BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, May 27, 2009

dia si bitara itu...

Si bitara itu,
Hitam bersinar anak matanya,
Manis menguntum senyuman di bibir,
Bersih wajahnya menarik mata memandang,
Memukau jiwa si pemerhati…

Si bitara itu,
Banyak kelebihan di dalam dirinya,
Kelebihan yang diigaui insan…

Si bitara itu,
Bijak bermain kata-kata,
Kalamnya penuh dengan hikmah,
Mampu mempengaruhi dia yang mendengar…

Si bitara itu,
Aksaranya sarat dengan panduan,
Bingkisannya penuh dengan kecintaan,
Ya,kecintaan yang pasti,
Kecintaan yang tiada galang gantinya,
Kecintaan yang teragung…

Si bitara itu,
Masih dengan kecintaan itu,
Saban hari dia bersama kecintaan itu,
Biarpun penuh dengan halangan,
Hatinya tekad dan teguh,
Mempertahankan kecintaan itu…

Si bitara itu,
Aku amat mengaguminya,
terpesona aku kerana kecintaannya,
kerana aku pasti kecintaanya itu,
kecintaan yang membawa rahmat dan keberkatan…

si bitara itu,
tidak sesekali aku tinggalkan,
kerana meninggalkannya aku kerugian,
kerana meninggalkannya aku kehilangan,
kerana…
kerana kecitaannya itu,
hanyalah untukMu rabbi…

si bitara itu,
sungguh...aku kagumi dia,
kerana kecintaanya hanya kepada Dia...

~hANaN naJIAh~
00:40
27 may 2009

0 comments: