
Wednesday, June 24, 2009
mereka berkata...

Posted by ~keMBarAabdi~ at 10:38 2 comments
Labels: ILIS
pakulah di dinding hatimu...
Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. “Untuk apakah paku-paku ini ayah?” tanya pemuda tersebut. “Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu” jawab ayahnya.
Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut.
Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.

Posted by ~keMBarAabdi~ at 10:26 0 comments
Labels: ILIS
Saturday, June 20, 2009
untitle 3
ssshhhhhhhhhh!!!!!
ssshhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!
aku
dah
tak
sanggup!!!!!
berdiam diri itu lebih baik daripada mencetuskan???
aku mahu berpergian...
bergembiralah...
bersua lagi jika...
aku masih disini...
sayonara~~~~~~
Posted by ~keMBarAabdi~ at 13:43 0 comments
Labels: warna-warni kehidupan
Thursday, June 18, 2009
pergilah duka...
Di persimpangan hidup,
Dia menapak kearah terbitnya mentari,
Melangkah dengan kelamnya hati,
Ditemani segumpal sendu sesal,
Digenggam bersama segugus kenangan,
Berharap disana bersua ketenangan…
Sedang engkau ,
Berpergian ke sejuknya antartik,
Bersama bunga-bunga kebahagian,
Terlukis riak kegirangan di wajahmu,
Bertemankan selaut harapan,
Kerana disana menanti realiti yang menggembirakan…
Tika itu,
Ada harapan yang berkecai,
Ada janji yang terlerai,
Ada hati yang terluka,
Ada jiwa yang bahagia,
Ada nafas yang ketawa…
Di batasan waktu,
Berdiri dia ditemani kekuatan,
Jiwanya berdenyut kegirangan,
Keperitan itu bersapa khatimahnya,
Sendu itu terbang bersama semilir bayu…
Pergilah duka,
Terbanglah sengsara,
Hilanglah resah,
Janganlah engkau bertapak kembali,
Kerana dia telah melepaskan segalanya,
Kerana dia ingin bahagia,
Pergilah…pergilah…
~hANaN naJIAh~
03:23 a.m
18 jun 2009
Posted by ~keMBarAabdi~ at 13:59 0 comments
Labels: aksaraku
Tuesday, June 16, 2009
reunion...
salam...to all my friends (batch 01-05/x-SMAN SPM 05 & STAM 06), please contact me or Syifak or Awis maybe... we are going to have a reunion. you are welcome to give any suggestion for veneu and date...to those friends in egypt,balik la wei...rindu gila ni.=>...ukuwah fillah...
Posted by ~keMBarAabdi~ at 11:22 2 comments
kelas dan exam...
Salam semua,selamat pagi.pagi? a’ah,pukul 2 lebih pagi la kan? Hehe…aku baru bangun tidur ni.masa tidur tadi terjga lepas tu terigat pula hari rabu ada quiz…jadi,bangun la kejap kan.tapi sebelum pergi ke hajat sebenar,aku singgah disini dulu…=>…tapi wireless tak berapa ok la.tak tau la boleh post atau tak…
Pukul 8.30 tadi aku ada replacement class.biasa la hujung2 sem ni kan.lagi2 pula short sem dan banyak kelas batal.silibus banyak lagi yang tak sentuh jadinya kena buat juga la kelas ni.malam esok lagi sekali ada kelas ganti.adoiiii,’rajinnya’ diriku untuk pergi…ngeh3.=>…
Masa kelas tadi ada presentation. Brother dari Tajikistan dan east coast (aku pun tak tau Negara pa ni) punya turn. Brothers ni kena present pasal ibnu khaldun. Best presentation malam ni. Dah habis presentation tu,biasalah kan mesti ada sesi soal jawab kan…macam biasalah.si fulan itu pasti akan bertanya. Aku dah tak ingat apa soalan dia tapi ada kaitan la dengan konsep assabiyyah ibn khaldun tu.jadi brother berdua ni pun jawabla. Aku rasa macam betul ja brothers tu jawab tapi dia tak puas hati dia tanya lagi. Brothers tu pun jawab lagi.lepas brothes tu jawab, dia pun kata…
“I think my question is still ambiguous for u brothers”…
“hoooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo.ala,sudah la sikit2.Dia dah jawab la tu.” kelas bersuara…
satu kelas dah bising.ala2 boooo gitu. Kesian pula aku tengok dia.agaknya orang dah tak tahan dengan kerenah dia kot. Lepas kena macam tu,terus diam si fulan ni.hurmmm…nak buat macam mana,nasib la kan. Dah la.malas dah aku nak ingat.malas dah nak kecoh,final dah dekat ,kalau buat masalah dengan orang macam mana nak aman kan (bukan aku yang buat masalah)..hehehe…
aku punya paper 23 dan 26 hb ni.paper apa lagi kalau bukan political thought. Hurm…banyak lagi tak study, harap2 sempat la habis. Buat semua warga uia,selamat menghadapi peperiksaan.semoga kejayaan bersama kita.aminn…kepada kawan2 yang ambil paper Arab 19 hb nanti, anda la orang pertama yang jawab exam. Jangan tension2 ek, exam awal boleh balik awal..hehehe…apa2 pun,gud luck untuk semua…gambatte!!!
#aku minta maaf kepada semua kalau2 aku ada buat salah secara sedar ataupun tidak..maaf ya…
#selamat bercuti…
Posted by ~keMBarAabdi~ at 03:25 0 comments
Labels: warna-warni kehidupan
Monday, June 15, 2009
i miss ya...ya...la...
hurmm...dah agak dah...mesti ada orang tanya aku rindu siapa.ada pulak otak 'kurang bersih' ingat aku rindu orang yang tak sepatutnya...

Posted by ~keMBarAabdi~ at 11:18 0 comments
Labels: warna-warni kehidupan
Saturday, June 13, 2009
i miss ya...
oh tuhan...............................................
a
k
u
r
i
n
d
u
d
i
a
miss ya so much....................
serius ni bukan main-main la...
lama gila tak borak...
lama jugak tak jumpa...
bila bisa berbicara lagi nih?
Posted by ~keMBarAabdi~ at 16:51 0 comments
Labels: warna-warni kehidupan
awak sudi jadi isteri kedua saya?
"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Syazni tegas dan yakin.

Bagi Fulanah, Syazni tak ubah seperti lelaki lain. Gerak kerja dakwah Syazni berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu kehilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnya sibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Syazni semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun. Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang semudanya. Namun, Allah s.w.t. Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Syazni – sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Syazni.
Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Syazni.


Bantulah isterimu atau suamimu dan kuatkanlah dia untuk meneruskan perjuangan islam ke serata dunia!!Takbir ! Allahuakbar!
Posted by ~keMBarAabdi~ at 16:08 2 comments
Labels: ILIS
lagi...
1) Angka kesukaan anda: 7 kot…ya, 7…
2) Lagu kegemaran anda: banyak la.antarany tak mungkin berpaling (slam) dan no promises (Shayne ward). Nasyid pun suka.
3) Perkara unik tentang diri anda: unikkah aku? Err…tak tau la.
4) Bila hp anda berdering, anda megharapkan pemanggilnya ialah: my mama.
5) 3 barang yang tidak ditinggalkan apabila keluar rumah: purse,jam tangan dan henpon.
6) Perfume or deodorant yang anda guna: haiku, true love,smile…:) (avon ja)
7) Warga kegilaan anda: hijau semestinya..evergreen maa.
8) Anda tidak akan ke kelas jika: bangun2 tido lagi 10 minit class nak start. Tapi kalau baju dah iron awal2 pi jugak la. Late is better than never.hehehe.
9) Antara kasut dan beg,yang manakah keutamaan anda: kasut la.
10) Anda ada bantal busuk tak: tak dak…err..er..ada kot.heheh..
11) Tidur dan makan,keutamaan anda: tidur…zzzzzz,sleeping beauty.hehehe.
12) Bila anda betul2 marah terhadap seseorang: diam ja.malas nak cakap.cakap kang takut gaduh.
13) Anda kebosanan bila: keseorangan.
14) Adakah sarapan satu kemestian: not really.
15) Posisi anda dalam keluarga: bongsu.i don’t like it.
16) Pengertian sahabat pada anda: bersama susah dan senang,tidak kekok menegur kesilapan aku,sukar untuk ditemui.
17) Pangkal nama sahabat anda: S.
18) Kali terakhir anda menangis: 2 bulan yang lalu.
19) Pantai atau air terjun: air terjun..huu bestnya.sejuk,nyaman ja tengok kehijauan hutan.
20) Perkara pertama anda lakukan pagi tadi: on laptop.heheh..
21) Status anda sekarang: single mingle.
22) Wang dalam dompet anda sekarang: tiga keping not merah, sekeping not biru.sob3…
23) Kali terakhir anda bersenam: last sem..ngeh3.
24) Anda suka dengan diri anda sekarang: sometimes...
25) Semalam saya: tidur pukul 3 lebih.
26) Insan yang anda kagumi: saidina umar al-khattab.
27) Hujan dan panas,anda suka: hujannnnn.bestnya mandi hujan…
28) Anda bekerja dibawah tekanan: sometimes.
29) Profession guru pada pandangan anda: oh,sabarnya mereka.aku tak sesabar itu.
30) Kali terakhir anda shopping: last Tuesday…jalan TAR…
#cuk,jawab la jugak soalan2 nih...
Posted by ~keMBarAabdi~ at 12:51 0 comments
Labels: warna-warni kehidupan
malam ini...
Malam ni aku lepak lagi kat bilik manja.aku rasa mood aku ok sangat. Otak lapang ja…dah lama tak rasa lapang macam ni.tak tau la nape…hurm, waktu2 macam ni kalau study mesti cepat masuk.tapi aku ada benda lain yang kena buat dulu…yes,I’ve to finish my book review first. Hurmm, any way, ucapan semalam tu dah siap hantar pagi tadi, tak payah tunggu esok pagi….dapat la buat 4 page.hehehe…
Agak2 napa aku kata plek? Yuhu…plek sebab kami 3 orang buat kerja. Yes,buat kerja. Selalunya kalau dok bertiga mimpi ja la nak buat kerja.plan la sempoi macam mana pun,nak study la,nak buat esenmen la tapi kalau bertentang enam biji mata ni…huh melayang semua plan2 tu.hehehe…cakap ja lebih kan.tapi malam ni sume wat keja dengan khusyuknya.start awal pulak tu. ajaib ni…
Aku: yup. Malam ni dalam sejarah la…nak masuk blog la…
Wana: ha, amek la gambaq…
Aku: a’ah kan. Betul3…(da ready nak snap)…
Manja: tak boleh, nanti nampak rambut…
Aku: laaa…bukan nak amek gambar orang. Gambar laptop ja pun.
Manja: la,ingatkan nak amek gambar kita…
manja buat esenmen novel...
yup,esenmen lain2 sebab kami tak sama course.wana amek sosiology,manja amek english literature and linguistic dan aku pulak amek political science...tergendala seketika yang tadi tengah asyik masyuk taip esenmen.yuhu….ada jugak setan mencelah…
Posted by ~keMBarAabdi~ at 10:48 2 comments
Labels: warna-warni kehidupan
Friday, June 12, 2009
oh essayku bila nak siap???
Kebelakangan ini konflik yang berlaku di Palestin semakin meruncing. sebagai seorang pengarah program malam amal Palestin, anda diminta menyediakan teks ucapan majlis tersebut yang akan turut dihadiri oleh Yang diPertuan Agong dan Raja Permaisuri Agung untuk memberi ucapan penutup. sediakan teks tersebut selengkapnya...
hurmmm...macam tu la lebih kurang bunyinya arahan tugasan bertulis aku.aku pun tak sure betul tak aku salin tu.tak pa lah,tak penting pun.yang penting aku dapat apa yang cikgu nak aku buat.bukan kena tulis pun tajuk or arahan tu...
esenmen ni kena hantar hari sabtu b4 11 a.m,at least 3 page. 3 page ja kan.tapi....hai,lamanya tak mengarang BM.kalau tengok arahan tu,kira pengucapan umum la kan tapi....ada Agong la.so kena buat ucapan dua taraf hadirin la.adoi...lemah aku nak barpatik dan berhamba ni... perkataan2 yang sempoi pun dah tak tau sangat. kalau kat sekolah dulu guna perkataan sempoi sikit cikgu bagi bonus,kat sini dapat tak ha? hurmm,tak payah fikir nak guna bombastic words.nak buat ayat simple pun dah kekok.heheh...bahaya jugak pembelajaran dan pengajaran dalam BI ek.
actually aku tengah buat karangan ni la sekarang.baru dapat satu page...otak dah macam tak mau gerak ja.agaknya sebab dah lama dia rehat x buat essay BM. nak hantar esok tapi...bila la nak siap ni? teringat pulak kat cikgu Mazarina,guru class masa form 5 dulu merangkap cikgu BM dan guru kesayangan aku.baru call dia last week.uhu...cikgu,tolong saya!!!....kalau la cikgu kat sini...
ya Allah,kuatkanlah semangatku...
Posted by ~keMBarAabdi~ at 01:43 0 comments
Labels: warna-warni kehidupan
Wednesday, June 10, 2009
kena sudahhh!!!
1) Bekas kekasih saya – cipan.errr..ada ka?..malas mau fikir...
2) Saya sedang mendengar -sound effect cite shrek tu...
3) Mungkin saya patut – buat esenmen BM.yes,4 sure...
4) Saya suka - mengusik...satu kepuasan...
5) Sahabat-sahabat saya – baik,sengal n childish...
6) Saya tak faham – kenapa manusia suka menipu???
7) Saya kehilangan – masa2 lalu yang bermakna yang saya abaikan...
8) Ramai yang berkata – sengal punya budak...
9) Cinta itu adalah – keperluan...errr..err..ya ka? tak mau fikir la...
10) Di suatu tempat, seseorang sedang – menyiapkan projek (budak architecture kot)...
11) Saya akan cuba – menjadi diri saya dan perbaiki kelemahan2 yang ada...
12) Perkataan SELAMANYA membawa maksud – tak berpenghujung.kalau sabar,insyaallah bahagia...tapi jangan la ada orang suruh aku tunggu selamanya...
13) Telefon bimbit saya – warna hitam...sehari ada la 7 or 8 mesej masuk...
14) Bila saya terjaga – alhamdulillah,hidup lagi aku...
15) Saya paling meluat – penipuuuuuuuuuuuuuuuuuu!!!!!!!!!!!!!!!!!!! geram bangat si...
16) Pesta/parti adalah – ya allah, pa bende ni???
17) Haiwan yang paling comel pernah saya temui – hurmm...dolphin
18) Peringkat umur yang paling menyeronokkan saya ialah – 18-19.masa kat matrix.sempoi...
19) Hari ini – saya tak pi class BM,sakit perut.sob3...
20) Malam ini saya akan – tido pukul 4 nanti...
21) Esok pula saya akan – ada replacement class..oh tersiksanya aku...
22) Saya betul-betul inginkan – dean list.at least 3.8 tapi....hampeh.
23) Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini –semalam tak cuci muka...
24) Pusat membeli-belah atau arked permainan – best jalan2 kat sana time ada problem.best tengok gelagat orang.menghiburkan hati...
25) Makanan Barat atau Jepun? – barat sudah pasti...
26) Bilik yang terang atau gelap? –gelap semestinya.tak suka buka lampu...
27) Makanan segera adalah – mudah didapati,mudah dimakan n segara sakit kot...
28) Ayat terakhir yang anda telah katakan pada seseorang – saya mana ada kawan nak tag...
29) Siapa yang anda ingin tag: tak mau tag sapa2...
Posted by ~keMBarAabdi~ at 23:26 2 comments
Labels: warna-warni kehidupan
pasar malam...
petang tadi lepas balik dari student lounge aku pun pi la bilik manja...hurmm,dia baru bangun tido.aku jengah pulak wana,dia pun membuta...adoi,bosan2.tengok jam,pukul 5 petang...hari ni pasar malam.lama gile dah tak pi pasar malam.pagi tadi dah janji nak pi dengan wana.aku pun gerak la wana...
Posted by ~keMBarAabdi~ at 21:48 0 comments
Labels: warna-warni kehidupan
membaca...
Tadi ada seorang kawan aku ni tanya aku ni suka membaca tak…aku tak tau nak jawab.yang pastinya kau sangat tak suka baca buku teks.kalau nak exam lain kes la…heheh…tabik spring r sapa yang suka baca buku teks tu…aku juz suka baca majalah n buku2 tertentu macam kat bawah ni…
Sekolah rendah: ujang,mastika,novel (siri2 penyiasatan)…
Sekolah menengah: mastika,dewan siswa,fokus,remaja,ujang,dara.com,dewan masyarakat,novel (cintan dan thriller)…paper wajib tiap hari.majalah tu tiap2 bulan baca…
Matrix: remaja,dara.com,dewan siswa,dewan masyarakat,mastika,novel (baru start baca novel English)…
Sekarang: mastika,mingguan wanita,dewan masyarakat,i,kosmik,reader digest,novel…(x tiap bulan,ikut waktu lapang)…
Hurm… tu semua majalah.kalau buku2 pulak banyak la jugak.tak ingat la kalau nak list semua…tapi aku memang suka baca buku2 agama dan motivasi (tapi tak termotivasi pun)…heheh.start form two la aku suka baca buku ni.antara yang aku ingat…
#kisah-kisah anbiya’…
#10 dijamin masuk syurga (best gile)…
#101 wasiat rasulullah kepada wanita solehah…
#isteri-isteri nabi…
#kisah-kisah teladan…
#ulama’-ulama’ nusantara…
#taliban…
#fiqh marah…
Kalau rajin sikit pi library cari buku2 fiqh yang ada pandangan 4 mazhab…
Kalau buku2 motivasi pulak,aku suka buku karangan HM Tuah…
# nak ke tak nak…
#membina imaginasi cemerlang…
#membina rasa cinta…
#jangan tidak-tidak…
#fikir-fikirlah…
#membina hati bahagia…
Hurm…benyak lagi yang aku tak list kat sini..tu lah antara buku dan majalah yang aku suka,pernah dan masih baca…heheh…tak la banyak…ngeh3…paling banyak yang aku baca novel la.100? sure dah lebih…so,aku ni suka membaca tak???
Posted by ~keMBarAabdi~ at 15:03 0 comments
Labels: warna-warni kehidupan
wireless meragam...
Sepatutnya hari ahad malam dah boleh on9 tapi aku tak tau la nape sampai sekarang tak dapat2 wireless kat bilik aku tu…tensen jugak hari2 tunggu tapi tak dapat2..dia nak suruh aku study kot…heheh...ni pun on9 kat student lounge…Tak best skit on9 kat student lounge ni.orang ramai..
ada yang tengok tv,ada yang buat discussion,ada yang saja2 on9…chatting,main pet society,cari info untuk assignment dll.tapi yang bestnya sure la wireless clear,line full…hehe.ada yang baring atas sofa,yang duduk dekat meja yang duduk dengan sopannya,ada yang melunjur,ada yang meniarap,ada yang mengiring,macam2 punya stail la…so,memang ramai la kat sini.lagi2 kalau weekend,ada ja yang bawak bantal dengan selimut.tido sini terus.esok subuh balik la..macam penah buat ja.erkk…tapi ni bukan dekat student lounge mahallah aku ek…mahallah sapa tah..huhu…
alahai…bila la nak ada wireless kat bilik aku tu.jenuh jugak nak datang student lounge hari2,tak sempat.Cepat la ada balik…banyak benda aku nak kena buat ni…sob3…cuk,borrow ur words ‘saya sayang iium community’…esok ada ek sayang intan payung…hahaha…
#iium community tu nama wireless uia..huhu…
Posted by ~keMBarAabdi~ at 15:01 2 comments
Labels: warna-warni kehidupan
Wednesday, June 3, 2009
aku tidak seperti engkau...
Ya,aku tak pandai macam kau. Aku tak secerdik kau yang tiap tahun dapat merasa naik pentas masa hari anugerah cemerlang di sekolah dulu. Aku tak sehebat kau untuk mendapat tajaan JPA di universiti. Aku juga tak sebijak kau untuk ditawarkan jurusan yang aku impikan. Aku tidak sepetah kau dalam berbicara. Aku tidak sepantas kau dalam mengira. Aku tidak secepat kau dalam mengahafal. Dan aku tidak cukup layak untuk di senaraikan sebagai pelajar dean list…dengan kau aku sentiasa yang kedua,ketiga,keempat atau entah yang keberapa...ya, akui semua itu.kau memang hebat,syabas!!!...
namun kau lupa banyak perkara…
Aku juga manusia seperti kau.aku punya perasaan,tahu rasa sedih dan gembira…
Kau manusia yang fitrahnya tidak boleh menjadi kera sumbang,yang selamanya mampu hidup tanpa kawan…
Segala yang kau miliki adalah kerana Dia mengizinkan…kesenangan ataupun kesusahan sama saja.semua tu hanyalah ujian…Dia boleh memberi dan menarik bila2 masa sahaja…jangan bongkak!!!
Dan ingatlah,kau hanyalah seorang manusia!!! Akan pergi bila2 masa...ke tanah jua engkau kembali nanti...
Di sana nanti bukan kecercerdik yang Allah timbangkan...
#memaafkan dan melupakan adalah perkara yang berbeza…mudah untuk memaafkan tapi payah untuk melupakan…itulah manusia lazimnya...
Posted by ~keMBarAabdi~ at 12:17 0 comments
Labels: warna-warni kehidupan
untitle 2...
salam, morning....
.................. <>..........................
.................... <> ........................
...................... <> ......................
........................ <> .....................
......................... <> ....................
..........................<> ...................
hurmm >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
yuhuuuuuuuuuuuuuuuuuuu...
aku
nak
balik
kampung.................
babai semua...jumpa lagi isnin nanti...
p/s: manja,jangan on9 24 jam takut meletup laptop, terbakar pulak uia kesayangan manja tu...kang tiba2 jadi headline "uia terbakar"...kan susah.tapi...boleh dard cuti lama skit.hehehe...
nauzubillah...(merepek ja dard pagi2 buta ni)...wait for me ha...
Posted by ~keMBarAabdi~ at 04:41 2 comments
Labels: warna-warni kehidupan
Tuesday, June 2, 2009
untitle...
balikHurm…hari ni class cancelled,tak best betul…sebab hari ni aku dengan semangatnya nak p class.alih2 sampai class kawan aku cakap class cancelled.esok pun tak dak class tapi sir ganti hari khamis pukul 11…khamis pukul 11??? Alamak,aku kan dah plan nak balik rumah hari rabu petang…camne ni? Alahai,spoil plan aku...
Best ka ha? Aku pun belek la novel ni,baca synopsis dia skit…hurm…macam menarik ja.aku pun pinjam la…tah bila la nak habis baca ni…final lagi 20 hari ja.hehehe…
Posted by ~keMBarAabdi~ at 13:21 0 comments
Labels: warna-warni kehidupan
oh wanita...
1) Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah. (Riwayat Muslim)...

5) Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaaan berhias bukan untuk suaminya dan muhrimnya adalah seumpama gelap gelita di hari kiamat, tiada nur baginya. (Riwayat Tarmizi)..
6) Apabila lari seorang wanita dari rumah suaminya, tidak diterima sembahyangnya, sehingga ia kembali dan menghulurkan tangan kepada suaminya (meminta maaf). (Riwayat dari Hassan)...
8) Dari Muaz bin Jabal bersabda Rasululllah SAW: Mana-mana wanita yang berdiri di atas kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka...

10) Ya Fatimah, jika seorang wanita meminyakkan rambut suaminya dan janggutnya dan memotong kumisnya dan mengerat kukunya, diberi minum Allah akan dia sungai syurga, diiringi Allah baginya sakaratul maut dan akan didapati kuburnya menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga serta dicatatkan Allah baginya kelepasan dari neraka dan selamatlah ia melintasi titian Siratul-mustaqim...
11) Mana-mana wanita yang berkata kepada suaminya "tidak pernah aku dapat dari engkau satu kebajikan pun". Maka Allah akan hapuskan amalannya selama 70 tahun, walaupun ia berpuasa siang hari dan beribadah pada malamnya...

#iluvislam.com
Posted by ~keMBarAabdi~ at 02:31 0 comments
Labels: ILIS