Pada suatu hari,kira2 jam 10:30 pagi,berjalan tiga orang gadis ke kelas.mereka ialah gadis A,gadis B dan gadis C.kelas bahasa arab mereka berlokasi di Harun M.Hasyim Centre,Kulliyyah of Law yang mengambil masa kira2 hampir setengah jam untuk pejalan kaki seperti mereka.
Di pertengahan jalan (belakang ITD), terdapat sebuah pusat kawalan tenaga elektrik di situ (tak tau panggil apa,hentam ja ni). Gadis A pun berkata kepada 2 orang temannya itu…
“kalau berani masuk la dalam ni…”
“Tak dak kerja…” sahut gadis B.
“kalau masuk gak,kena lektrik la.grrr grrrrrr grrrrrrrr…”sampuk gadis C sambil menggayakan aksi orang terkena renjatan elektrik,lucu aksinya. Dia tidak menyedari kelakuannya diperhatikan…gadis A dan gadis B juga tidak sedar…
Selepas itu,gadis C terus berkelakuan agak ‘sewel’ dengan mengintai2 kereta yang diparkir di berdekatan laluan mereka itu dengan membuat mimik muka yang melucukan.gadis2 itu masih tidak menyedari kehadiran makhluk lain di kawasan itu…tiba2…
“aaaaaaa,malunya aku.ada orang dalam kereta merah tu…” gadis C bersuara sambil menutup wajahnya…
Serentak gadis A dan B berpaling kearah kereta merah yang dimaksudkan…
“hahahahahahahahahahahahahahahahahahahhahah…….” Berderai ketawa orang2 di dalam kereta merah itu.kuat sekali.agaknya sedari tadi memerhatikan gelagat ‘sewel’ gadis C itu.
Gadis A dan B jugak turut sama tertawa.
“wei,semua budak laki tu.padan muka,buat lagi perangai tolol tengah2 jalan…” gadis A bersuara.
“wei malunya akuuuu….malunya…” sambung gadis C…
Gadis A berkata “kalau satu kelas dengan kita tak tau la mu…”
“aaaa….aku malu aku malu…”
Sampai di belakang perpustakaan masih lagi terdengar tawa pelajar2 lelaki tersebut…
“tak pa la mu,lepas ni tak jumpa dah depa tu.bukan budak kelas kita kot…” gadis A menyedapkan hati temannya.ketiga2 gadis itu tidak dapat mengecam pelajar2 lelaki tersebut kerana masing2 rabun tetapi tidak memakai kaca mata…
Sudahnya sampai ke kelas gadis C masih menyebut perkataan malu manakala gadis A dan B terus terusan ketawa…jenaka pagi…hahahahaha….
sekali lagi Maaf ya tuan punya badan.hahahahahaha.kenangan wei…
Thursday, July 30, 2009
mereka itu...
Posted by ~keMBarAabdi~ at 23:04
Labels: warna-warni kehidupan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment