lagi Allah sudah menunjukkan azabnya apatah lagi diakhirat kelak. Saya boleh memberikan gambaran atas kejadian begitu bahawa kita manusia tidak boleh lari daripada azab pembalasan jika melakukan salah yang besar atau dosa yang besar.

Bagi isteri-isteri tetapkan iman, jangan berlaku curang pada suami kita nescaya dosanya amatlah besar. Dosa berzina sudah cukup besar tidak tertanggung bagi yang masih bujang, apatah lagi wanita yang bergelar isteri melakukan zina. Nauzubillah… Hanya Allah sahaja yang mengetahui akan azabnya kelak. Di dunia lagi sudah Allah tunjukkan maka sama-sama kita ambil iktibarnya supaya ianya tidak berulang lagi dimasa hadapan pada diri kita atau keluarga kita , minta disisihkan Allah. Istigfar!

#iluvislam.com

Monday, May 18, 2009

ini fakta k...

Cluss B.M pagi tadi giliran aku present.tajuk presentation aku ialah kesan2 pengguguran janin terhadap kesihatan si ibu...

ni la antara kesan2nya...maap yup,malas nk wat essay kat cni...

# pertumpahan darah yang serius yang boleh membawa maut...

# uterus,tiup fallopian n another part terdedah kepada jangkitan kuman...

# lead 2 breast cancer.kajian menunjukkan wanita yang melakukan pengguguran berisiko
dihinggapi barah payudara sebanyak 50% terutamanya bagi kandungan pertama...

# berkemungkinan besar tidak boleh hamil lagi...

# jika hamil,akan mengalami masalah kandungan tidak matang...

# trauma ynag berlarutan...

# rasa bersalah yang teramat...

# marah terhadap diri sendiri...

# hilang arah tuju...

# tidak mahu berjumpa dengan orang ramai...

# bunuh diri.kajian mendedahkan 28% wanita yang melakukan pengguguran akan membunuh
diri...

hie,ngeri betol aku bila tau sume benda ni...anak 2 kan anugerah Allah utk kita,asal la ada orang yang berani amek risiko ni untuk mengejar kesoronokan sementara? da x dak simpati ka ek dalam diri dorang sampai sanggup jadi pembunuh...y aku list kat atas 2 baru azab dunia.kat akhirat nanti cane la ek? adoi,ngerinya...
hurm...da tau kesan2 abortion ni,jangan la libatkan diri ek (illegal abortion ek).bukan jangan libatkan diri dalam abortion ja,tapi jauhilah skali perkara2 yang boleh menjurus kepada abortion ni ek...apa benda 2? lu pikirlah sniri...

kepada yang pernah terlibat dengan abortion ni,ingatlah,azab Allah sangat pedih...b4 terjadinya abortion ni,mestilah wat dosa or maksiat len dulu kn? haaa...lagi bertambah la dosa.huhu,takut2...sebelum pintu taubat tertutup,sebelum matahari timbul dari arah barat,bertaubatlah...sesungguhnya Allah itu maha pengampun lagi maha mengasihani...pesanan untuk diri sniri,ngeh3...

ya Allah ya tuhanku,ampunilah segala dosaku...hindarilah aku daripada azab kubur dan api nerakaMu.sesungguhnya enkau maha pengampun.hanya padaMu aku memohon...amiinn.

permusuhan umatku di akhir zaman...

Allah S.W.T menolak 1 daripada 3 doa Rasulullah S.A.W.

'Amir bin Said daripada bapanya berkata bahawa : " Suatu hari Rasulullah S.A.W telah datang dari daerah berbukit. Apabila Rasulullah S.A.W sampai di masjid Bani Mu'awiyah lalu beliau masuk ke dalam masjid dan menunaikan solat dua rakaat. Maka kami pun turut solat bersama dengan Rasulullah S.A.W. Kemudian Rasulullah S.A.W berdoa dengan doa yang agak panjang kepada Allah S.W.T. Setelah selesai beliau berdoa maka Rasulullah S.A.W pun berpaling kepada kami lalu bersabda yang bermaksud :" Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T tiga perkara, dalam tiga perkara itu Allah S.W.T hanya memperkenankan dua perkara sahaja dan satu lagi ditolak. 1. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya ia tidak membinasakan umatku dengan musim susah yang berpanjangan.Permohonanku ini diperkenankan oleh Allah S.W.T. 2. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku ini jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang telah melanda umat Nabi Nuh s.a). Permohonanku ini telah diperkenankan oleh Allah S.W.T. 3. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku tidak dibinasakan kerana pergaduhan sesama mereka (peperangan, pergaduhan antara sesama Islam). Tetapi permohonanku telah tidak diperkenankan (telah ditolak)...

Saudaraku,apa yang kita lihat pada hari ini ialah pergaduhan semasa negara Islam sendiri,hari ini orang Islam bergaduh sesama sendiri,orang kafir bertepuk tangan dari belakang.

Apakah ini yang ingin kita lihat? Apakah tindakan kita?Tidakkah kita ingin Islam kembali gemilang seperti dahulu?Bangkitlah wahai saudaraku, tegakkan Islam kembali megah,itu amanahmu!yakinlah dengan janji Allah...

# devided we will fall united we stand...(tingat lagu matrix dulu)...

hurm...renung2kanlah petikan kat atas 2.ingat yup,Allah x suka orang gaduh2...so,kepada sesapa y ase dah wt orang len sakit hati or dah gaduh lebih dari 3 hari 2,cepat2lah bermaafan.x yah la biarkan masalah 2 berlarutan.x dapat untung pape pon.ingat,Allah x suka hamba dia berpecah belah...

ya Allah,hati ini telah bersatu,berpadu diperut bumiMu.hati ini telah mengikat setia untuk mendaulat untuk mendokong syariatMu di alam maya...maka ya Allah,eratkanlah ikatan yang ada...amiinn...

dipetik dari al-Islam.

bila nak kawin???

Bila nak kawin???
Di sini orang bertanya,di sana orang menyoal.Tak kira teman mahu kenalan,asyik-asyik itu je yang jadi bualan.Begitulah nasib orang bujang tak kira lelaki mahupun perempuan...

Bila nak kawin???
Keluarga pun dah mula risau.Si teruna,emak bimbang jadi bujang terlajak.Si dara, ayah takut bergelar andalusia...

Bila nak kawin???
Jiran turut sama menumpang tanya.Bila dijawab jodoh belum ada,kata mereka kita kenalah usaha.Mandi bunga salah satu caranya.Tak pun mandi ais boleh dicuba (he..he..ni cadangan pelik kawan aku)...

Bila nak kawin???
Aduuuhh…aku disoal lagi.Kawin??? Nak kawin dengan sapa?Calon pun takde.Hah!!! Awak tu memilih sangat agaknya.Ewah-ewah sedap sungguh mulut berkata (aku ambil tunang @ suami kau, baru padan muka)...

Bila nak kawin???
Akan ku kawin jam-jam ni juga ( haa…haa…haa).Andai memilih suami semudah bershopping di pasar malam atau semudah membeli VCD cetak rompak atau sesenang memakan twisties(yummyyyyy)...

Bila nak kawin???
Aaahhh….sungguh aku bosan.Banyak yang lain boleh jadi persoalan.Kenapa asyik itu yang dihadapkan? Apa kita nak heran lambat cepatnya jodoh, Allah yang tentukan...

Bila nak kawin???
Pada yang masih bujang,biarkanlah mereka terus bertanya.Usah ditunggu letih mulut mereka (Takkan letihnya sampai bebila..).Kalau ada jodoh, Insya-Allah takkan ke mana...

Bila nak kawin???
Pada yang asyik menanya,usah dirisaukan jodoh orang.Jaga masjid sendiri agar tidak goyang.Lain orang lain rezekinya.Syukurlah dengan apa yang kita ada...

MORAL OF THE STORY : DONT ASK! (ngeh3)
.............................................................................................

Apa pendapat anda tentang ayat2 diatas? From one side,macam lawak ja but from another side,this is a problem kan? Adoi,takut plak benda ni jadi kat aku…a.n.d.a.r.t.u-a.n.d.a.l.u.s.i.a or whatever janji maksudny sama.nauzubillah…ya la kan,kawan2 aku ramai y da not available tapi aku? Hehe…x pa2,y penting aku tau Allah da tetapkn jodoh aku Cuma blom masany utk aku kenal…insyaallah satu hari nanti…apa y penting abiskan blaja dulu...
Bila aku nak kawin??? Allah ja tau jawapapannya…



“bergembiralah menyambut kehadiran cinta tapi sebaik saja ia menyebabkan hati anda gelisah serta tumpuan anda terhadap tuhan dan pelajaran kian menghilang,tinggalkanlah cinta itu dan binalah cinta baru”…

ya Allah ya Rahim,kurniakan aku pasangan yang sentiasa mencari redhoMu.semoga dengan ini aku tidak lalai daripada mengingatiMu…amiinn…

Tuesday, May 12, 2009

dia seorang teman...

Yoyoi Abdullah: aku da prob ni.
Leh 2lun x?
Lo x leh x pa aku faham…
A’Q greeman: cuba habaq bg jelas
Baru aku faham

Yoyoi Abdullah: spek aku patah
Kawan aku bg patah
Br ja wt x smpi sbulan
Adoi,nk wt cane ni?
Da r tngah kering ni..
Makan pn bajet
Besa r short sem,ptptn x msk
Nk mtk kwn aku ganti pn x smpi ht
Bkn dia sengaja
Nk mtk kat mak aku ag r x smpi ht
Br 2 3 hr lps dia kt wet x bp nk cukup
Ni y wt aku mls p clus ni
Nk pnjm kat org segan
Sbb sure next sem br blh bayar.tggu ptptn msk
hwaaaaaaaaaaaaaaaa
A’Q greenman: herm….
Jgn cam2
Rilex r
Yoyoi Abdullah: bnda len aku blh rilex
Tp kalu ingt mak aku aku ribut
Hwaaaaaaaaaa
A’Q greenman : hurm,pnjm la kat wawa.
Yoyoi Abdullah: dia x amek short sem
A’Q greenman: pulak
…………………....…potong………………………………………………
A’Q greenman: pnjm la kat kwn len
Aku pn blh
……………………....potong……………………………......................
Yoyoi Abdullah: aku segan r
X penah pnjm cani
Tol ka leh jd along aku ni?
Tp next sem r br aku bayar

A’Q greenman: x pa,aku x ksh
Bayar la bila ada
bayar skit2 pn x pa

yoyoi Abdullah: betul ni?
Tanx wei
Segan aku
A’Q greenman: x yah segan2
Spek ag penting
Klu x dk spek x leh blajaq lak

…………………………...potong…………………………………………
Yoyoi Abdullah: tme kasih wei
A’Q greenman: x pa
2lun kwn
Lgpun bkn slalu pnjm
Bg no akaun bank mn hg da
Nak bpa?
Esok aku masuk
tp petang2 skit la
x pn malam
yoyoi Abdullah: rm..
islam n muamalat

……………………………………………………….....…………
Actually aku tulis n3 ni sebab nak ucapkan time kasih yang tak terhingga kpda A’Q greenman.Tanx A’Q greenman.tanx sangat2.kalu tak dak hang tak tau la apa aku nak wat.tambah2 teringat muka mak aku.adoi cam nak tiak ja…(tiak da pn) hehehe…tak sangka lak aku kawan aku baeeeeeeeekkkkkkk cani.ngeh ngeh ngeh…boleh aku pow slalu.lawak ja A’Q greenman…Tak sia-sia aku kawan dengan hang dr skul.ewah-ewah,dah bagi pinjam wet baru nak kata dia baek…x la A’Q greenman,aku tau lama dah hang baek.kawan2 aku semua baek2.aku syang semua.sayangggggggggg bangat....

korang sayang aku tak? Cepat mesej aku bagi jawapan…

A’Q greenman,insyaallah nanti aku dah ok aku bayar balik duit hang.paling lewat pn awal next sem.kalian yang baca blog ni,tolong ingatkan aku untuk bayar hutang A’Q greenman ni ek.time kasih yang tak terucap sebab dah jadi penyelamat aku hari ni…tanx a lot my dear frenz…semoga Allah sentiasa bersama anda…

moral of da story: hargailah orang disekeliling anda…
sentiasalah membantu orang yang mengalami kesulitan.tak semestinya
dengan duit ja ek...

ya Allah ya rahman, terima kasih kerana memberikan aku pendamping-pendamping yang baik. Semoga dengan nikmat ini aku menjadi hamba yang sentiasa mensyukuri nikmatmu…amiin…

Monday, May 11, 2009

short sem? malas? semangat? ilmu?..

hurm...da masuk hr isnin maknanya dah masuk minggu kedua short sem...adeh,bila la nak abis short sem ni? aik,baru start dah tanya bila nak abis? (hehehe,baru kutahu bosannya amek short sem). tapi nak buat cane lagi.kena teruskn jugak la...biasala,kadang-kadang timbul jugak rasa bosan tok blajar.lagi2 time exam,betol tak kawan2? sapa tak ngaku tu tak jujr la kot.ngeh ngeh ngeh...

bila tiba time2 kritikal cani,time2 tak dak semangat nak study ni,rasa macam nak balik rumah ja...zam zam ala kazam.tup2 sampai kulim...heheh,berangan ja kot.

aku teringat dulu ada seorang cikgu penah ckap cani kat aku,"manusia dan ilmu ni ibarat mutiara didasar lautan dengan seorang penyelam.ilmu tu mutaira yang tenggelam jauh di dasar lautan,sukar dan letih untuk mendapatkannya tapi tak mustahil.manusia sebagai penyelam tu perlu berusaha untuk mendapatkannya.jika berjaya mendapatkannya,kamulah orang yang beruntung tapi jika kamu lemas ketika menyelam lautan itu,kamulah orang yang rugi.ingat,mutiara takkan timbul menyerah diri untuk orang yang berdiri di tepi pantai".lebih kurang cam2 la cikgu aku kata.erk,ingat lagi aku...

hurm...kalau aku tanya orang,mesti semua jawab nak jadi orang yang menyelam tu kan,orang yang beruntung tu kan? tapi fikir-fikirlah kita dah amek semua langkah2 untuk menyelam ke? heheh,aku pun terkena...


ya allah,aku pohon kekuatan dariMu...selain berdoa,mama la sumber inspirasi aku.bila malas nak study,aku call mama.dengar ja sora mama,adeh...cair,cam luruh jantung.tambah lak dengan kata2 semangat dia.aku terharu...


siapa pun sumber kekuatan kita,its doesnt matter.yang penting,kuatkan hati and teruskan usaha.insyaallah,ilmu dan kejayaan itu milik kita.tajaan dari diri sniri untuk diri sniri... semoga short sem ni memberi banyak kebaikan untuk aku..

ya Allah,kurniakan aku ketabahan hati,kekuatan fikiran dan kefasihan berkata-kata.masukkanlah aku kedalam golongan yang beruntung itu...amiin...

Sunday, May 10, 2009

mama,u are my no 1

Hari ini 10 mei 2009, semua wanita yang bergelar ibu diraikan di seluruh pelusuk dunia.

SELAMAT HARI IBU…
Siti Aishah haji Saad…dia permaisuri hatiku.mama yang melahirkan aku hampir 21 tahun yang lalu…seorang wanita yang aku kasihi,sanjungi,yang menjadi aulawiyah aku sebagai seorang anak untuk mentaatinya...

Bangga.ya,aku aku bangga mempunyai seorang mama yang sangat tabah hatinya. Mama mendapat title ibu tunggal ketika berusia 36 tahun. It’s too young I think. Arwah baba tinggalkan kami empat beradik untuk mama. Masa tu abang sulung baru form 2,kakak darjah enam,another bro darjah tiga and me 5 years old...mama bukanlah seorang yang berpendidikan tinggi.belajar habis sekolah rendah ja.apalah sangat yang mama boleh lakukan untuk besarkan kami tapi Alhamdulillah,mama mampu besarkan kami yang hari ni semuanya lagi besar daripada dia…hurmm,tak semua sebab abang sulung pun dah meninggal.al-fatihah…

Mama…dayah tau,dayah la anak yang paling sukar untuk mama kan? melahirkan pun susah apatah lagi membesarkan.maafkan dayah mama,selalu buat mama risau dan susahkan mama dengan kesihatan yang tak berapa baik ni…jaga dayah kat hospital,banyak habiskan duit mama untuk berubat. Maafkan dayah…

Menjadi anak bongsu,aku sangat menyusahkan mama.ketika berumur 52 tahun mama masih bekerja keras untuk membiayai aku yang lagi 2 tahun baru habis belajar. Bila fikirkan hal ni,aku rasa aku memang anak yang membebankan mama.tapi bila aku bercakap hal ni dengan mama,ni jawapan dia,”hang tak yah dok kalut la.tu semua tanggungjawab mama.lagi mama buleh bagi anak mama belajaq,belajaq la betoi-betoi.mama tak tinggai gunung emas kat hampa.mama tak pandai nak ajaq hampa serba serbi.ni ja mama buleh bagi.kalau peluang ni pun hampa tak guna betoi-betoi,mama tak buleh buat apa dah.tak dak apa dah mama nak bagi.hampa pikiaq la elok-elok.” Mama aku senyum…aku? terdiam dan air mata bergenang.coolnya mama aku ni…mungkin pada orang lain tak dak apa yang touching pun tapi aku…hurm…

Sekarang ni aku juz nak cepat habis belajar,nak pegang duit sendiri and nak bagi balik apa yang mama korbankan untuk aku.aku pohon allah tetapkan hati aku.amiin.Mama,tanx for raising this stubborn for almost 21 years and congrats for being the passionate one.luv you mama.you are my no 1.

Ya Allah ya tuhan,ampunkanlah dosa dan kasihanilah ibu bapaku seperti mereka mengasihiku pada waktu kecil aku dahulu…