BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, July 23, 2009

dengki...

Seringkali apabila berbicara mengenai hasad dengki bangsa melayu menjadi rujukan. Hasad dengki sudah menjadi sinonim dalam kalangan komuniti melayu.apakah bangsa lain tidak memiliki hasad dengki? Sememangnya hasad dengki itu merupakan wabak yang menjangkiti semua bangsa di dunia ini namun persoalannya mengapakah ia begitu terzahir dalam kalangan masyarakat melayu?

Hasad atau dengki merupakan satu daripada tujuh penyakit hati (rohani) yang berbahaya terdapat pada manusia.ia merujuk kepada perasaan tidak senang dalam hati seseorang apabila melihat orang lain mendapat kebaikan ataupun memiliki sesuatu melebihi dirinya. Sifat yang tidak baik ini telah berakar umbi dalam diri individu melayu dan berkembang dari semasa ke semasa.

Tidak hairan jika didapati apabila seorang melayu yang agak berjaya dalam perniagaan contohnya,menjadi objek dan sasaran sifat dengki individu lain.bukan itu sahaja,bahkan jatuh bangunnya seorang pemimpin kadang kala juga berpunca daripada wujudnya perasaan hasad dengki ini.keaadaan ini berlaku kerana seseorang itu tidak dapat menerima kemenangan pihak lain dengan reda.

Hasad dengki juga telah menyebabkan sesame jiran bertikan lidah dan kawan saling bertelingkah.persaingan di tempat kerja untuk mendapatkan pangkat dan kedudukan di sisi majikan juga sering membibitkan perasaan ini sehingga ada yang tergamak memusnahkan saingannya dengan menggunakan cara yang ditegah agama seperti santau dan sebagainya.
Sepertimana yang telah diriwayatkan oleh Abi Daud,Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud: “dengki akan menghapuskan serta membinasakan segala kebaikan sepertimana api yang telah membakar dan menghanguskan kayu.”

Sewajarnya,setiap individu muslim menyedari bahawa hasad dengki akan membawa kemudaratan dan kecelakaan yang besar bukan sahaja di akhirat bahkan di dunia lagi.

0 comments: