BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, October 24, 2009

final



is




just




around




the corner!!!

Thursday, October 15, 2009

menjawab pertanyaan...

Satu malam tu, aku ada dapat mesej…macam ni mesej tu… “cinta itu banyak pengertian tapi bagi aku cinta itu adalah kawan sejati…orang yang mencintaimu meskipun telah menganalimu dengan sebaik2nya iaitu baik dan burukmu bla bla bla bla”…panjang sangat,tak terdaya nak menaip.maaf…hehe…

Dah habis baca mesej ni…aku pun terfikir…betul la kata2 dalam mesej ni…setiap orang ada pengertian yang berbeza kan…tiba2 aku teringat satu cerita korea yang pernah aku tonton dulu.dalam cerita tu,heroin tu kata “cinta adalah satu kebahagiaan dalam seribu kesengsaraan”…betul ka? Tepuk dada tanya iman,jangan tanya aiman tau…

Hurmmm…kalau betul la cinta tu satu kebahagiaan dalam seribu kesengsaraan…konklusinya aku belum bersedia untuk menempuh seribu kesengsaraan itu lagi…maaf zahir dan batin…=>.

kepada kawan aku,hadi yang nak kahwin lusa...semoga pernikahan anda diberkatinya...happy together yup...

kesibukan...

Salam semua.harap sihat2 belaka…semakin terabai blog aku ni ya…dah lama aku tak menaip entri.tak pa kan? Blog aku bukan blog glamour yang hari2 orang tertunggu2 entri baru….

Dalam jangka waktu aku menyepi ni kan, banyak benda yang dapat aku selesaikan…assignment international relation dah settle,law and government dah siap, theater and exhibition tentang napoleon Bonaparte (projek kelas modern history of Europe) pun dah siap perform.sir bagi markah penuh ni…congrats to my classmates,especially azfar yang pegang watak napoleon tu..susah kan berlakon dalam English.hehe…kita bukan pelakon handalan pun…=>.subjek fiqh sirah pun aku dah present,tinggal assignment ja tak siap lagi (ngeeeee). Tajuk assignment aku is hijrah still relevant nowadays? Kena berbahas tu…dapat pulak group members yang kurang bekerjasama,lambat la siap assignment ni.huhu…assignment parenting pun dah hantar (parenting? Lucu tak?)…hehe...

Satu lagi, web-based course registration pun dah lepas.alhamdulillah,Allah mudahkan urusan aku hari tu.aku dapat add 7 subjek untuk sem depan. Registration ni hanya satu hari bermula pukul 5 petang. Mula2 tu aku cuak sangat sebab kawan2 aku semua dah boleh masuk web uia tapi aku tak boleh2 sampai la pukul 5 orang dah mula daftar aku masih tak dapat masuk web uia.tup2 disconnect la pulak.aku tengok kawan2 aku dah add 1 2 subjek.aku? line pun tak dapat,macam mana ni…allahumma yassir wa la tuassir.dalam hati tak putus2 berdoa.debaran nak register course ni lagi hebat daripada nak masuk hall masa final exam…betuuulll. Masa kawan aku dah dapat add 3 subjek baru la aku boleh masuk web uia.alhamdulillah….lepas ja aku boleh masuk tu,senang ja aku dapat add semua subjek tu.kawan aku yang senang tadi pulak tersangkut2…at last,aku yang settle dulu register…kawan aku tak cukup subjek lagi…

Kawan2..aku dah kerja sekarang.buat part time di kiosk mahallah.bolehla topup sikit kan.nak harap ptptn ja semput jugak…tapi aku baru ja mula kerja.tak tau la lama mana mampu bertahan, letih jugak susun2 barang tu.kalau kerja malam,lebih kurang pukul 1 jugak la balik bilik.pagi2 pergi kelas.habis kelas pergi gym.haaa,ni la benda baru yang aku buat…pergi gym.harap2 consistent la.hehe…bagus jugak tempat aku belajar ni sebab menyediakan female sport complex.nak swimming, archery, hocky, futsal, squash,semua ada…bebas sikit sebab semua kaum sejenis ja…hehe… kelas,exercise,kerja...letih jugak kan? Tapi dah sendiri mau,nasib la…

next week aku ada kuiz untuk 4 subjek.huhu...pening kepala.tak tau nak study yang mana.serba tak kena rasa...final exam pun dah dekat ni.hehe...orang selalu buat kerja last minit kan,padan muka...

Wednesday, September 30, 2009

masjid dan kubur mengingatkan aku....

dah jadi tabiat tiap kali naik kenderaan mesti baca doa...tapi biasalah manusia,kadang2 terlupa jugak lagi2 masa nak naik atau masuk kenderaan tu tengah borak2 kan...

tiap kali aku terlupa baca doa, dalam perjalanan tu kalau aku jumpa masjid,nampak ja kubur automatik teringat yang aku tak baca doa pun masa naik tadi...aku penah la bagi tahu mama aku pasal ni.mama aku jawab "kuboq tu kan ingatkan kita kematiaan"...yup,betul.bila aku terlupa baca doa nauk kenderaan tu,nampak ja kubur aku rasa semacam...lagi satu bila aku buat sesuatu yang mama aku tak suka,nampak ja kubur,aku dah tak senang duduk,rasa berdosa tu membuatkan aku rasa panas...

raya ke2 hari tu aku perdi kelantan.raya ke4 malam tu baru bertolak balik.masa tu lebih kurang pukul 11 malam kalau tak silap.disebabkan terlalu letih dan mengantuk,aku pun terlupa nak baca doa naik kenderaan.dalam keaadaan separuh sedar tu,aku nampak masjid,ingatlah aku yang aku tak baca doa lagi tapi lepas tu aku tertidur.jadi aku tak baca la doa tu.doa tidur lagi la kan.hehe...lepas tu aku terasa kepala aku terhantuk seat depan.kuat,pening la jugak kepala aku.masa kepala terhantuk tu aku dengar bunyi hon brek kenderaan,kuat.kalau orang utara kata brek menyakaq...aku pun celik mata. terkejutnya aku...depan kereta kami ada kereta lain melintang depan kereta kami dan di sisi kiri kereta ada trailer yang jaraknya 3 4 inci ja lagi dengan kereta kami.kereta depan tu pun sama...aku tengok muka mama aku.pucat...macam tak dak darah.terkejut sangat la...nyaris2 jadi korban malam tu.kecoh la jugak.orang ramai kat kedai makan tepi jalan tu semua berdiri tengok...lepas tu kami berhenti ja kat kedai makan tu.rehat kejap...mama aku ada darah tinggi,takut jugak.keluar ja kereta bau tayar terseret tu kuat gile...

lepas mama aku dah ok sikit,dia pun tanya..."kita nak balik jugak ka malam ni? esok pagi la,dah lambat ni.kot grik nu hutan ja,tak pa ka balik la?"...mama aku dah seriau...lepas sembang2,abg.zam driver kami cakap nak balik malam tu jugak...baliklah kami...dalam perjalanan balik tu aku terfikir...kalau la tadi trailer tu hentam kami...innalillah boleh jadi.dah la aku tak baca doa,nak sebut Allah pun tak sempat la.tengah tidur kan...dalam sunyi tu,anak sepupu aku bersuara..."kalau tak kita masuk metro dah esok tok su(mama aku).kereta depan tu la buat reja bodo"...semua diam tak menyahut...alhamdulillah,pukul 4;30 kami sampai rumah...

petang keesokan hari aku keluar dengan kakak aku.lupa jugak baca doa....sampai ja masjid kilang lama tu,baru aku teringat tak baca doa...hehe2...sungguh,masjid dan kuburan tu selalu mengingatkan aku...

Thursday, September 17, 2009

salam aidilfitri

hai semua...
lama betul aku tak online ya...bukan tak mahu online tapi sibuk tambah2 pulak dengan kesihatan yang tak mengizinkan =>.sekarang ni aku berada di rumah.yahaaa...aku balik hari jumaat ahri tu.cuti dua minggu lagi.best2. jeles yup.hehe...



ramadhan dah nak habis.kejap ja kan? raya lagi dua tiga hari ja lagi. kepada kawan2 yang nak datang rumah,call dulu ya sebelum datang sebab kalau ikut plan aku nak pi kelantan raya ke2 atau ke3 nanti.ok la, salam aidilfitri maaf zahir dan batin...jemput2 datang ke rumah...



#alfatihah buat pelajar uia warga palestin yang meninggal di tembak tentera israel baru2 ni.

hantaran

Kepade mreke2 yg nk menghantar dan menerime hantaran..fikir2kan

“Sayang, tengok nih. Cantiknya AlQuran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran” pekik Jamilah kepada Nabil..

“Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli nih” balas Nabil.

Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang bakal dijadikan hantaran.

“Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab” keluh Jamilah.

“Ala, awak bukan reti pun bahasa arab” jawab Nabil. Tergelak Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.

“Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat” tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an.

“Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid” sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ..

“Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?” pakcik menyoal sambil tersenyum.

“Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik“ teragak-agak Nabil menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.

“Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar hantaran. Kesian ALQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik” tegur pakcik berhemah.

“Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la” tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.

“Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi” cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.

“Ala, besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi” senyum Jamilah mengangkat bungkusan AlQuran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.

“Jangan lupa baca ya” pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut.

“Sibuk je la pakcik tu” Jamilah mengomel.

Nabil kelihatan serba salah. Mungkin ‘terpukul’ dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.

Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai.

“Assalamualaikum semua” ucapan salam Pak Imam bergema.

Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.

“Inikah pengantin hari ini?” tegur selamba Ustaz Saad.

“Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak... usta.. ustazz..” jawab Nabil mengigil. Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.

“Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin” cadang Ustaz Saad. Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.

Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.

“Ss.. su.. surah apa ustaz?” Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku.

“Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa’d” kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi.
Surah Ar Rad

Surah Ar Ra'd

“Apa benda nih” detik hati Nabil.

“Bismillahirrahmaani rrahim.. ALL..MAA.. RIII..!!” berlagu Nabil.

Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala.. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.

“Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran. Adik Nabil, cara bacanya seperti begini : A’uzubillahiminnassya itaanirra jim.. Bismillahirrahmanir rahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM... RAA..” kedengar suara gemersik Ustaz Sa’ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama ALQurannya.

Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya.

“Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran.. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina ALQuran. Beli ALQuran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim” tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Sa’ad.


“Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama.. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab AlQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh AlQuran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan AlQuran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya..” penutup Ustaz Sa’ad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.

Hari semakin cepat berlalu.

Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab ALQUran yang menjadi hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari.

Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Sa’ad tiba. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil.

read this..

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'When a man dies and his
relatives are busy in funeral, there stands an extremely handsome man by
his head. When the dead body is shrouded, that man gets in between the
shroud and the chest of the deceased.

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki
itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang
betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu
berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan
Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya
mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai
ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata,
Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang
diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah
tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia
dimasukkan ke dalam Syurga.'

Thereafter he turns to his dead companion and says, 'I am the Qur'an,
which you used to read, sometimes in a loud voice and sometimes in a low
voice. Do not worry. After the interrogation of Munkar and Naker, you will
have no grief.'

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku
adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara
yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang.
Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'

When the interrogation is over, the handsome man arranges for him from
Al-Mala'ul A'laa (the angels in Heaven) silk bedding filled with musk.

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada
Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang
dipenuhi bauan kesturi

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'On the Day of Judgement,
before Allah, no other Intercessor will have a greater status than the
Qur'an, neither a Prophet nor an angel.'

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di
hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran,
mahupun dari nabi atau malaikat.'

Please keep forwarding this 'Hadith' to all ....because

Sila sebarkan Hadis ini kepada semua .......kerana

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said:

'Pass on knowledge from me even if it is only one verse'.

'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.'

May Allah bestow this favour on all of us.

Friday, September 4, 2009

dugaan...

harap2 orang kat sana semua sihat2 agar supaya boleh berpuasa dengan baik.amin...jangan jadi macam aku.hari ni dah 3 hari aku tak puasa.teruk betul kesihatan aku ramadhan kali ni.tak pernah2 macam ni.doktor dah berleter kat aku masa pergi klinik tadi.dah sakit lama baru nak jumpa doktor.ngeee...bukan sengaja tuan doktor,ampun...aku pun tak sangka nak berlarutan macam ni...aku tengah cari bahan assingnment ni.nanti ada masa aku sambung lagi...bye...