BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, July 30, 2009

MJ vs MS...

Sedih.miris.itulah yang saya rasakan ketika melihat tayangan pemakaman the king of pop,Micheal Jackson yang begitu gegap gempita di televisi-televisi kita sepanjang hari kemarin. Beberapa stasiun tv bahkan bela-belaian menayangkan eklusif langsung dari AS acara penghormatan terakhir bagi si raja musik pop sampai pagi! Dan entah berapa juta mata masyarakat indonesia yang rela menahan kantuk demi menyaksikan acara itu.

saya sedih bukan karena kematian MJ yang dipuja jutaan orang di dunia tapi saya sedih karena pada saat yang sama, berlangsung pemakaman seorang muslimah yang insyaallah menjadi seorang syahidah karena mempertahankan jilbabnya. Marwa al-Sharbini seorang ibu satu anak yang sedang mengandung tiga bulan wafat akibat ditikam sebanyak 18 kali oleh seorang pemuda Jerman keturunan Russia yang anti-Islam. tetapi berita ini sama sekali tidak saya temukan di televisi-telivisi Indonesia, negara yang mayoritas penduduknya Muslim bahkan mungkin tak banyak dari kita yang tahu kisah pembunuhan Marwa ini.

ribuan orang di Mesir yang menghantar jenazah Marwa ketempat peristirahatannya yang terakhir. memang tidak sebanyak oran gyang menangisi pemergian MJ tapi kepergian Marwa adalah lambang jihad seorang muslim. marwa mempertahankan harga dirinya sebagai seorang muslimah yang mematuhi ajaran agamanya meski untuk itu dia kehilangan nyawanya.

marwa ditikam di ruang sidang kota Dresden, Jerman saat akan memberikan kesaksian atas kasusnya. ia mengadukan seorang pemuda Jerman bernama Alex W yang kerap menyebutnya 'teroris' hanya karena dia mengenakan jilbab. Dalam satu kesempatan pemuda itu bahkan pernah menyerang Marwa dan berusaha melepas jilbab wanita Mesir itu. Di persidangan itulah Alex kembali menyerang Marwa dengan menikam Marwa berkali-kali. Suami Marwa yang berusaha melindungi isterinya malah terkena tembakan keparat keamanan pengadilan yang berdalih tak sengaja menembak suami Marwa yang kini dalam kondisi kritis di rumah sakit Dresden.

peristiwa ini sepi dari pemberitaan di media massa Jerman dan munkin dari pemberitaan media massa asing dunia karena yang menjadi korban adalah seorang muslimah yang dibunuh oleh orang barat yang anti ISlam dan anti Muslim. situasinya mungkin akan berbeda jika yang menjadi korban adalah satu ornag Jerman atau orang barat yang dibunuh oleh seorang 'ektrimis' Islam.

itulah sebabnya mengapa di televisi-televisi kita kemarin cuma dijejali dengan pemberitaan seputar pamakaman MJ yang mengharu biru itu. tak ada berita pemakaman Marwa al-Sharbini yang mendapat sebutan "pahlawan jilbab". tak ada protes dunia Islam atas kematiannya. tak ada tangis kaum muslimin dunia untuknya. tak mengapa Marwa karena engkau akan mendapat tempat yang paling mulia disisiNya. seiring doa dari orang-orang yang mencintaimu, selamat jalan saudariku....maafkan kami jika kurang peduli...


#aku dapat berita ni dari usrah KARISMA.

mereka itu...

Pada suatu hari,kira2 jam 10:30 pagi,berjalan tiga orang gadis ke kelas.mereka ialah gadis A,gadis B dan gadis C.kelas bahasa arab mereka berlokasi di Harun M.Hasyim Centre,Kulliyyah of Law yang mengambil masa kira2 hampir setengah jam untuk pejalan kaki seperti mereka.

Di pertengahan jalan (belakang ITD), terdapat sebuah pusat kawalan tenaga elektrik di situ (tak tau panggil apa,hentam ja ni). Gadis A pun berkata kepada 2 orang temannya itu…

“kalau berani masuk la dalam ni…”

“Tak dak kerja…” sahut gadis B.

“kalau masuk gak,kena lektrik la.grrr grrrrrr grrrrrrrr…”sampuk gadis C sambil menggayakan aksi orang terkena renjatan elektrik,lucu aksinya. Dia tidak menyedari kelakuannya diperhatikan…gadis A dan gadis B juga tidak sedar…

Selepas itu,gadis C terus berkelakuan agak ‘sewel’ dengan mengintai2 kereta yang diparkir di berdekatan laluan mereka itu dengan membuat mimik muka yang melucukan.gadis2 itu masih tidak menyedari kehadiran makhluk lain di kawasan itu…tiba2…

“aaaaaaa,malunya aku.ada orang dalam kereta merah tu…” gadis C bersuara sambil menutup wajahnya…

Serentak gadis A dan B berpaling kearah kereta merah yang dimaksudkan…

“hahahahahahahahahahahahahahahahahahahhahah…….” Berderai ketawa orang2 di dalam kereta merah itu.kuat sekali.agaknya sedari tadi memerhatikan gelagat ‘sewel’ gadis C itu.
Gadis A dan B jugak turut sama tertawa.

“wei,semua budak laki tu.padan muka,buat lagi perangai tolol tengah2 jalan…” gadis A bersuara.
“wei malunya akuuuu….malunya…” sambung gadis C…

Gadis A berkata “kalau satu kelas dengan kita tak tau la mu…”

“aaaa….aku malu aku malu…”

Sampai di belakang perpustakaan masih lagi terdengar tawa pelajar2 lelaki tersebut…

“tak pa la mu,lepas ni tak jumpa dah depa tu.bukan budak kelas kita kot…” gadis A menyedapkan hati temannya.ketiga2 gadis itu tidak dapat mengecam pelajar2 lelaki tersebut kerana masing2 rabun tetapi tidak memakai kaca mata…

Sudahnya sampai ke kelas gadis C masih menyebut perkataan malu manakala gadis A dan B terus terusan ketawa…jenaka pagi…hahahahaha….

sekali lagi Maaf ya tuan punya badan.hahahahahaha.kenangan wei…

darul ulum...

Hujung minggu hari tu aku pergi program dekat sekolah rendah agama darul ulum,selayang.peserta program motivasi ni adik2 darjah lima dengan enam.ada la lebih kurang 60 orang,tak ramai pun.sekolah belajar agama ja kan,KAFA tu.comel2 ja adik2 ni,macam2 kerenah.yang pasif,pasif sangat tapi kalau yang aktif sampai hyper pulak.hehe…
Hajat hati nak ambil gambar masa LDK tapi peraturan tidak membenarkan fasi mengambil gambar ketika LDK berlangsung.=<.
adik haris yang mendengar kata...

adik Ilyasa...anak yatim ni...

adik aiman..cool orangnya...
adik naufal...kecik ja...

adik amin...usaha lebih ya.jadikan kekurangan itu kelebihan...

adik aida yang cute...

kami dari group 3...

fauzan memberitahu peraturan spider wap...

sebahagian peserta dan fasilitator...

Best la program ni.letih memang la letih tapi hati puas.hehe…terima kasih pihak sekolah terutama sekali ustaz Wan kerana sudi jemput KARISMA UIAM untuk buat program ni.terima kasih juga untuk makanan dan cenderahati.=> <=…

adik2 yang tak interframe akak minta maaf ya,tak boleh nak upload semua...banyak!!!...

kenangan lalu...

Kisah ini berlaku agak lama dahulu.dua orang gadis keluar dari kelas.mereka dalam perjalanan pulang ke mahaallah.mereka mengambil keputusan untuk melalui jalan bersebelahan dengan Kulliyyah of Education yang juga berhampiran dengan sungai dan kolam di kampus itu.dua orang teman itu berjalan menyusuri sungai…

Laluan itu agak sunyi hari tu.tidak ada pelajar lain melaluinya.Agak lama berjalan, timbul satu idea di benak gadis A lalu dia bersuara…

“Nampak tak pokok tu? jom kita try.sapa sampai sentuh daun pokok tu dia menang…” gadis A menuding kepada daun yang agak tinggi untuk dicapai…

“ok,no prob…”jawab temannya,gadis B.yakin…

Lalu gadis A pun berlari dan melompat dengan penuh gaya untuk mencapai daun itu…
Sesudah itu,gadis B pula mengambil giliran.berlari dan melompat ala2 orang lompat galah gitu.gadis itu berjaya mencapai daun tersebut…tiba2…

“yeaaaaa dapat.hebat2…” terdengar sorakan yang datang dari tingkat atas bangunan Education…mereka berdua mendongak.kelihatan kelibat pelajar2 lelaki di atas sana yang tersenyum sambil bertepuk tangan.

“hahahahahaha…” pelajar2 lelaki itu menyambung tawa…

“ya Allah,ada orang ka.aaaa.aku maluuuu…” gadis B bersuara.

“wei,merah muka wei.jalan cepat,jalan cepat.malunyaaaaa.macam mana la tak perasan ada orang kat atas tadi.adeh,malu malu.buat kerja bodoh…” luah gadis A pula.

Menyesal sungguh mereka ketika itu…hehe,betullah pepatah melayu ‘sesal dahulu pendapatan,sesal kemudia tidak berguna’…maluuuu malu semalu malunyaaaa.hahaha…

Maaf ya tuan empunya badan for making you famous here.hehehe…

Tuesday, July 28, 2009

alahai jaemah...

geramnya aku...sabar ja la...sebab apa aku bengan ni? macam ni ceritanya...aku kan jarang on9 sekarang.bilik baru tak dapat wireless.kalau nak on9 kena bawak laptop prgi student lounge tak pun masuk CC.jadi aku tulis entri banyak2.ingat bila on9 boleh la post semua sekali.sekarang ni aku kat CC.semangat cucuk pendrive nak post n3 baru tapi tak boleh...

hwaaaaaaaaaaaaaaaa...nak tau kenapa? sebabnya laptop aku word 2007.pc CC ni word 2003.aku lupa nak save 2003 punya.adeh...cc ni pun 1,tak update langsung.dah la banyak virus...adeh,sabar2.nampaknya malam ni aku tak boleh post n3 baru lagi la...letih ja masuk CC,habiskan duit.huhu...sabar lah hati...=>...

Thursday, July 23, 2009

dengki...

Seringkali apabila berbicara mengenai hasad dengki bangsa melayu menjadi rujukan. Hasad dengki sudah menjadi sinonim dalam kalangan komuniti melayu.apakah bangsa lain tidak memiliki hasad dengki? Sememangnya hasad dengki itu merupakan wabak yang menjangkiti semua bangsa di dunia ini namun persoalannya mengapakah ia begitu terzahir dalam kalangan masyarakat melayu?

Hasad atau dengki merupakan satu daripada tujuh penyakit hati (rohani) yang berbahaya terdapat pada manusia.ia merujuk kepada perasaan tidak senang dalam hati seseorang apabila melihat orang lain mendapat kebaikan ataupun memiliki sesuatu melebihi dirinya. Sifat yang tidak baik ini telah berakar umbi dalam diri individu melayu dan berkembang dari semasa ke semasa.

Tidak hairan jika didapati apabila seorang melayu yang agak berjaya dalam perniagaan contohnya,menjadi objek dan sasaran sifat dengki individu lain.bukan itu sahaja,bahkan jatuh bangunnya seorang pemimpin kadang kala juga berpunca daripada wujudnya perasaan hasad dengki ini.keaadaan ini berlaku kerana seseorang itu tidak dapat menerima kemenangan pihak lain dengan reda.

Hasad dengki juga telah menyebabkan sesame jiran bertikan lidah dan kawan saling bertelingkah.persaingan di tempat kerja untuk mendapatkan pangkat dan kedudukan di sisi majikan juga sering membibitkan perasaan ini sehingga ada yang tergamak memusnahkan saingannya dengan menggunakan cara yang ditegah agama seperti santau dan sebagainya.
Sepertimana yang telah diriwayatkan oleh Abi Daud,Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud: “dengki akan menghapuskan serta membinasakan segala kebaikan sepertimana api yang telah membakar dan menghanguskan kayu.”

Sewajarnya,setiap individu muslim menyedari bahawa hasad dengki akan membawa kemudaratan dan kecelakaan yang besar bukan sahaja di akhirat bahkan di dunia lagi.

tempat jatuh lagikan dikenang...

Selasa,19/07/09 lebih kurang pukul 3:30 petang…si gadis masuk ke kelas modern history of Europe.belajar French revolution hari tu.disebabkan si gadis agak lambat sampai dari kebiaasaan,dia terpaksa duduk di baris yang ketiga.itulah yang tidak disukai si gadis.dia mahu sentiasa duduk di baris hadapan,depan pensyarah lagi bagus…

Tiba2 si gadis perasan ada satu kerusi kosong di barisan depan.dia berniat untuk duduk di kerusi itu lalu si gadis berkata kepada temannya…

“aku nak duduk depan la”.

“ikut hang la”…jawab si teman.

Serentak itu,si gadis pun bangun menuju ke kerusi kosong di depan.sampai sahaja di kerusi kosong itu,entah mengapa tiba2 sandal yang dipakai terasa licin lalu…

“aaaaaaaaaaaaaaaaa”…teman si gadis menjerit…

Si gadis jatuh di depan kelas.seketika si gadis menjadi perhatian isi kelas…oh! Malunya dia.pelajar penuh kelas,pelajar lelaki pun ada.Cuma nasibnya agak baik kerana pensyarah belum tiba.namun dalam hatinya tetap terasa malu yang maha hebat.harapannya cuma darah tidak tersirap di muka (control).

Ada pelajar yang tersenyum sumbing melihat si gadis,ada juga mempamerkan riak tiada perasaan, menahan tawa mungkin.mujur saja si gadis jatuh dalam keaadaan bertimpuh,ayu gitu.dalam malu itu,si gadis juga ingin ketawa….

Si gadis pun bangun kembali,duduk di kerusi kosong itu.lalu dengan senyuman (tahan gelak) dia bertanya kepada teman di sebelah…

“asal ko tak gelak?”…

“ko jangan macam tu wei,aku memang nak gelak,tapi aku kesian kat ko.kang aku gelak ko…”…

“ala…gelak ja,aku tak kisah pun”…tukas si gadis…kemudian menyambung…

“aku pun nak tergelak jugak ni”....

Lantas…

“hahahahahahahahahaha”…mereka gelak bersama…

Setelah usai,si gadis bertanya pula kepada temannya yang menjerit tadi…

“aku yang jatuh,ko yang jerit,asal?

“tak de la,aku takut ko jatuh terkangkang ja”…si teman menjawab…

Belum sempat mereka berbual lanjut,pensyarah masuk ke kelas.perbualan tamat disitu…tak pernah tengok orang jatuh dalam kelas sebelum ni.unforgettable memory…hwa3.malu dan lucu…

cuti2 malaysia...

Hari sabtu lepas,hamba Allah ni pi jalan2,makan angin…8 orang semua.pi mana? Tak tau la…hehe.pukul 8 pagi bas dah bertolak dari terminal putra Gombak.lebih kurang pukul 9 sampai la ke destinasi. Habis la rm42 untuk tambang pi balik sekali dengan indoor & outdoor games.makanan bawak la,kalau beli kat atas kopak la jawabnya...

hari2 yang sibuk...

Hurm…ada jugak kawan tanya kenapa jarang update blog lately ni…hehe,susah la nak on9 sekarang.bilik baru ni tak dapat wireless.ya la,bilik underground mana nak dapat line.kalau nak on9 kena pi bilik tv or cafĂ©.malas la nak usung laptop selalu.lagi satu sem ni aku sibuk la.siang dah letih.malam pulak buat homework atau meeting..subjek arab,ustaz suka bagi homework…

Hari cuti sabtu ahad pulak kena turun sekolah2 sekitar Selangor ni.tiap2 minggu kena turun,Cuma ikut diri ja nak turun atau tak.ni program kelab fasilitator yang aku join…non-profit based club ek.kira volunteer la.jangan ingat aku dapat habuan pulak tiap kali join program…

Aku minta kerja,tah la dapat atau tak.kalau dapat lagi la susah nak on9.huhu…bila la aku nak study.hehe…

Saturday, July 18, 2009

10 Ks

10 K dalam PERSAHABATAN

* KECINTAAN merupakan elemen yang paling penting sekali dalam sesebuah persahabatan. Ikatan sesebuah persahabatan akan mudah rapuh jika tiadanya kecintaan antara dua insan yang disandarkan kepada Si Pemilik cinta itu sendiri. Sebab itu, kadang-kadang perlunya kita meluahkan rasa cinta kita terhadap sahabat kita dengan mengungkap, "uhibbuka/i fillah" (bagi sahabat-sahabat yang sama jantina sahaja) agar mereka tahu betapa cintanya kita terhadap mereka, kerana Allah (insyaAllah).

* KASIH SAYANG lebih kurang sama sahaja maksudnya dengan kecintaan. Namun, setelah kita mencintai sahabat kita, perlunya kita curahkan segala kasih sayang kita terhadap mereka. Tetapi, kadangkala kasih sayang tidak perlu dipamerkan secara luaran. Cukuplah sekadar kita mendoakan untuk sahabat-sahabat kita, insyaAllah, itu sudah cukup membuktikan betapa sayangnya kita terhadap mereka.

* KEIKHLASAN dapat menjamin sesebuah persahabatan mendapat keberkatan dan rahmat daripada Illahi. Tidak ikhlas ketika bersahabat dengan seseorang akan mengundang permusuhan antara sahabat. Bersahabatlah dengan seseorang kerana keluhuran hati budinya, bukan kerana rupa, pangkat atau harta yang dimilikinya.

* KESETIAAN terhadap seseorang sahabat mampu memanjangkan tali persahabatan walaupun jarang bertemu. Apabila kita setia terhadap kita, kita akan diingati oleh mereka sehingga akhir hayat mereka, kerana tidak kira susah atau senang, kita setia berada di sisinya memberi sokongan, insyaAllah.

* KEBERANIAN dalam berkata benar. Dalam persahabatan juga, kita hendaklah berani apabila ingin mengatakan sesuatu. Lebih-lebih lagi jika kita telah melakukan sesuatu yang menyakiti hatinya, kita kena berani mengaku padanya atas kesilapan yang dilakukan. Selain itu, berani juga dalam menasihati sahabat kita. kerana sebagai sahabat, kita mesti mahukan yang terbaik untuk mereka kan?

* KEJUJURAN juga perlu dalam persahabatan. Jangan sesekali menipu atau menyembunyikan apa-apa daripada pengetahuan sahabat kita. Mereka juga perlu tahu apa yang kita lalui dalam kehidupan kita. Jangan berahsia, melainkan pada perkara yang benar-benar perlu dirahsiakan (hehehe).

* KEMAAFAN. Sekiranya sahabat kita pernah melakukan sebarang kesilapan, bersedialah untuk memaafkannya, tidak kira sebesar manapun kesalahan mereka terhadap kita kerana sahabat yang baik adalah sahabat yang bersedia untuk memaafkan sahabatnya. Jika kita yang bersalah, janganlah malu untuk meminta maaf daripada mereka kerana orang yang dahulu meminta maaf adalah orang yang hebat.

* KESEDIHAN. Apabila kita sedar bahawa sahabat kita sedang bersedih, maka, ikutlah sedih bersama-sama dengan mereka. Tawarkanlah bahu kita untuk dijadikan tadahan air mata mereka. Kerana tiada siapa yang akan mereka cari selain kita sahabat mereka.

* KEGEMBIRAAN. Begitu juga dengan kegembiraan. Jika kita gembira, maka marilah berkongsi kegembiraan itu bersama sahabat-sahabat tercinta. Tidak mahukah kita bergelak tawa dengan mereka? Tidak mahukah kita melihat ukiran-ukiran senyuman indah di raut wajah mereka? Kegembiraan kita, kegembiraan mereka jua.

* KESERASIAN di sini bukanlah bermaksud, "Kau cantik, aku mesti cantik," "Kau kaya, aku pun kena kaya". Tidak sama sekali. Sememangnya manusia dijadikan oleh Allah berbeza-beza, namun, dalam persahabatan keserasian dapat diwujudkan apabila terbinanya persefahaman antara dua pihak. Apabila ada persefahaman, barulah hubungan kita dengan sahabat kita akan menjadi lebih baik dan akan berkurangnya pergaduhan disebabkan salah faham (hehehe). Alhamdulillah, itulah dia 10 K yang dapat saya simpulkan mengenai persahabatan. Maaf kalau agak membosankan, namun saya tetap ingin berkongsi pendapat saya mengenai topik ini.
#iluvislam.com...

Friday, July 17, 2009

nothing...

tiba2 rasa nak upload gambar.ampun ya tuan2 badan...


my beloved friend.da...=>...

my best friend...yaya...

manja...mangsa usikan...

kawan main2...he2.wana...

nurul...kawan ???...



sue...classmate...
senior sekolah rendah,jumpa balik kat uia.kak hajar...

ummi.classmate...

iris,susah hati ya? (sori wana,kidnap jap)...
to kak timah,sorry to have him here...abdullah irfan.so cute...

melangkah setapak lagi...

Dah habis minggu pertama sem baru ni…maknanya aku melangkah kehadapan setapak lagi,berganjak ke sem 4.yup,aku baru sem 4.lambat lagi nak habis.=<…

Sem ni aku agak tension sikit la.tensen dengan jadual kelas yang lecturer ubah tiba2.nak drop pun sayang.takut susah nak add dah sem lain nanti. Kelas law & government dah elok2 hari isnin,rabu jumaat pukul 10-11 pagi ditukar ke hari jumaat pukul 10-11 dan 2:30-4:20…adeh.dah la jumaat,petang pulak tu.memang tak balik la aku sem ni jawabnya…kelas critical & creative thinking pukul 8 pagi.hehe,memang kritikal la waktu2 macam tu.lepas tu kelas modern history of Europe pulak pukul 3:30-4:20 petang.history belajar petang2,sabar ja la.tambah2 nanti bulan puasa.dugaan dan cobaannnnn.hehe.kelas international relation dll ok la timingnya…

Sebenarnya dah lama aku fikir samada nak habiskan belajar tiga tahun setengah ataupun empat tahun. Kalau nak buat tiga tahun setengah,lagi tiga sem akan datang aku kena ambil 19 chredit hour setiap sem.untuk orang cepat pick up tak kisah la setakat 19 tu tapi kalau aku aku rasa berat jugak tu…kalau aku buat empat tahun + minor,aku ada lagi empat sem so boleh kurangkan sikit chredit hour.relax sikit…kalau ikut hati,nak buat 3 tahun setengah.nak cepat habis tapi otak aku kata buat empat tahun.macam mana ha…=?...

Dalam tension2 pun aku ok lagi sebab sampai hari ni aku tak nampak pun sifulan tu dalam mana2 kelas aku…Apa2 pun aku harap sem ni baik dari sem lepas.harap2 pointer boleh naik lagi…aminn.hehe…kalian doakan aku ya…=> <=…

Wednesday, July 15, 2009

mencintai...

Layakkah kita mencintai manusia lain??

hmm...bagi aku sudah tentu kita layak untuk mencintai sesama manusia. Namun yang menjadi salahnya ialah apabila kita terlalu taksub mencintai seseorang sedangkan kita harus sedar yang perasaan suka,kasih dan sayang haruslah diungkapkan kepada yang berhak.

CINTA MANUSIA HARUS KEPADA...

1-Allah yang maha Esa

"Tidak akan ada di dalam hati cinta kepada ALLAH sekiranya dalam hati sudah terlebih dahulu ada cinta kepada manusia" Cinta dalam hati manusia seharusnya ditujukan khusus dan suci untuk mencintai ALLAH YANG MAHA ESA. Bukan setakat dengan perkataan yang mengakui cinta kepada ALLAH namun haruslah dizahirkan dengan perbuatan. Kita seharusnya mencintai ALLAH dengan sepenuh hati kerana kecintaan ALLAH kepada hambanya begitu besar sehingga tidak mampu ditandingi oleh cinta sesama MANUSIA.

2-Agama

Cinta manusia juga haruslah diserahkan kepada agama. Jika kita cinta akan agama sudah tentu semua perkara yang kita lakukan tidak terpesong dari jalannya. Mencintai agama membuatkan kita sentiasa patuh dengan perintah ALLAH dan hukum syarak. Mencintai agama juga membuatkan kita punyai rasa jihad FISABILILLAH dan juga melaksanakan Amar Makruf Nahi Mungkar. Siapa lagi yang akan melaksanakan tanggungjawab dalam mentarbiyahkan masyarakat jika bukan kita yang bergelar khalifah di muka bumi.

Ibu bapa & keluarga

Tidak terbalas jasa mereka kepada kita. Cinta kita haruslah ditujukan kepada mereka. Kita dilahirkan atas dasar CINTA, dibesarkan juga kerana CINTA, dididik juga atas dasar CINTA, dikasihi juga adalah kerana CINTA. Disebabkan oleh rasa cinta yang mendalam, insan yang bergelar IBU sanggup menelan pahit dan kesakitan semata-mata umtuk melihat zuriat yang dikandungnya selam 9 bulan 10 hari. Disebabkan cinta, Si Ayah sanggup membanting tulang bagi melihat Si Anak memperoleh kesempurnaan dalam kehidupannya. Seharusnya mereka punyai hak merasa nikmat cinta dari kita pula.

Pasangan

Namun, tidak dinafikan manusia akan punyai rasa tertarik kepada pasangan yang berlainan jantina dengan dirinya. Namun harus diakui kita masih punyai jarak yang membataskannya. Jika benar perasaan cinta, kasih , dan sayang itu suci seharusnya perasaan ini hadir disebabkan CINTA YANG MAHA ESA. Jika benar cinta itu suci tujukanlah hanya kepada yang berHAK. Maka, jika punyai pasangan, segeralah berkahwin kerana itulah tanda CINTA dan bukannya dengan berduaan,berpegangan tanpa ikatan yang sah.

wallahualam...

#iluvislam.com

tetamu...

hari khamis lepas,ada orang bertandang ke rumah aku...kawan2 sekolah aku la..anas,amin,awis dan fauzi.sudi jugak hampa mai rumah aku no.ya la,rumah aku cukup susah orang nak bertandang.maklumlah jauh dari orang lain...sukanya aku hampa mai.lagi ramai lagi aku suka.dah lama tak jumpa.lagi2 amin dan fauzi.biasala orang belajar di mesir kan,macam mana la nak jumpa.yamg 'dekat' pun tak bertandang lagi la yang jauh...ampun ya kalau ada rasa pedas.hehe...

bila la lagi kawan2 nak sampai ke teratak buruk hamba (ehehe).mai la lagi.suka gila aku tengok hampa makan kek coklat.belanga mee dan jag air tu cuci calas.hehe...maaf yup aku tak pandai masak,cincai ja tu.maaf jugak pasal spagetti tu.hehe...harap2 tak serik untuk datang lagi...hurmm..kawan2 pompuan lagi la tak jejak kaki ke rumah aku.sadis betul.sob3...

anyway,tanx guys...really appreciate it.silalah bertandang lagi...u guys make me smile ear to ear for the whole day.yuhu...=>...

Monday, July 13, 2009

da...sekolah...

hari isnin dan selasa lepas aku pi alor star.saja pi jalan2 tengok tempat lama.hehe...sebenarnya nak pi ziarah kawan baik aku,aini mursyida(da).rindu sangat kat dia.sejak aku masuk matrix dan dia pi mesir memang tak pernah jumpa dah...3 tahun dah la...

dulu zaman sekolah dia la kawan suka duka aku.susah pun dia ada,senang pun dia ada.lagi2 masa aku 'sakit'.cuma sejak dia pi mesir susah sikit nak contact tapi hubungan macam tu jugak.kawan baik tak semestinya hari2 jumpa kan? asalkan ada dalam ingatan...hehe...dua hari la aku dok rumah dia.pukul 10 pagi aku dah terpacak depan rumah dia.hehe...hari tu borak ja kerja kami.pagi sampai malam,sedar2 dah hampir empat pagi.maklumlah lama tak jumpa kan.huhu...macam2 dia cerita kat aku...sukanya aku tengok dia,muka berseri2.maintain ja,tak naik2 badan bukan macam aku yang dah masuk kategori 3G dah ni...uhu...mulut pun masih kepoh macam dulu...ada jugak buah tangan dia untuk aku...muaahhh!!! sayang da.hehe...

sepanjang aku di rumah da,pak njang (ayah da) sibuk sangat di dusun.biasala musim buah.pagi2 dah keluar,malam baru balik.sibuk ja tanya aku nak makan buah dia nak ambil kat dusun.pak njang masih pak njang yang dulu.ramah macam biasa...ummi nan/nan (mak da) pun masih sama macam dulu.bisingnya sama saja.masa aku telefon bagi tahu kata nak pi rumah,kecoh ja dia cakap mai la tengok nan dah naik 100 kg.hahaha...ya la sangat 100 kg.abang sulung da syidi belajar di kolej komuniti langkawi.ambik seni kulinari...adik da yang ketiga,syazwan (Wan) pulak masuk sekolah tahfiz.bosan agaknya dok di rumah lepas spm dulu...syazwani,adik da yang keempat ambil STAM.di mana lagi kalau bukan di sekolah kami dulu.=>...adik da yang bongsu nama fikri.aku dah biasa panggil adik ie ja.dia dah tingkatan satu sekarang ni.hehe...cepat betul besar.dulu dia la yang aku selalu usik2.dik ie my lurve.hahahaha...dulu kalau dia malas mandi,aku selalu kata i love u kat dia,terus dia masuk mandi.malu la tu.hahaha...lawak2...rindunya aku pada kenangan lalu...
#######################

hari kedua pulak (selasa) aku ajak da pi sekolah.uuuuhhh,rindu benar kat cikgu2 dan junior2 yang sempat aku kenal.kami ajak kawan lagi seorang,farihan...janji pukul 10:30 nak gerak dah,agak2 sampai sekolah 10:45.tengok2 pukul 11:15 baru gerak.hehe,lawak2.yang jadi lambat sebab aku dengan da lawan tolak bawak motor.aku tak berani sangat bawak motor orang,jalan pulak aku tak ingat sangat.lesen pun tak dak.aku suruh dia bawak dia pulak tak mau.dah dua tahun tak pegang motor katanya...at last aku la jugak yang bawak.motor pulak minyak sikit.sampai sekerat jalan,isi minyak dulu...

dah lain benar sekolah sekarang ni.dulu tanah merah ja.kasut pakai dua tiga hari dah merah.maklumla SMA ja.sekarang semua dah bertar,dah jadi SABK.kalau dulu panas kemain,sekarang semua dah pasang air-cond.asrama pun dah cantik.dah ada computer lab.library pun dah ok...sukanya aku tengok keadaan sekolah tu sekarang...cikgu2 pun semua dah sempoi.masih pengetua yang sama,ustaz adenan.cikgu2 bujang masa aku belajar dulu semua dah kahwin.cikgu rohaya,cikgu mazarina,cikgu anisah,cikgu salma,cikgu awanis,cikgu normayati dan yang terbaru cikgu shahril.semoga berbahagia ya cikgu...ya Allah,rindu sangat zaman sekolah...zaman2 kegemilangan dulu.hehe...ustaz ajar insyak dan b.arab komunikasi aku dulu,ustaz ridhuan tanya aku...mana lagi best,sekolah atau u.aku jawab la sekolah.lepas tu ada syarahan sikit...hehe...katanya "dulu masa sekolah ketegaq,orang tegur tak mau dengaq.kata aku ni cenge.la hampa tau la".hehehe.ampun...kesian ustaz melayan murid nakal ni...yup.sungguh.aku sangat nakal dulu.huhu...satu lagi,sekolah dah ada blog.terima kasih cikgu Shidi sebab buat blog sekolah...

insyaaallah,kalau panjang umur,aku nak pi lagi sekolah...bestnya zaman sekolah kan.andai dpat kuundurkan putaran dunia,nak ja aku masuk sekolah semula...

lepas balik dari sekolah tu,aku dah kemas2 beg.nak balik rumah lepas zohor.masa aku siap2 nak balik kulim,fizah sampai rumah da...fizah kawan sekolah jugak.dah kahwin,anak dah 8 bulan.dia mai dengan suami dia.sembang2 depa nak hantar aku sampai kulim,sampai rumah la senang..huhu,rezeki jangan ditolak...baliklah aku dengan depa...

#geramnya bluetooth laptop ni buat hal.tak boleh masuk gambar.

Friday, July 10, 2009

diam tandanya setuju...

Dari Ab Hurairah r.a Rasulullah SAW bersabda:”Seorang wanita janda, tidak boleh dikahwinkan tanpa bermesyuarat terlebih dahulu dengannya. Seorang gadis perawan tidak boleh dikahwinkan sebelum meminta izin kepadanya.” Para sahabat bertanya:”Bagaimana bentuk keizinan gadis itu?” Rasulullah menjawab:”Jika dia diam sahaja.” (Bukhari)...

as-sukut alamat ar-ridho...teringat dulu ustaz abdullah,ustaz faraidh dan usul fiqh aku suka kata macam tu.aku tak tahu pulak yang apa ustaz kata tu hadis.huhu...ingatkan saja2 ja dia dan orang2 tua cakap.hehe...aku baru ja jumpa hadis ni.hurm...

muazzim...

salam semua...

lama aku tak menulis.dah tak tahu nak tulis apa...cuti lama2 otak jadi blank.hehe...nak cerita apa ya?...haa...baby sitter...aby la sangat...
#####################

Mama: muazzim nak dok dengan abah ka dengan tok su? Cik dayah ada kat rumah.malam satgi dia mai.

Muazzim: ha,cik dayah balik? Nak dok rumah tok su la.yayy!!!

Mama: ok,pi kemas beg.malam ni ikut tok su balik.habaq kat abah dulu na kata nak dok dengan tok su.

Lebih kurang macam ni la perbualan mama aku dengan muazzim.siapa muazzim ni? Muhd zul muazzim nama dia. Baru darjah satu.Dia cucu pak njang aku.jadinya,dia kena panggil aku mak cik la tapi anak2 sepupu aku memang semua panggil aku cik dayah ja.=>.

Memang dari kecil dia tinggal dengan pak njang aku sebab ummi dia meninggal masa umur dia tiga tahun kalau tak silap.kesian kan? Dia memang rapat sangat dengan aku.tau ja aku balik,mesti nak datang rumah…aku layan ja,kesian.lagipun dia tak banyak songeh.senang nak jaga. comel orangnya,ada lesung pipit.Jadi,ni la kerja aku waktu cuti dua minggu ni. Bagus jugak.sekurang2nya aku ada kawan.kalau tak memang bosan la aku dekat rumah.ya la,mana ada kawan.mama,kak dengan abang kerja.adik? mana ada adik daa…kira macam jaga adik la ni.hehe…

Pagi2 kalau dia nak sarapan,sediakan sarapan dulu…apa2 pun kena tanya dulu dia nak makan atau tak sebabnya dia memang susah nak makan.macam arwah ummi dia.susah sangat nak makan.kadang2 sampai kena paksa tapi kalau menyicah garam belacan tu cepat ja.memang turun arwah ummi dia betul yang ni.lagipun tak pa,di sekolah ada sarapan. Dia sekolah rendah agama.balik pukul 4 petang...

aku perasan satu benda.tiap malam masa dia nak tidur,dia baca doa dan surah2 y perlu.lepas tu dia baca surah al-ikhlas banyak kali.pelik jugak aku tapi aku buat tak tahu ja la.satu hari tu aku tanya la dia kenapa baca banyak kali surah tu...dia jawab yang tu dia nak sedekah kat ummi dia...ya Allah,bagusnya budak ni. harap2 tabiat tu kekal sampai ke tua.bahagianya ummi dia...

Satu petang tu masa kami ramai2 sembang2 kat depan rumah,aku perasan dia angkat tangan berdoa...aku tanya la dia doa apa.dia kata dia doa mintak mak tok dan tok ayah dia tak meninggal kat mekah...kami ramai2 ni terdiam tengok dia.mama aku pun terkejut..ya Allah, macam mana dia boleh terfikir benda macam tu...tak sedap hati pulak aku...

Jadi,hari2 ini la tugas aku...tadi masa nak balik uia ni tengok muka dia kesian ja.dia nak ikut.huhu...budak2...muhd zul muazzim...

#lupa nak ambil gambar dia...