BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, June 3, 2009

aku tidak seperti engkau...

Ya,aku tak pandai macam kau. Aku tak secerdik kau yang tiap tahun dapat merasa naik pentas masa hari anugerah cemerlang di sekolah dulu. Aku tak sehebat kau untuk mendapat tajaan JPA di universiti. Aku juga tak sebijak kau untuk ditawarkan jurusan yang aku impikan. Aku tidak sepetah kau dalam berbicara. Aku tidak sepantas kau dalam mengira. Aku tidak secepat kau dalam mengahafal. Dan aku tidak cukup layak untuk di senaraikan sebagai pelajar dean list…dengan kau aku sentiasa yang kedua,ketiga,keempat atau entah yang keberapa...ya, akui semua itu.kau memang hebat,syabas!!!...

namun kau lupa banyak perkara…

Aku juga manusia seperti kau.aku punya perasaan,tahu rasa sedih dan gembira…

Kau manusia yang fitrahnya tidak boleh menjadi kera sumbang,yang selamanya mampu hidup tanpa kawan…

Segala yang kau miliki adalah kerana Dia mengizinkan…kesenangan ataupun kesusahan sama saja.semua tu hanyalah ujian…Dia boleh memberi dan menarik bila2 masa sahaja…jangan bongkak!!!

Dan ingatlah,kau hanyalah seorang manusia!!! Akan pergi bila2 masa...ke tanah jua engkau kembali nanti...

Di sana nanti bukan kecercerdik yang Allah timbangkan...

#memaafkan dan melupakan adalah perkara yang berbeza…mudah untuk memaafkan tapi payah untuk melupakan…itulah manusia lazimnya...

0 comments: