BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, August 21, 2009

happy birthday




nah hadiah.amek la kalau boleh.alamak,dah termakan la.hehe...

empat hari lepas,hari lahir aku...hari ni pulak hari lahir kawan baik aku (yang lupa wish kat aku tu..anyway,he did it though its late).arigato...wei,terimalah kenyataan yang hang dah masuk 21 tahun.21 tahun tu untuk hang tua la untuk aku tak.ngeee...=>.apa2 pun welcome to the club.sorry wei,hadiah kat bawah ni ja aku boleh bagi.ngeee.=>...

ya Allah kurniakan keredhoan,keampunan dan keampunanMu kepadaNya,berikan kepadaNya ketenangan jiwa yang tak putus2,kekuatan dan ketabahan hati dalam menempuh perjuangan ini,kegembiraan melihat wajahMu dan bertemu denganMu tanpa halangan dan cubaan yang menyesatkan.limpahkan kepadanya kejayaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat.amin...

happy 21st birthday pak cik.hehe..semoga lebih matang dan tabah mengharungi dugaan hidup.semoga bahagia selalu.

"kita kawan sampai mati"...kata patrick kepada spongebob...=>...

#sorry kalu aku ada buat salah.

#wei,about just know,i really dont like it...you are the one who know her better.you are my friend,she is also my friend...lets cheer up our life k.common la.i really hope for what i said just now...

Monday, August 17, 2009

usiaku bertambah lagi...

Lepas sembahyang isya’ semalam,aku belek2 buku arab.hajat hati nak baca buku…hari rabu exam.aku pun start la baca.baru 20 minit mengadap buku,mata dah macam tak boleh buka.setan sungguh setan ni…letih program siang tadi baru terasa…tapi aku gagah jugak baca.boleh la sikit2…tiba2 aku teringat sesuatu.terus mati mood study yang nyawa2 ikan tadi.ngantuk pun hilang tapi digantikan dengan tension…masalah betul ni.terus aku simpan buku.lalu aku mesej kawan aku…

“shah,pkul 12 gerak aku.nak iron baju”.

“insyaallah kalu aku tak tido ag”…balasnya…

Aku pun tido…memaksa diri yang tengah tension untuk tidur (tak mahu fikir masalah tu sebenarnya).setelah agak lama aku pun tertidur.tepat pukul 12 shah pun miscall aku.dua kali dia miscall,aku pun balas.menandakan yang aku dah sedar.thank u shah…aku bangun tapi kepala terasa pening.aku sambung tidur semula…sedar2 masa tu dah pukul 12.40.aku pun bangun ambil wuduk lepas tu kembali ke meja study.masalah tadi dah tak ingat…serika baju pagi esok la.hehe…baru ja buka buku,handset aku bunyi.ada mesej masuk…aku pun ambil la handset nak baca mesej kan…

Unknown:“salam…da,sy xbleh tnggu kul 12 la da,sy dh ngntk…mfkn sy ek,ape2 pn sy ucpkn HPPY BRTHDY.smoga dpnjgkn umr n dmurakn rzeki.amin.sy hrp da lbih matang dri sblmnye”…erk.panggil aku da.sapa ni?

Yaya:“epy bfday 2 u,epy bfday 2 u,epy bfday 2 dard buchuk…epy bfday 2 u…hehe.slmt mnjalani ari tua..haha.may ALLAH BLESS U.smga pnjg umu n mrh rezki.hehe.yeah,dard da tua da.sma cam aku.=>”.

Adik BAR: “bg teman,kau mungkin sahabat,bg kekasih,kau mungkin impian,bg keluarga,kau mungkin harapan,bgku,kau takkan luput dari ingatan…=>.slmt hr lhr.mg pjg umo mrh rzki.=>.take care”.

Kakak: “hepi 21st besday…moga pnjg umr,mrh rezki br+ aml n iman…

Angah comel: “hepi bsday! Moga pnjg umo,brjya dlm stdy n cpt2 kawin! Amin…=>.

Banyak lagi mesej2 lain.mesej bergambar pun banyak,tak larat dan tak perlu taip semua kan. tapi mesej shah bagi ni la.buat aku berfikir tapi bila baca ayat terakhir tu…adeh,aishah aishah…

Shah: “hr ini hr lahirmu,hr ini btmbah lg usiamu,hr ini akn btmbh jua tggungjwbmu,hr ini akn mnjdkn drmu lbh matang dek ujian yg akn mndtg.hr ini akn mnjdi saksi ketabhn drmu mgharung onak dn duri.hr ini allah tlh memendekkn lg jrkmu dgnnya,smkin pendek tempoh utk b’amal,smkn kubur mpersiap kubur utkmu,smkn bersedia malaikat maut dtg mjmput dn smakin hampir haruman Firdausi ata azabnya jhnam…HEPY BEDAY DARD,moga kte cpt2 dapt jodoh.hahaha”.

Shah,ni mu wish ke aku ko,mu yang excited ni? =>…

paling tak tahan masa mama aku call tadi.pagi tadi dia dah call tapi tak sempat bnak borak lama.aku ada kelas pukul 8.jadi lepas maghrib tadi dia call balik....aduh,macam nak nangis dengar kata2 dia...dah nangis sebenarnya...aku tengah berfikir2 ni.nak bagi hadiah apa ek dekat mama aku untuk birthday aku tahun ni?...

Apa2 pun,terima kasih ya kalian.ingat jugak kalian besday aku…sebenarnya aku tak ingat pun hari 17.8 kalau tak baca mesej kalian tu dan aku pun tak perasan yang dah banyak mesej dalam handset tu...sungguh,aku lupa seketika.mesej2 kalian tu buat aku bersemangat untuk sambung study balik semalam…tapi….sampai sekarang kawan baik aku tak wish lagi…lupa agaknya.tak pa lah,tak penting…hehe.sekali lagi terima kasih ya kalian…harapan aku masih sama,moga aku diberi kesempatan untuk memanggil seseorang dengan panggilan ayah, walaupun dia ayah mentua…=>.

Thursday, August 13, 2009

JANGAN...JANGAN...

Jangan sengaja lewatkan solat.Perbuatan ini Allah tidak suka.Kalau tertidur lain cerita.

Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar).Takut kalau-kalau terbawa keluar najis,mengotori seluruh rumah kita.

Jangan! makan dan minum dalambekas yang pecah atau sumbing.Makruh kerana ia membahayakan.

Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telahdigunakan tidak berbasuh.Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (keranaberpagi-pagi itu membuka pintu berkat).

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan biarkan mata liar di perjalanan.Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

Jangan bergaul bebas ditempat kerja.Banyak buruk dari baiknya.

Jangan menangguh taubat bila berbuat dosakerana mati boleh datang bila-bila masa.

Jangan ego untuk meminta maafpada ibu bapa dan sesama manusiakalau memang kita bersalah.

Jangan mengumpat sesama rakan taulan.Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita.Nanti kita sombong apabila berjaya.Kalau gagal! kecewa pula.

Jangan bakhil untuk bersedekah.Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

Jangan lupa bila berhutang...ingat bila kita susah.Tidak redha rezeki yg ada jika hutang diabaikan....

Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

Jangan biasakan berbohong,kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan.Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.Sebab semuanya untuk keselamatan kita.ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.Wasalam.

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"(Sabda Rasulullah SAW)"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampunibagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, makasesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."(Surah Al-Ahzab:71).

Sunday, August 9, 2009

masalah...

Hurmmm…benda apa ni ek?

Ni lagi…
Gara2 benda ni hari2 muka kami berkuap…nak ke kelas pakai,ke library pakai,ke cafe pun pakai (cafe kuliyyah la,cafe mahallah kang pelik pulak orang tengok)…tu la,sapa suruh pakai??? Bukan ke benda ni salah satu bentuk perlindungan? Bukan ka alwiqoyatu khoirun minal ‘ilaj? Ataupun dalam englishnya prevention is better than cure ataupun dalam bahasa melayunya mencegah lebih baik daripada mengubati?? Tapi…cara ni berkesan ka? Erk,aku sendiri pun tak yakin sebenarnya…hehe.dengar2 kata ada pelajar yang dah kena tapi tak tau la sahih atau tak.biasalah,orang2 atas tempat aku belajar ni suka ‘tutup’.sapa belajar kat sini dia tau la macam mana pentadbiran sini...so sad...

Taraaaa!!! Ni ha,bendanya...
Peaceee!!! Happynya muka…err,Nampak ka?

Kalau posing,peace ja tau buat.hehe...
“dard,pakai purdah teruslah.kan elok”…ada 2 3 orang usulkan…boleh ka? "insyaallah"...tu ja aku mampu jawab...

mereka ini tiada pekerjaan…“mereka” ja ok??? Ngeeee…=>.

Saturday, August 8, 2009

tiket...

Tet tet tet…(klasiknya bunyi)…bunyi mesej masuk,wana…”sori dard,wana atas motor tadi.a’ah,tiket dah habis…tapi kalau nak jugak kena selalu pi tanya kat kl cntral la kot ktm tambah gerabak.wana balik dgn abg kot.”

"ala.baru ja ingat nak balik nek train.nak pi beli tiket weekend ni.”…aku.

“nak buat macm mana dah abis.”…wana…

Adeh,cepatnya habis tiket train ni.cadang2 nak balik dengan anak sedara aku kat matrix uia tapi…tak dak rezeki la nampaknya.naik bas jugak la nanti…dan yang paling pasti,hari jumaat nak balik nanti kelas law and government kena ponteng la.hehe…awal gila plan,bagus tak? =>.Kalau balik naik train,train pukul 8 malam,kelas habis pukul 4.20.sempat la,boleh pergi kelas.tapi naik bas,bas 4.30…ponteng la.hehehe..kalau naik bas malam,nanti sampai 4 pagi,takut aku nak naik teksi waktu tu…balik hari sabtu? Huhu,tak sanggup.mesti dah sunyi uia ni.macam biasalah…

2 minggu…selama belajar di uia ni,ni la cuti paling lama pernah wujud.hehe…cuti puasa
seminggu,cuti raya seminggu…kalau tak mimpi la cuti lama2,mid break pun tak dak…kedekut gile.

Thursday, August 6, 2009

fatimah r.a...

Gembira hatinya, gembiralah Rasulullah s. a. w. Tertitis air matanya, berdukalah baginda. Dialah satu-satunya puteri yang paling dikasihi oleh junjungan Rasul selepas kewafatan isterinya yang paling dicintai, Siti Khadijah. Itulah Siti Fatimah r. a., wanita terkemuka di dunia dan penghuni syurga di akhirat.

Bersuamikan Sayyidina Ali bukanlah satu kebanggaan yang menjanjikan kekayaan harta. Ini adalah kerana Sayyidina Ali yang merupakan salah seorang daripada empat sahabat yang sangat rapat dengan Rasulullah s. a. w., merupakan kalangan sahabat yang sangat miskin berbanding dengan yang lain.

Namun jauh di sanubari Rasulullah s. a. w. tersimpan perasaan kasih dan sayang yang sangat mendalam terhadapnya. Rasulullah s. a. w. pernah bersabda kepada Sayyidina Ali,"Fatimah lebih kucintai daripada engkau, namun dalam pandanganku engkau lebih mulia daripada dia."(Riwayat Abu Hurairah).

Wanita pilihan untuk lelaki pilihan. Fatimah mewarisi akhlak ibunya Siti Khadijah. Tidak pernah membebani dan menyakiti suami dengan kata- kata atau sikap. Sentiasa senyum menyambut kepulangan suami hingga hilang separuh masalah suaminya. Dengan mas kahwin hanya 400 dirham hasil jualan baju perang kepada Sayyidina Usman Ibnu Affan itulah dia memulakan penghidupan dengan wanita yang sangat dimuliakan Allah di dunia dan di Akhirat.


Bukan Sayyidina Ali tidak mahu menyediakan seorang pembantu untuk isterinya tetapi sememangnya beliau tidak mampu berbuat demikian. Meskipun beliau cukup tahu isterinya saban hari bertungkus-lumus menguruskan anak-anak, memasak, membasuh dan menggiling tepung, dan yang lebih memenatkan lagi bila terpaksa mengandar air berbatu-batu jauhnya sehingga kelihatan tanda di bahu kiri dan kanannya.

Suami mana yang tidak sayangkan isteri. Ada ketikanya bila Sayyidina Ali berada di rumah, beliau akan turut sama menyinsing lengan membantu Siti Fatimah menggiling tepung di dapur. "Terima kasih suamiku," bisik Fatimah pada suaminya. Usaha sekecil itu, di celah-celah kesibukan sudah cukup berkesan dalam membelai perasaan seorang isteri.

Suatu hari, Rasulullah s. a. w. masuk ke rumah anaknya. Didapati puterinya yang berpakaian kasar itu sedang mengisar biji-biji gandum dalam linangan air mata. Fatimah segera mengesat air matanya tatkala menyedari kehadiran ayahanda kesayangannya itu.

Lalu ditanya oleh baginda, "Wahai buah hatiku, apakah yang engkau tangiskan itu? Semoga Allah menggembirakanmu."

Dalam nada sayu Fatimah berkata, "Wahai ayahanda, sesungguhnya anakmu ini terlalu penat kerana terpaksa mengisar gandum dan menguruskan segala urusan rumah seorang diri. Wahai ayahanda, kiranya tidak keberatan bolehkah ayahanda meminta suamiku menyediakan seorang pembantu untukku?"

Baginda tersenyum seraya bangun mendapatkan kisaran tepung itu. Dengan lafaz Bismillah, Baginda meletakkan segenggam gandum ke dalam kisaran itu. Dengan izin Allah, maka berpusinglah kisaran itu dengan sendirinya. Hati Fatimah sangat terhibur dan merasa sangat gembira dengan hadiah istimewa dari ayahandanya itu. Habis semua gandumnya dikisar dan batu kisar itu tidak akan berhenti selagi tidak ada arahan untuk berhenti, sehinggalah Rasulullah s. a. w. menghentikannya.

Berkata Rasulullah s. a. w. dengan kata-kata yang masyhur, "Wahai Fatimah, Gunung Uhud pernah ditawarkan kepadaku untuk menjadi emas, namun ayahanda memilih untuk keluarga kita kesenangan di akhirat." Jelas, Baginda Rasul mahu mendidik puterinya bahawa kesusahan bukanlah penghalang untuk menjadi solehah. Ayahanda yang penyayang terus merenung puterinya dengan pandangan kasih sayang,

"Puteriku, mahukah engkau kuajarkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kau pinta itu?"

"Tentu sekali ya Rasulullah," jawab Siti Fatimah kegirangan.

Rasulullah s. a. w. bersabda, "Jibril telah mengajarku beberapa kalimah. Setiap kali selesai sembahyang, hendaklah membaca 'Subhanallah' sepuluh kali, Alhamdulillah' sepuluh kali dan 'Allahu Akbar' sepuluh kali. Kemudian ketika hendak tidur baca 'Subhanallah', 'Alhamdulillah' dan 'Allahu Akbar' ini sebanyak tiga puluh tiga kali."

Ternyata amalan itu telah memberi kesan kepada Siti Fatimah. Semua kerja rumah dapat dilaksanakan dengan mudah dan sempurna meskipun tanpa pembantu rumah. Itulah hadiah istimewa dari Allah buat hamba-hamba yang hatinya sentiasa mengingatiNya.

dah hampir...

hari ni dah...







nisfu shaaban...





maknanya...





Ramadhan dah hampir...





ahlan wasahlan ramadhan kariim...








semoga ramadhan tahun ini lebih baik dari yang lepas2.








salam ramadhan...tak awal sangat kot ni kan? hehe...

yang tak berganti lagi tu cepat2la ye.dah 'nazak' ni...

Wednesday, August 5, 2009

jumpa dia...

hari sabtu lepas aku ada kelapangan sikit..aku pun keluar jumpa kawan kejap...setahun sekali ja niboleh jumpa.maklumlah orang study oversea.itu pun mujur dia balik tiap tahun...balik raya.hehe...kami jumpa di mid valley.selebihnya tengoklah gambar2 ni ek.tak tahu nak tulis apa...hehe...

dia yang kanan sekali...
dia masih di kanan...future doctor ni.amiiinnn...

kebanjiran manusia....

kenapa aku amek gambar orang ramai ni?

sebabnya...aku hairan sempat ka orang ramai ni solat maghrib? diaorang ni musafir-husnu dzan...

#tanx ya dayah sebab sudi jumpa aku.tanx jugak untuk coklat tu.sedap!!!

Saturday, August 1, 2009

oh mama...

oh aku ada kelas esok!!!!!
sabtu pun ada kelas.pukul 8 lagi...


RAJINNYA AKU NAK PERGI...


SEMANGAT NI!!!!

aja2 fighting!!! (menyedapkan hati)

#dah la mama ada kat KL sekarang.x sempat jalan2 sekali.hwaaaaaa!!!!