hari isnin dan selasa lepas aku pi alor star.saja pi jalan2 tengok tempat lama.hehe...sebenarnya nak pi ziarah kawan baik aku,aini mursyida(da).rindu sangat kat dia.sejak aku masuk matrix dan dia pi mesir memang tak pernah jumpa dah...3 tahun dah la...
dulu zaman sekolah dia la kawan suka duka aku.susah pun dia ada,senang pun dia ada.lagi2 masa aku 'sakit'.cuma sejak dia pi mesir susah sikit nak contact tapi hubungan macam tu jugak.kawan baik tak semestinya hari2 jumpa kan? asalkan ada dalam ingatan...hehe...dua hari la aku dok rumah dia.pukul 10 pagi aku dah terpacak depan rumah dia.hehe...hari tu borak ja kerja kami.pagi sampai malam,sedar2 dah hampir empat pagi.maklumlah lama tak jumpa kan.huhu...macam2 dia cerita kat aku...sukanya aku tengok dia,muka berseri2.maintain ja,tak naik2 badan bukan macam aku yang dah masuk kategori 3G dah ni...uhu...mulut pun masih kepoh macam dulu...ada jugak buah tangan dia untuk aku...muaahhh!!! sayang da.hehe...
sepanjang aku di rumah da,pak njang (ayah da) sibuk sangat di dusun.biasala musim buah.pagi2 dah keluar,malam baru balik.sibuk ja tanya aku nak makan buah dia nak ambil kat dusun.pak njang masih pak njang yang dulu.ramah macam biasa...ummi nan/nan (mak da) pun masih sama macam dulu.bisingnya sama saja.masa aku telefon bagi tahu kata nak pi rumah,kecoh ja dia cakap mai la tengok nan dah naik 100 kg.hahaha...ya la sangat 100 kg.abang sulung da syidi belajar di kolej komuniti langkawi.ambik seni kulinari...adik da yang ketiga,syazwan (Wan) pulak masuk sekolah tahfiz.bosan agaknya dok di rumah lepas spm dulu...syazwani,adik da yang keempat ambil STAM.di mana lagi kalau bukan di sekolah kami dulu.=>...adik da yang bongsu nama fikri.aku dah biasa panggil adik ie ja.dia dah tingkatan satu sekarang ni.hehe...cepat betul besar.dulu dia la yang aku selalu usik2.dik ie my lurve.hahahaha...dulu kalau dia malas mandi,aku selalu kata i love u kat dia,terus dia masuk mandi.malu la tu.hahaha...lawak2...rindunya aku pada kenangan lalu...
#######################
hari kedua pulak (selasa) aku ajak da pi sekolah.uuuuhhh,rindu benar kat cikgu2 dan junior2 yang sempat aku kenal.kami ajak kawan lagi seorang,farihan...janji pukul 10:30 nak gerak dah,agak2 sampai sekolah 10:45.tengok2 pukul 11:15 baru gerak.hehe,lawak2.yang jadi lambat sebab aku dengan da lawan tolak bawak motor.aku tak berani sangat bawak motor orang,jalan pulak aku tak ingat sangat.lesen pun tak dak.aku suruh dia bawak dia pulak tak mau.dah dua tahun tak pegang motor katanya...at last aku la jugak yang bawak.motor pulak minyak sikit.sampai sekerat jalan,isi minyak dulu...
dah lain benar sekolah sekarang ni.dulu tanah merah ja.kasut pakai dua tiga hari dah merah.maklumla SMA ja.sekarang semua dah bertar,dah jadi SABK.kalau dulu panas kemain,sekarang semua dah pasang air-cond.asrama pun dah cantik.dah ada computer lab.library pun dah ok...sukanya aku tengok keadaan sekolah tu sekarang...cikgu2 pun semua dah sempoi.masih pengetua yang sama,ustaz adenan.cikgu2 bujang masa aku belajar dulu semua dah kahwin.cikgu rohaya,cikgu mazarina,cikgu anisah,cikgu salma,cikgu awanis,cikgu normayati dan yang terbaru cikgu shahril.semoga berbahagia ya cikgu...ya Allah,rindu sangat zaman sekolah...zaman2 kegemilangan dulu.hehe...ustaz ajar insyak dan b.arab komunikasi aku dulu,ustaz ridhuan tanya aku...mana lagi best,sekolah atau u.aku jawab la sekolah.lepas tu ada syarahan sikit...hehe...katanya "dulu masa sekolah ketegaq,orang tegur tak mau dengaq.kata aku ni cenge.la hampa tau la".hehehe.ampun...kesian ustaz melayan murid nakal ni...yup.sungguh.aku sangat nakal dulu.huhu...satu lagi,sekolah dah ada blog.terima kasih cikgu Shidi sebab buat blog sekolah...
insyaaallah,kalau panjang umur,aku nak pi lagi sekolah...bestnya zaman sekolah kan.andai dpat kuundurkan putaran dunia,nak ja aku masuk sekolah semula...
lepas balik dari sekolah tu,aku dah kemas2 beg.nak balik rumah lepas zohor.masa aku siap2 nak balik kulim,fizah sampai rumah da...fizah kawan sekolah jugak.dah kahwin,anak dah 8 bulan.dia mai dengan suami dia.sembang2 depa nak hantar aku sampai kulim,sampai rumah la senang..huhu,rezeki jangan ditolak...baliklah aku dengan depa...
#geramnya bluetooth laptop ni buat hal.tak boleh masuk gambar.
Monday, July 13, 2009
da...sekolah...
Posted by ~keMBarAabdi~ at 23:40
Labels: warna-warni kehidupan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
salam kembaraabadi...
selam kenal...
kenangan yg nosatalgik kalau igt2 balik kan??
ps:
nk bagi pendapat sket boleh cikgu?
template awk gelap sket...rase boleh terangkan skit...
huhu...saya bgi pendapat je...sori
waalaikumussalam...
yup,memang tak boleh lupa la...
lagi2 kalau pelajar yang 'baik' macam saya ni.hehe...
tak tahu la macam mana cikgu2 saya boleh sabar...
awk pun cikgu mesti dah faham sangat kan.=>...
pasal template ni saya belasah ja hari tu...
banyak sangat,tak tahu nak pilih yang mana...
it's ok,tanx for your suggestion...
Post a Comment