BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, June 18, 2009

pergilah duka...

Di persimpangan hidup,
Dia menapak kearah terbitnya mentari,
Melangkah dengan kelamnya hati,
Ditemani segumpal sendu sesal,
Digenggam bersama segugus kenangan,
Berharap disana bersua ketenangan…

Sedang engkau ,
Berpergian ke sejuknya antartik,
Bersama bunga-bunga kebahagian,
Terlukis riak kegirangan di wajahmu,
Bertemankan selaut harapan,
Kerana disana menanti realiti yang menggembirakan…

Tika itu,
Ada harapan yang berkecai,
Ada janji yang terlerai,
Ada hati yang terluka,
Ada jiwa yang bahagia,
Ada nafas yang ketawa…

Di batasan waktu,
Berdiri dia ditemani kekuatan,
Jiwanya berdenyut kegirangan,
Keperitan itu bersapa khatimahnya,
Sendu itu terbang bersama semilir bayu…

Pergilah duka,
Terbanglah sengsara,
Hilanglah resah,
Janganlah engkau bertapak kembali,
Kerana dia telah melepaskan segalanya,
Kerana dia ingin bahagia,
Pergilah…pergilah…

~hANaN naJIAh~
03:23 a.m
18 jun 2009

0 comments: