BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, May 29, 2009

isu pemakaian purdah...

Pemakaian purdah ataupun nama lainnya ialah Niqab adalah perkara yang didalamnya terdapat khilaf dikalangan Ulama.Khilaf ini dikenali dengan nama Khilaf yang Muktabar.Khilaf yang muktabar ialah khilaf yang berlaku antara ahli ilmu yang mereka semua mempunyai dalil yang diterima di sisi kaedah penghujahan syarak atau perkara yang tiada dalil yang jelas mengenainya, atau mereka berbeza pendapat kerana ketidakjelasan dalil. Maka hukuman yang diputuskan fuqaha dalam masalah tersebut bersifat ijtihadiyyah.

Majoriti Imam mazhab, termasuklah Imam mazhab fiqh yang empat, dan yang lainnya juga - berpendapat bahawa seseorang wanita itu tidak diwajibkan menutup muka dan juga tangan. Akan tetapi, ada golongan sarjana/ulama, yang majoriti mereka daripada mazhab Hanbali, mengajar supaya wanita mestilah menutup muka(berpurdah) dan juga tangan.
Di zaman ini, antara ulama yang menegaskan wajah wanita adalah aurat ialah al-Syeikh Ibn Baz r.h. ( mufti Saudi yang telah meninggal ) dalam fatwa-fatwanya yang banyak, diikuti oleh para ulama di Saudi. Sebelum itu ‘Abu al-‘Ala al-Maududi r.h. dalam bukunya al-Hijab juga menegaskan akan hal berpurdah ini.Sementara yang menyatakan wajah wanita yang bukan aurat ialah majoriti ulama semasa, antaranya Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam bukunya al-Niqab li al-Marah”,dan al-Syeikh Nasir al-Din al-Albani r.h. dalam Jilbab al-Marah al-Muslimah fi al-Kitab wa al-Sunnah” dan kitabnya yang terakhir sebelum beliau meninggal sebagai jawapan dan tambahan kepada kitab tersebut iaitu Al-Radd al-Mufhim. Begitu juga Muhammad al-Ghazali r.h. dalam banyak tempat dalam buku-bukunya.

Sarjana Islam terkemuka, Sheikh Iqbal Nadvi, Imam Masjid Calgary, Alberta, Kanada, dan bekas Profesor di Universiti King Saud, Arab Saudi, berkata:Isu niqab (menutup seluruh badan termasuk muka dan tangan) adalah syarat asas dalam pemakaian hijab (pakaian wanita Islam) dalam satu mazhab, manakala niqab itu adalah bahagian yang digalakkan (disunatkan) dalam pemakaian hijab bagi mazhab lain. Tetapi apa yang telah disepakati oleh para ulama mazhab ialah menanggalkan niqab/tidak memakai niqab (iaitu dengan mendedahkan muka) atas sebab-sebab yang tulen/sebab yang bukan dibuat-buat, seperti untuk tujuan pengenalan diri dan perubatan.

Justeru itu, tidak wajar untuk seseorang berkeras menganggap munkar apabila melihat seorang muslimah berpegang dengan mana-mana pendapat dalam hal ini. Namun perbincangan dan perbahasan secara ilmiah untuk mencari pendapat yang lebih rajih adalah dialu-alukan dan digalakkan.Sehubungan itu,tidak wajarlah kita memperlekehkan atau menganggap 'TIDAK BERFAEDAH' seorang muslimah itu,apabila tidak istiqomah dalam pemakaian purdah.Lagi-lagi apabila muslimah itu hanya buka apabila berada di kelas/kuliah yang memerlukan mereka membuka niqab tersebut.Hormatilah muslimah-muslimah ini yang cuba melaksanakan sesuatu yang beliau faham dan berpegang pada salah satu pandangan ulama ini.Semua ini mereka lakukan semata-mata utk mendapat keredhaan Allah.bersangka baik itu adalah salah satu ciri orang yang beriman.WaAllahualam...

#untuk bacaan lengkap sila baca kitab fatwa mauasirah,oleh Al-Imam Yusuf Al-Qardhawi...

#iluvislam.com...

0 comments: