BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, October 24, 2009

final



is




just




around




the corner!!!

Thursday, October 15, 2009

menjawab pertanyaan...

Satu malam tu, aku ada dapat mesej…macam ni mesej tu… “cinta itu banyak pengertian tapi bagi aku cinta itu adalah kawan sejati…orang yang mencintaimu meskipun telah menganalimu dengan sebaik2nya iaitu baik dan burukmu bla bla bla bla”…panjang sangat,tak terdaya nak menaip.maaf…hehe…

Dah habis baca mesej ni…aku pun terfikir…betul la kata2 dalam mesej ni…setiap orang ada pengertian yang berbeza kan…tiba2 aku teringat satu cerita korea yang pernah aku tonton dulu.dalam cerita tu,heroin tu kata “cinta adalah satu kebahagiaan dalam seribu kesengsaraan”…betul ka? Tepuk dada tanya iman,jangan tanya aiman tau…

Hurmmm…kalau betul la cinta tu satu kebahagiaan dalam seribu kesengsaraan…konklusinya aku belum bersedia untuk menempuh seribu kesengsaraan itu lagi…maaf zahir dan batin…=>.

kepada kawan aku,hadi yang nak kahwin lusa...semoga pernikahan anda diberkatinya...happy together yup...

kesibukan...

Salam semua.harap sihat2 belaka…semakin terabai blog aku ni ya…dah lama aku tak menaip entri.tak pa kan? Blog aku bukan blog glamour yang hari2 orang tertunggu2 entri baru….

Dalam jangka waktu aku menyepi ni kan, banyak benda yang dapat aku selesaikan…assignment international relation dah settle,law and government dah siap, theater and exhibition tentang napoleon Bonaparte (projek kelas modern history of Europe) pun dah siap perform.sir bagi markah penuh ni…congrats to my classmates,especially azfar yang pegang watak napoleon tu..susah kan berlakon dalam English.hehe…kita bukan pelakon handalan pun…=>.subjek fiqh sirah pun aku dah present,tinggal assignment ja tak siap lagi (ngeeeee). Tajuk assignment aku is hijrah still relevant nowadays? Kena berbahas tu…dapat pulak group members yang kurang bekerjasama,lambat la siap assignment ni.huhu…assignment parenting pun dah hantar (parenting? Lucu tak?)…hehe...

Satu lagi, web-based course registration pun dah lepas.alhamdulillah,Allah mudahkan urusan aku hari tu.aku dapat add 7 subjek untuk sem depan. Registration ni hanya satu hari bermula pukul 5 petang. Mula2 tu aku cuak sangat sebab kawan2 aku semua dah boleh masuk web uia tapi aku tak boleh2 sampai la pukul 5 orang dah mula daftar aku masih tak dapat masuk web uia.tup2 disconnect la pulak.aku tengok kawan2 aku dah add 1 2 subjek.aku? line pun tak dapat,macam mana ni…allahumma yassir wa la tuassir.dalam hati tak putus2 berdoa.debaran nak register course ni lagi hebat daripada nak masuk hall masa final exam…betuuulll. Masa kawan aku dah dapat add 3 subjek baru la aku boleh masuk web uia.alhamdulillah….lepas ja aku boleh masuk tu,senang ja aku dapat add semua subjek tu.kawan aku yang senang tadi pulak tersangkut2…at last,aku yang settle dulu register…kawan aku tak cukup subjek lagi…

Kawan2..aku dah kerja sekarang.buat part time di kiosk mahallah.bolehla topup sikit kan.nak harap ptptn ja semput jugak…tapi aku baru ja mula kerja.tak tau la lama mana mampu bertahan, letih jugak susun2 barang tu.kalau kerja malam,lebih kurang pukul 1 jugak la balik bilik.pagi2 pergi kelas.habis kelas pergi gym.haaa,ni la benda baru yang aku buat…pergi gym.harap2 consistent la.hehe…bagus jugak tempat aku belajar ni sebab menyediakan female sport complex.nak swimming, archery, hocky, futsal, squash,semua ada…bebas sikit sebab semua kaum sejenis ja…hehe… kelas,exercise,kerja...letih jugak kan? Tapi dah sendiri mau,nasib la…

next week aku ada kuiz untuk 4 subjek.huhu...pening kepala.tak tau nak study yang mana.serba tak kena rasa...final exam pun dah dekat ni.hehe...orang selalu buat kerja last minit kan,padan muka...

Wednesday, September 30, 2009

masjid dan kubur mengingatkan aku....

dah jadi tabiat tiap kali naik kenderaan mesti baca doa...tapi biasalah manusia,kadang2 terlupa jugak lagi2 masa nak naik atau masuk kenderaan tu tengah borak2 kan...

tiap kali aku terlupa baca doa, dalam perjalanan tu kalau aku jumpa masjid,nampak ja kubur automatik teringat yang aku tak baca doa pun masa naik tadi...aku penah la bagi tahu mama aku pasal ni.mama aku jawab "kuboq tu kan ingatkan kita kematiaan"...yup,betul.bila aku terlupa baca doa nauk kenderaan tu,nampak ja kubur aku rasa semacam...lagi satu bila aku buat sesuatu yang mama aku tak suka,nampak ja kubur,aku dah tak senang duduk,rasa berdosa tu membuatkan aku rasa panas...

raya ke2 hari tu aku perdi kelantan.raya ke4 malam tu baru bertolak balik.masa tu lebih kurang pukul 11 malam kalau tak silap.disebabkan terlalu letih dan mengantuk,aku pun terlupa nak baca doa naik kenderaan.dalam keaadaan separuh sedar tu,aku nampak masjid,ingatlah aku yang aku tak baca doa lagi tapi lepas tu aku tertidur.jadi aku tak baca la doa tu.doa tidur lagi la kan.hehe...lepas tu aku terasa kepala aku terhantuk seat depan.kuat,pening la jugak kepala aku.masa kepala terhantuk tu aku dengar bunyi hon brek kenderaan,kuat.kalau orang utara kata brek menyakaq...aku pun celik mata. terkejutnya aku...depan kereta kami ada kereta lain melintang depan kereta kami dan di sisi kiri kereta ada trailer yang jaraknya 3 4 inci ja lagi dengan kereta kami.kereta depan tu pun sama...aku tengok muka mama aku.pucat...macam tak dak darah.terkejut sangat la...nyaris2 jadi korban malam tu.kecoh la jugak.orang ramai kat kedai makan tepi jalan tu semua berdiri tengok...lepas tu kami berhenti ja kat kedai makan tu.rehat kejap...mama aku ada darah tinggi,takut jugak.keluar ja kereta bau tayar terseret tu kuat gile...

lepas mama aku dah ok sikit,dia pun tanya..."kita nak balik jugak ka malam ni? esok pagi la,dah lambat ni.kot grik nu hutan ja,tak pa ka balik la?"...mama aku dah seriau...lepas sembang2,abg.zam driver kami cakap nak balik malam tu jugak...baliklah kami...dalam perjalanan balik tu aku terfikir...kalau la tadi trailer tu hentam kami...innalillah boleh jadi.dah la aku tak baca doa,nak sebut Allah pun tak sempat la.tengah tidur kan...dalam sunyi tu,anak sepupu aku bersuara..."kalau tak kita masuk metro dah esok tok su(mama aku).kereta depan tu la buat reja bodo"...semua diam tak menyahut...alhamdulillah,pukul 4;30 kami sampai rumah...

petang keesokan hari aku keluar dengan kakak aku.lupa jugak baca doa....sampai ja masjid kilang lama tu,baru aku teringat tak baca doa...hehe2...sungguh,masjid dan kuburan tu selalu mengingatkan aku...

Thursday, September 17, 2009

salam aidilfitri

hai semua...
lama betul aku tak online ya...bukan tak mahu online tapi sibuk tambah2 pulak dengan kesihatan yang tak mengizinkan =>.sekarang ni aku berada di rumah.yahaaa...aku balik hari jumaat ahri tu.cuti dua minggu lagi.best2. jeles yup.hehe...



ramadhan dah nak habis.kejap ja kan? raya lagi dua tiga hari ja lagi. kepada kawan2 yang nak datang rumah,call dulu ya sebelum datang sebab kalau ikut plan aku nak pi kelantan raya ke2 atau ke3 nanti.ok la, salam aidilfitri maaf zahir dan batin...jemput2 datang ke rumah...



#alfatihah buat pelajar uia warga palestin yang meninggal di tembak tentera israel baru2 ni.

hantaran

Kepade mreke2 yg nk menghantar dan menerime hantaran..fikir2kan

“Sayang, tengok nih. Cantiknya AlQuran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran” pekik Jamilah kepada Nabil..

“Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli nih” balas Nabil.

Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang bakal dijadikan hantaran.

“Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab” keluh Jamilah.

“Ala, awak bukan reti pun bahasa arab” jawab Nabil. Tergelak Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.

“Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat” tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an.

“Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid” sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ..

“Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?” pakcik menyoal sambil tersenyum.

“Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik“ teragak-agak Nabil menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.

“Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar hantaran. Kesian ALQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik” tegur pakcik berhemah.

“Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la” tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.

“Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi” cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.

“Ala, besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi” senyum Jamilah mengangkat bungkusan AlQuran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.

“Jangan lupa baca ya” pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut.

“Sibuk je la pakcik tu” Jamilah mengomel.

Nabil kelihatan serba salah. Mungkin ‘terpukul’ dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.

Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai.

“Assalamualaikum semua” ucapan salam Pak Imam bergema.

Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.

“Inikah pengantin hari ini?” tegur selamba Ustaz Saad.

“Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak... usta.. ustazz..” jawab Nabil mengigil. Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.

“Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin” cadang Ustaz Saad. Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.

Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.

“Ss.. su.. surah apa ustaz?” Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku.

“Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa’d” kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi.
Surah Ar Rad

Surah Ar Ra'd

“Apa benda nih” detik hati Nabil.

“Bismillahirrahmaani rrahim.. ALL..MAA.. RIII..!!” berlagu Nabil.

Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala.. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.

“Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran. Adik Nabil, cara bacanya seperti begini : A’uzubillahiminnassya itaanirra jim.. Bismillahirrahmanir rahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM... RAA..” kedengar suara gemersik Ustaz Sa’ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama ALQurannya.

Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya.

“Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran.. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina ALQuran. Beli ALQuran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim” tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Sa’ad.


“Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama.. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab AlQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh AlQuran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan AlQuran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya..” penutup Ustaz Sa’ad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.

Hari semakin cepat berlalu.

Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab ALQUran yang menjadi hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari.

Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Sa’ad tiba. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil.

read this..

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'When a man dies and his
relatives are busy in funeral, there stands an extremely handsome man by
his head. When the dead body is shrouded, that man gets in between the
shroud and the chest of the deceased.

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki
itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang
betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu
berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan
Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya
mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai
ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata,
Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang
diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah
tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia
dimasukkan ke dalam Syurga.'

Thereafter he turns to his dead companion and says, 'I am the Qur'an,
which you used to read, sometimes in a loud voice and sometimes in a low
voice. Do not worry. After the interrogation of Munkar and Naker, you will
have no grief.'

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku
adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara
yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang.
Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'

When the interrogation is over, the handsome man arranges for him from
Al-Mala'ul A'laa (the angels in Heaven) silk bedding filled with musk.

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada
Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang
dipenuhi bauan kesturi

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'On the Day of Judgement,
before Allah, no other Intercessor will have a greater status than the
Qur'an, neither a Prophet nor an angel.'

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di
hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran,
mahupun dari nabi atau malaikat.'

Please keep forwarding this 'Hadith' to all ....because

Sila sebarkan Hadis ini kepada semua .......kerana

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said:

'Pass on knowledge from me even if it is only one verse'.

'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.'

May Allah bestow this favour on all of us.

Friday, September 4, 2009

dugaan...

harap2 orang kat sana semua sihat2 agar supaya boleh berpuasa dengan baik.amin...jangan jadi macam aku.hari ni dah 3 hari aku tak puasa.teruk betul kesihatan aku ramadhan kali ni.tak pernah2 macam ni.doktor dah berleter kat aku masa pergi klinik tadi.dah sakit lama baru nak jumpa doktor.ngeee...bukan sengaja tuan doktor,ampun...aku pun tak sangka nak berlarutan macam ni...aku tengah cari bahan assingnment ni.nanti ada masa aku sambung lagi...bye...

Wednesday, September 2, 2009

i'm back...

lamanya aku tak update blog ni kan.dekat 2 minggu dah.banyak kerja sekarang.minggu depan exam lagi dua subjek.esenmen tak payah cakap la...insyaallah nanti kalau aku dah lapang sikit,aku post n3 baru ye...

=> kepada kawan aku dua orang tu,tanx untuk steak house dengan hadiah tu.tak sangka aku...
=> kepada wij...maaf,masa bluetooth gambar dia tu,tak tau la kenapa bluetooth laptop ni buat hal.sebelum2 ni tak pernah pun.sorry sangat2.

bluetooth dah rosak.tak dak gambar la n3 lepas ni.

Friday, August 21, 2009

happy birthday




nah hadiah.amek la kalau boleh.alamak,dah termakan la.hehe...

empat hari lepas,hari lahir aku...hari ni pulak hari lahir kawan baik aku (yang lupa wish kat aku tu..anyway,he did it though its late).arigato...wei,terimalah kenyataan yang hang dah masuk 21 tahun.21 tahun tu untuk hang tua la untuk aku tak.ngeee...=>.apa2 pun welcome to the club.sorry wei,hadiah kat bawah ni ja aku boleh bagi.ngeee.=>...

ya Allah kurniakan keredhoan,keampunan dan keampunanMu kepadaNya,berikan kepadaNya ketenangan jiwa yang tak putus2,kekuatan dan ketabahan hati dalam menempuh perjuangan ini,kegembiraan melihat wajahMu dan bertemu denganMu tanpa halangan dan cubaan yang menyesatkan.limpahkan kepadanya kejayaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat.amin...

happy 21st birthday pak cik.hehe..semoga lebih matang dan tabah mengharungi dugaan hidup.semoga bahagia selalu.

"kita kawan sampai mati"...kata patrick kepada spongebob...=>...

#sorry kalu aku ada buat salah.

#wei,about just know,i really dont like it...you are the one who know her better.you are my friend,she is also my friend...lets cheer up our life k.common la.i really hope for what i said just now...

Monday, August 17, 2009

usiaku bertambah lagi...

Lepas sembahyang isya’ semalam,aku belek2 buku arab.hajat hati nak baca buku…hari rabu exam.aku pun start la baca.baru 20 minit mengadap buku,mata dah macam tak boleh buka.setan sungguh setan ni…letih program siang tadi baru terasa…tapi aku gagah jugak baca.boleh la sikit2…tiba2 aku teringat sesuatu.terus mati mood study yang nyawa2 ikan tadi.ngantuk pun hilang tapi digantikan dengan tension…masalah betul ni.terus aku simpan buku.lalu aku mesej kawan aku…

“shah,pkul 12 gerak aku.nak iron baju”.

“insyaallah kalu aku tak tido ag”…balasnya…

Aku pun tido…memaksa diri yang tengah tension untuk tidur (tak mahu fikir masalah tu sebenarnya).setelah agak lama aku pun tertidur.tepat pukul 12 shah pun miscall aku.dua kali dia miscall,aku pun balas.menandakan yang aku dah sedar.thank u shah…aku bangun tapi kepala terasa pening.aku sambung tidur semula…sedar2 masa tu dah pukul 12.40.aku pun bangun ambil wuduk lepas tu kembali ke meja study.masalah tadi dah tak ingat…serika baju pagi esok la.hehe…baru ja buka buku,handset aku bunyi.ada mesej masuk…aku pun ambil la handset nak baca mesej kan…

Unknown:“salam…da,sy xbleh tnggu kul 12 la da,sy dh ngntk…mfkn sy ek,ape2 pn sy ucpkn HPPY BRTHDY.smoga dpnjgkn umr n dmurakn rzeki.amin.sy hrp da lbih matang dri sblmnye”…erk.panggil aku da.sapa ni?

Yaya:“epy bfday 2 u,epy bfday 2 u,epy bfday 2 dard buchuk…epy bfday 2 u…hehe.slmt mnjalani ari tua..haha.may ALLAH BLESS U.smga pnjg umu n mrh rezki.hehe.yeah,dard da tua da.sma cam aku.=>”.

Adik BAR: “bg teman,kau mungkin sahabat,bg kekasih,kau mungkin impian,bg keluarga,kau mungkin harapan,bgku,kau takkan luput dari ingatan…=>.slmt hr lhr.mg pjg umo mrh rzki.=>.take care”.

Kakak: “hepi 21st besday…moga pnjg umr,mrh rezki br+ aml n iman…

Angah comel: “hepi bsday! Moga pnjg umo,brjya dlm stdy n cpt2 kawin! Amin…=>.

Banyak lagi mesej2 lain.mesej bergambar pun banyak,tak larat dan tak perlu taip semua kan. tapi mesej shah bagi ni la.buat aku berfikir tapi bila baca ayat terakhir tu…adeh,aishah aishah…

Shah: “hr ini hr lahirmu,hr ini btmbah lg usiamu,hr ini akn btmbh jua tggungjwbmu,hr ini akn mnjdkn drmu lbh matang dek ujian yg akn mndtg.hr ini akn mnjdi saksi ketabhn drmu mgharung onak dn duri.hr ini allah tlh memendekkn lg jrkmu dgnnya,smkin pendek tempoh utk b’amal,smkn kubur mpersiap kubur utkmu,smkn bersedia malaikat maut dtg mjmput dn smakin hampir haruman Firdausi ata azabnya jhnam…HEPY BEDAY DARD,moga kte cpt2 dapt jodoh.hahaha”.

Shah,ni mu wish ke aku ko,mu yang excited ni? =>…

paling tak tahan masa mama aku call tadi.pagi tadi dia dah call tapi tak sempat bnak borak lama.aku ada kelas pukul 8.jadi lepas maghrib tadi dia call balik....aduh,macam nak nangis dengar kata2 dia...dah nangis sebenarnya...aku tengah berfikir2 ni.nak bagi hadiah apa ek dekat mama aku untuk birthday aku tahun ni?...

Apa2 pun,terima kasih ya kalian.ingat jugak kalian besday aku…sebenarnya aku tak ingat pun hari 17.8 kalau tak baca mesej kalian tu dan aku pun tak perasan yang dah banyak mesej dalam handset tu...sungguh,aku lupa seketika.mesej2 kalian tu buat aku bersemangat untuk sambung study balik semalam…tapi….sampai sekarang kawan baik aku tak wish lagi…lupa agaknya.tak pa lah,tak penting…hehe.sekali lagi terima kasih ya kalian…harapan aku masih sama,moga aku diberi kesempatan untuk memanggil seseorang dengan panggilan ayah, walaupun dia ayah mentua…=>.

Thursday, August 13, 2009

JANGAN...JANGAN...

Jangan sengaja lewatkan solat.Perbuatan ini Allah tidak suka.Kalau tertidur lain cerita.

Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar).Takut kalau-kalau terbawa keluar najis,mengotori seluruh rumah kita.

Jangan! makan dan minum dalambekas yang pecah atau sumbing.Makruh kerana ia membahayakan.

Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telahdigunakan tidak berbasuh.Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (keranaberpagi-pagi itu membuka pintu berkat).

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan biarkan mata liar di perjalanan.Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

Jangan bergaul bebas ditempat kerja.Banyak buruk dari baiknya.

Jangan menangguh taubat bila berbuat dosakerana mati boleh datang bila-bila masa.

Jangan ego untuk meminta maafpada ibu bapa dan sesama manusiakalau memang kita bersalah.

Jangan mengumpat sesama rakan taulan.Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita.Nanti kita sombong apabila berjaya.Kalau gagal! kecewa pula.

Jangan bakhil untuk bersedekah.Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

Jangan lupa bila berhutang...ingat bila kita susah.Tidak redha rezeki yg ada jika hutang diabaikan....

Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

Jangan biasakan berbohong,kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan.Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.Sebab semuanya untuk keselamatan kita.ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.Wasalam.

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"(Sabda Rasulullah SAW)"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampunibagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, makasesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."(Surah Al-Ahzab:71).

Sunday, August 9, 2009

masalah...

Hurmmm…benda apa ni ek?

Ni lagi…
Gara2 benda ni hari2 muka kami berkuap…nak ke kelas pakai,ke library pakai,ke cafe pun pakai (cafe kuliyyah la,cafe mahallah kang pelik pulak orang tengok)…tu la,sapa suruh pakai??? Bukan ke benda ni salah satu bentuk perlindungan? Bukan ka alwiqoyatu khoirun minal ‘ilaj? Ataupun dalam englishnya prevention is better than cure ataupun dalam bahasa melayunya mencegah lebih baik daripada mengubati?? Tapi…cara ni berkesan ka? Erk,aku sendiri pun tak yakin sebenarnya…hehe.dengar2 kata ada pelajar yang dah kena tapi tak tau la sahih atau tak.biasalah,orang2 atas tempat aku belajar ni suka ‘tutup’.sapa belajar kat sini dia tau la macam mana pentadbiran sini...so sad...

Taraaaa!!! Ni ha,bendanya...
Peaceee!!! Happynya muka…err,Nampak ka?

Kalau posing,peace ja tau buat.hehe...
“dard,pakai purdah teruslah.kan elok”…ada 2 3 orang usulkan…boleh ka? "insyaallah"...tu ja aku mampu jawab...

mereka ini tiada pekerjaan…“mereka” ja ok??? Ngeeee…=>.

Saturday, August 8, 2009

tiket...

Tet tet tet…(klasiknya bunyi)…bunyi mesej masuk,wana…”sori dard,wana atas motor tadi.a’ah,tiket dah habis…tapi kalau nak jugak kena selalu pi tanya kat kl cntral la kot ktm tambah gerabak.wana balik dgn abg kot.”

"ala.baru ja ingat nak balik nek train.nak pi beli tiket weekend ni.”…aku.

“nak buat macm mana dah abis.”…wana…

Adeh,cepatnya habis tiket train ni.cadang2 nak balik dengan anak sedara aku kat matrix uia tapi…tak dak rezeki la nampaknya.naik bas jugak la nanti…dan yang paling pasti,hari jumaat nak balik nanti kelas law and government kena ponteng la.hehe…awal gila plan,bagus tak? =>.Kalau balik naik train,train pukul 8 malam,kelas habis pukul 4.20.sempat la,boleh pergi kelas.tapi naik bas,bas 4.30…ponteng la.hehehe..kalau naik bas malam,nanti sampai 4 pagi,takut aku nak naik teksi waktu tu…balik hari sabtu? Huhu,tak sanggup.mesti dah sunyi uia ni.macam biasalah…

2 minggu…selama belajar di uia ni,ni la cuti paling lama pernah wujud.hehe…cuti puasa
seminggu,cuti raya seminggu…kalau tak mimpi la cuti lama2,mid break pun tak dak…kedekut gile.

Thursday, August 6, 2009

fatimah r.a...

Gembira hatinya, gembiralah Rasulullah s. a. w. Tertitis air matanya, berdukalah baginda. Dialah satu-satunya puteri yang paling dikasihi oleh junjungan Rasul selepas kewafatan isterinya yang paling dicintai, Siti Khadijah. Itulah Siti Fatimah r. a., wanita terkemuka di dunia dan penghuni syurga di akhirat.

Bersuamikan Sayyidina Ali bukanlah satu kebanggaan yang menjanjikan kekayaan harta. Ini adalah kerana Sayyidina Ali yang merupakan salah seorang daripada empat sahabat yang sangat rapat dengan Rasulullah s. a. w., merupakan kalangan sahabat yang sangat miskin berbanding dengan yang lain.

Namun jauh di sanubari Rasulullah s. a. w. tersimpan perasaan kasih dan sayang yang sangat mendalam terhadapnya. Rasulullah s. a. w. pernah bersabda kepada Sayyidina Ali,"Fatimah lebih kucintai daripada engkau, namun dalam pandanganku engkau lebih mulia daripada dia."(Riwayat Abu Hurairah).

Wanita pilihan untuk lelaki pilihan. Fatimah mewarisi akhlak ibunya Siti Khadijah. Tidak pernah membebani dan menyakiti suami dengan kata- kata atau sikap. Sentiasa senyum menyambut kepulangan suami hingga hilang separuh masalah suaminya. Dengan mas kahwin hanya 400 dirham hasil jualan baju perang kepada Sayyidina Usman Ibnu Affan itulah dia memulakan penghidupan dengan wanita yang sangat dimuliakan Allah di dunia dan di Akhirat.


Bukan Sayyidina Ali tidak mahu menyediakan seorang pembantu untuk isterinya tetapi sememangnya beliau tidak mampu berbuat demikian. Meskipun beliau cukup tahu isterinya saban hari bertungkus-lumus menguruskan anak-anak, memasak, membasuh dan menggiling tepung, dan yang lebih memenatkan lagi bila terpaksa mengandar air berbatu-batu jauhnya sehingga kelihatan tanda di bahu kiri dan kanannya.

Suami mana yang tidak sayangkan isteri. Ada ketikanya bila Sayyidina Ali berada di rumah, beliau akan turut sama menyinsing lengan membantu Siti Fatimah menggiling tepung di dapur. "Terima kasih suamiku," bisik Fatimah pada suaminya. Usaha sekecil itu, di celah-celah kesibukan sudah cukup berkesan dalam membelai perasaan seorang isteri.

Suatu hari, Rasulullah s. a. w. masuk ke rumah anaknya. Didapati puterinya yang berpakaian kasar itu sedang mengisar biji-biji gandum dalam linangan air mata. Fatimah segera mengesat air matanya tatkala menyedari kehadiran ayahanda kesayangannya itu.

Lalu ditanya oleh baginda, "Wahai buah hatiku, apakah yang engkau tangiskan itu? Semoga Allah menggembirakanmu."

Dalam nada sayu Fatimah berkata, "Wahai ayahanda, sesungguhnya anakmu ini terlalu penat kerana terpaksa mengisar gandum dan menguruskan segala urusan rumah seorang diri. Wahai ayahanda, kiranya tidak keberatan bolehkah ayahanda meminta suamiku menyediakan seorang pembantu untukku?"

Baginda tersenyum seraya bangun mendapatkan kisaran tepung itu. Dengan lafaz Bismillah, Baginda meletakkan segenggam gandum ke dalam kisaran itu. Dengan izin Allah, maka berpusinglah kisaran itu dengan sendirinya. Hati Fatimah sangat terhibur dan merasa sangat gembira dengan hadiah istimewa dari ayahandanya itu. Habis semua gandumnya dikisar dan batu kisar itu tidak akan berhenti selagi tidak ada arahan untuk berhenti, sehinggalah Rasulullah s. a. w. menghentikannya.

Berkata Rasulullah s. a. w. dengan kata-kata yang masyhur, "Wahai Fatimah, Gunung Uhud pernah ditawarkan kepadaku untuk menjadi emas, namun ayahanda memilih untuk keluarga kita kesenangan di akhirat." Jelas, Baginda Rasul mahu mendidik puterinya bahawa kesusahan bukanlah penghalang untuk menjadi solehah. Ayahanda yang penyayang terus merenung puterinya dengan pandangan kasih sayang,

"Puteriku, mahukah engkau kuajarkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kau pinta itu?"

"Tentu sekali ya Rasulullah," jawab Siti Fatimah kegirangan.

Rasulullah s. a. w. bersabda, "Jibril telah mengajarku beberapa kalimah. Setiap kali selesai sembahyang, hendaklah membaca 'Subhanallah' sepuluh kali, Alhamdulillah' sepuluh kali dan 'Allahu Akbar' sepuluh kali. Kemudian ketika hendak tidur baca 'Subhanallah', 'Alhamdulillah' dan 'Allahu Akbar' ini sebanyak tiga puluh tiga kali."

Ternyata amalan itu telah memberi kesan kepada Siti Fatimah. Semua kerja rumah dapat dilaksanakan dengan mudah dan sempurna meskipun tanpa pembantu rumah. Itulah hadiah istimewa dari Allah buat hamba-hamba yang hatinya sentiasa mengingatiNya.

dah hampir...

hari ni dah...







nisfu shaaban...





maknanya...





Ramadhan dah hampir...





ahlan wasahlan ramadhan kariim...








semoga ramadhan tahun ini lebih baik dari yang lepas2.








salam ramadhan...tak awal sangat kot ni kan? hehe...

yang tak berganti lagi tu cepat2la ye.dah 'nazak' ni...

Wednesday, August 5, 2009

jumpa dia...

hari sabtu lepas aku ada kelapangan sikit..aku pun keluar jumpa kawan kejap...setahun sekali ja niboleh jumpa.maklumlah orang study oversea.itu pun mujur dia balik tiap tahun...balik raya.hehe...kami jumpa di mid valley.selebihnya tengoklah gambar2 ni ek.tak tahu nak tulis apa...hehe...

dia yang kanan sekali...
dia masih di kanan...future doctor ni.amiiinnn...

kebanjiran manusia....

kenapa aku amek gambar orang ramai ni?

sebabnya...aku hairan sempat ka orang ramai ni solat maghrib? diaorang ni musafir-husnu dzan...

#tanx ya dayah sebab sudi jumpa aku.tanx jugak untuk coklat tu.sedap!!!

Saturday, August 1, 2009

oh mama...

oh aku ada kelas esok!!!!!
sabtu pun ada kelas.pukul 8 lagi...


RAJINNYA AKU NAK PERGI...


SEMANGAT NI!!!!

aja2 fighting!!! (menyedapkan hati)

#dah la mama ada kat KL sekarang.x sempat jalan2 sekali.hwaaaaaa!!!!

Thursday, July 30, 2009

MJ vs MS...

Sedih.miris.itulah yang saya rasakan ketika melihat tayangan pemakaman the king of pop,Micheal Jackson yang begitu gegap gempita di televisi-televisi kita sepanjang hari kemarin. Beberapa stasiun tv bahkan bela-belaian menayangkan eklusif langsung dari AS acara penghormatan terakhir bagi si raja musik pop sampai pagi! Dan entah berapa juta mata masyarakat indonesia yang rela menahan kantuk demi menyaksikan acara itu.

saya sedih bukan karena kematian MJ yang dipuja jutaan orang di dunia tapi saya sedih karena pada saat yang sama, berlangsung pemakaman seorang muslimah yang insyaallah menjadi seorang syahidah karena mempertahankan jilbabnya. Marwa al-Sharbini seorang ibu satu anak yang sedang mengandung tiga bulan wafat akibat ditikam sebanyak 18 kali oleh seorang pemuda Jerman keturunan Russia yang anti-Islam. tetapi berita ini sama sekali tidak saya temukan di televisi-telivisi Indonesia, negara yang mayoritas penduduknya Muslim bahkan mungkin tak banyak dari kita yang tahu kisah pembunuhan Marwa ini.

ribuan orang di Mesir yang menghantar jenazah Marwa ketempat peristirahatannya yang terakhir. memang tidak sebanyak oran gyang menangisi pemergian MJ tapi kepergian Marwa adalah lambang jihad seorang muslim. marwa mempertahankan harga dirinya sebagai seorang muslimah yang mematuhi ajaran agamanya meski untuk itu dia kehilangan nyawanya.

marwa ditikam di ruang sidang kota Dresden, Jerman saat akan memberikan kesaksian atas kasusnya. ia mengadukan seorang pemuda Jerman bernama Alex W yang kerap menyebutnya 'teroris' hanya karena dia mengenakan jilbab. Dalam satu kesempatan pemuda itu bahkan pernah menyerang Marwa dan berusaha melepas jilbab wanita Mesir itu. Di persidangan itulah Alex kembali menyerang Marwa dengan menikam Marwa berkali-kali. Suami Marwa yang berusaha melindungi isterinya malah terkena tembakan keparat keamanan pengadilan yang berdalih tak sengaja menembak suami Marwa yang kini dalam kondisi kritis di rumah sakit Dresden.

peristiwa ini sepi dari pemberitaan di media massa Jerman dan munkin dari pemberitaan media massa asing dunia karena yang menjadi korban adalah seorang muslimah yang dibunuh oleh orang barat yang anti ISlam dan anti Muslim. situasinya mungkin akan berbeda jika yang menjadi korban adalah satu ornag Jerman atau orang barat yang dibunuh oleh seorang 'ektrimis' Islam.

itulah sebabnya mengapa di televisi-televisi kita kemarin cuma dijejali dengan pemberitaan seputar pamakaman MJ yang mengharu biru itu. tak ada berita pemakaman Marwa al-Sharbini yang mendapat sebutan "pahlawan jilbab". tak ada protes dunia Islam atas kematiannya. tak ada tangis kaum muslimin dunia untuknya. tak mengapa Marwa karena engkau akan mendapat tempat yang paling mulia disisiNya. seiring doa dari orang-orang yang mencintaimu, selamat jalan saudariku....maafkan kami jika kurang peduli...


#aku dapat berita ni dari usrah KARISMA.

mereka itu...

Pada suatu hari,kira2 jam 10:30 pagi,berjalan tiga orang gadis ke kelas.mereka ialah gadis A,gadis B dan gadis C.kelas bahasa arab mereka berlokasi di Harun M.Hasyim Centre,Kulliyyah of Law yang mengambil masa kira2 hampir setengah jam untuk pejalan kaki seperti mereka.

Di pertengahan jalan (belakang ITD), terdapat sebuah pusat kawalan tenaga elektrik di situ (tak tau panggil apa,hentam ja ni). Gadis A pun berkata kepada 2 orang temannya itu…

“kalau berani masuk la dalam ni…”

“Tak dak kerja…” sahut gadis B.

“kalau masuk gak,kena lektrik la.grrr grrrrrr grrrrrrrr…”sampuk gadis C sambil menggayakan aksi orang terkena renjatan elektrik,lucu aksinya. Dia tidak menyedari kelakuannya diperhatikan…gadis A dan gadis B juga tidak sedar…

Selepas itu,gadis C terus berkelakuan agak ‘sewel’ dengan mengintai2 kereta yang diparkir di berdekatan laluan mereka itu dengan membuat mimik muka yang melucukan.gadis2 itu masih tidak menyedari kehadiran makhluk lain di kawasan itu…tiba2…

“aaaaaaa,malunya aku.ada orang dalam kereta merah tu…” gadis C bersuara sambil menutup wajahnya…

Serentak gadis A dan B berpaling kearah kereta merah yang dimaksudkan…

“hahahahahahahahahahahahahahahahahahahhahah…….” Berderai ketawa orang2 di dalam kereta merah itu.kuat sekali.agaknya sedari tadi memerhatikan gelagat ‘sewel’ gadis C itu.
Gadis A dan B jugak turut sama tertawa.

“wei,semua budak laki tu.padan muka,buat lagi perangai tolol tengah2 jalan…” gadis A bersuara.
“wei malunya akuuuu….malunya…” sambung gadis C…

Gadis A berkata “kalau satu kelas dengan kita tak tau la mu…”

“aaaa….aku malu aku malu…”

Sampai di belakang perpustakaan masih lagi terdengar tawa pelajar2 lelaki tersebut…

“tak pa la mu,lepas ni tak jumpa dah depa tu.bukan budak kelas kita kot…” gadis A menyedapkan hati temannya.ketiga2 gadis itu tidak dapat mengecam pelajar2 lelaki tersebut kerana masing2 rabun tetapi tidak memakai kaca mata…

Sudahnya sampai ke kelas gadis C masih menyebut perkataan malu manakala gadis A dan B terus terusan ketawa…jenaka pagi…hahahahaha….

sekali lagi Maaf ya tuan punya badan.hahahahahaha.kenangan wei…

darul ulum...

Hujung minggu hari tu aku pergi program dekat sekolah rendah agama darul ulum,selayang.peserta program motivasi ni adik2 darjah lima dengan enam.ada la lebih kurang 60 orang,tak ramai pun.sekolah belajar agama ja kan,KAFA tu.comel2 ja adik2 ni,macam2 kerenah.yang pasif,pasif sangat tapi kalau yang aktif sampai hyper pulak.hehe…
Hajat hati nak ambil gambar masa LDK tapi peraturan tidak membenarkan fasi mengambil gambar ketika LDK berlangsung.=<.
adik haris yang mendengar kata...

adik Ilyasa...anak yatim ni...

adik aiman..cool orangnya...
adik naufal...kecik ja...

adik amin...usaha lebih ya.jadikan kekurangan itu kelebihan...

adik aida yang cute...

kami dari group 3...

fauzan memberitahu peraturan spider wap...

sebahagian peserta dan fasilitator...

Best la program ni.letih memang la letih tapi hati puas.hehe…terima kasih pihak sekolah terutama sekali ustaz Wan kerana sudi jemput KARISMA UIAM untuk buat program ni.terima kasih juga untuk makanan dan cenderahati.=> <=…

adik2 yang tak interframe akak minta maaf ya,tak boleh nak upload semua...banyak!!!...

kenangan lalu...

Kisah ini berlaku agak lama dahulu.dua orang gadis keluar dari kelas.mereka dalam perjalanan pulang ke mahaallah.mereka mengambil keputusan untuk melalui jalan bersebelahan dengan Kulliyyah of Education yang juga berhampiran dengan sungai dan kolam di kampus itu.dua orang teman itu berjalan menyusuri sungai…

Laluan itu agak sunyi hari tu.tidak ada pelajar lain melaluinya.Agak lama berjalan, timbul satu idea di benak gadis A lalu dia bersuara…

“Nampak tak pokok tu? jom kita try.sapa sampai sentuh daun pokok tu dia menang…” gadis A menuding kepada daun yang agak tinggi untuk dicapai…

“ok,no prob…”jawab temannya,gadis B.yakin…

Lalu gadis A pun berlari dan melompat dengan penuh gaya untuk mencapai daun itu…
Sesudah itu,gadis B pula mengambil giliran.berlari dan melompat ala2 orang lompat galah gitu.gadis itu berjaya mencapai daun tersebut…tiba2…

“yeaaaaa dapat.hebat2…” terdengar sorakan yang datang dari tingkat atas bangunan Education…mereka berdua mendongak.kelihatan kelibat pelajar2 lelaki di atas sana yang tersenyum sambil bertepuk tangan.

“hahahahahaha…” pelajar2 lelaki itu menyambung tawa…

“ya Allah,ada orang ka.aaaa.aku maluuuu…” gadis B bersuara.

“wei,merah muka wei.jalan cepat,jalan cepat.malunyaaaaa.macam mana la tak perasan ada orang kat atas tadi.adeh,malu malu.buat kerja bodoh…” luah gadis A pula.

Menyesal sungguh mereka ketika itu…hehe,betullah pepatah melayu ‘sesal dahulu pendapatan,sesal kemudia tidak berguna’…maluuuu malu semalu malunyaaaa.hahaha…

Maaf ya tuan empunya badan for making you famous here.hehehe…

Tuesday, July 28, 2009

alahai jaemah...

geramnya aku...sabar ja la...sebab apa aku bengan ni? macam ni ceritanya...aku kan jarang on9 sekarang.bilik baru tak dapat wireless.kalau nak on9 kena bawak laptop prgi student lounge tak pun masuk CC.jadi aku tulis entri banyak2.ingat bila on9 boleh la post semua sekali.sekarang ni aku kat CC.semangat cucuk pendrive nak post n3 baru tapi tak boleh...

hwaaaaaaaaaaaaaaaa...nak tau kenapa? sebabnya laptop aku word 2007.pc CC ni word 2003.aku lupa nak save 2003 punya.adeh...cc ni pun 1,tak update langsung.dah la banyak virus...adeh,sabar2.nampaknya malam ni aku tak boleh post n3 baru lagi la...letih ja masuk CC,habiskan duit.huhu...sabar lah hati...=>...

Thursday, July 23, 2009

dengki...

Seringkali apabila berbicara mengenai hasad dengki bangsa melayu menjadi rujukan. Hasad dengki sudah menjadi sinonim dalam kalangan komuniti melayu.apakah bangsa lain tidak memiliki hasad dengki? Sememangnya hasad dengki itu merupakan wabak yang menjangkiti semua bangsa di dunia ini namun persoalannya mengapakah ia begitu terzahir dalam kalangan masyarakat melayu?

Hasad atau dengki merupakan satu daripada tujuh penyakit hati (rohani) yang berbahaya terdapat pada manusia.ia merujuk kepada perasaan tidak senang dalam hati seseorang apabila melihat orang lain mendapat kebaikan ataupun memiliki sesuatu melebihi dirinya. Sifat yang tidak baik ini telah berakar umbi dalam diri individu melayu dan berkembang dari semasa ke semasa.

Tidak hairan jika didapati apabila seorang melayu yang agak berjaya dalam perniagaan contohnya,menjadi objek dan sasaran sifat dengki individu lain.bukan itu sahaja,bahkan jatuh bangunnya seorang pemimpin kadang kala juga berpunca daripada wujudnya perasaan hasad dengki ini.keaadaan ini berlaku kerana seseorang itu tidak dapat menerima kemenangan pihak lain dengan reda.

Hasad dengki juga telah menyebabkan sesame jiran bertikan lidah dan kawan saling bertelingkah.persaingan di tempat kerja untuk mendapatkan pangkat dan kedudukan di sisi majikan juga sering membibitkan perasaan ini sehingga ada yang tergamak memusnahkan saingannya dengan menggunakan cara yang ditegah agama seperti santau dan sebagainya.
Sepertimana yang telah diriwayatkan oleh Abi Daud,Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud: “dengki akan menghapuskan serta membinasakan segala kebaikan sepertimana api yang telah membakar dan menghanguskan kayu.”

Sewajarnya,setiap individu muslim menyedari bahawa hasad dengki akan membawa kemudaratan dan kecelakaan yang besar bukan sahaja di akhirat bahkan di dunia lagi.

tempat jatuh lagikan dikenang...

Selasa,19/07/09 lebih kurang pukul 3:30 petang…si gadis masuk ke kelas modern history of Europe.belajar French revolution hari tu.disebabkan si gadis agak lambat sampai dari kebiaasaan,dia terpaksa duduk di baris yang ketiga.itulah yang tidak disukai si gadis.dia mahu sentiasa duduk di baris hadapan,depan pensyarah lagi bagus…

Tiba2 si gadis perasan ada satu kerusi kosong di barisan depan.dia berniat untuk duduk di kerusi itu lalu si gadis berkata kepada temannya…

“aku nak duduk depan la”.

“ikut hang la”…jawab si teman.

Serentak itu,si gadis pun bangun menuju ke kerusi kosong di depan.sampai sahaja di kerusi kosong itu,entah mengapa tiba2 sandal yang dipakai terasa licin lalu…

“aaaaaaaaaaaaaaaaa”…teman si gadis menjerit…

Si gadis jatuh di depan kelas.seketika si gadis menjadi perhatian isi kelas…oh! Malunya dia.pelajar penuh kelas,pelajar lelaki pun ada.Cuma nasibnya agak baik kerana pensyarah belum tiba.namun dalam hatinya tetap terasa malu yang maha hebat.harapannya cuma darah tidak tersirap di muka (control).

Ada pelajar yang tersenyum sumbing melihat si gadis,ada juga mempamerkan riak tiada perasaan, menahan tawa mungkin.mujur saja si gadis jatuh dalam keaadaan bertimpuh,ayu gitu.dalam malu itu,si gadis juga ingin ketawa….

Si gadis pun bangun kembali,duduk di kerusi kosong itu.lalu dengan senyuman (tahan gelak) dia bertanya kepada teman di sebelah…

“asal ko tak gelak?”…

“ko jangan macam tu wei,aku memang nak gelak,tapi aku kesian kat ko.kang aku gelak ko…”…

“ala…gelak ja,aku tak kisah pun”…tukas si gadis…kemudian menyambung…

“aku pun nak tergelak jugak ni”....

Lantas…

“hahahahahahahahahaha”…mereka gelak bersama…

Setelah usai,si gadis bertanya pula kepada temannya yang menjerit tadi…

“aku yang jatuh,ko yang jerit,asal?

“tak de la,aku takut ko jatuh terkangkang ja”…si teman menjawab…

Belum sempat mereka berbual lanjut,pensyarah masuk ke kelas.perbualan tamat disitu…tak pernah tengok orang jatuh dalam kelas sebelum ni.unforgettable memory…hwa3.malu dan lucu…

cuti2 malaysia...

Hari sabtu lepas,hamba Allah ni pi jalan2,makan angin…8 orang semua.pi mana? Tak tau la…hehe.pukul 8 pagi bas dah bertolak dari terminal putra Gombak.lebih kurang pukul 9 sampai la ke destinasi. Habis la rm42 untuk tambang pi balik sekali dengan indoor & outdoor games.makanan bawak la,kalau beli kat atas kopak la jawabnya...

hari2 yang sibuk...

Hurm…ada jugak kawan tanya kenapa jarang update blog lately ni…hehe,susah la nak on9 sekarang.bilik baru ni tak dapat wireless.ya la,bilik underground mana nak dapat line.kalau nak on9 kena pi bilik tv or cafĂ©.malas la nak usung laptop selalu.lagi satu sem ni aku sibuk la.siang dah letih.malam pulak buat homework atau meeting..subjek arab,ustaz suka bagi homework…

Hari cuti sabtu ahad pulak kena turun sekolah2 sekitar Selangor ni.tiap2 minggu kena turun,Cuma ikut diri ja nak turun atau tak.ni program kelab fasilitator yang aku join…non-profit based club ek.kira volunteer la.jangan ingat aku dapat habuan pulak tiap kali join program…

Aku minta kerja,tah la dapat atau tak.kalau dapat lagi la susah nak on9.huhu…bila la aku nak study.hehe…

Saturday, July 18, 2009

10 Ks

10 K dalam PERSAHABATAN

* KECINTAAN merupakan elemen yang paling penting sekali dalam sesebuah persahabatan. Ikatan sesebuah persahabatan akan mudah rapuh jika tiadanya kecintaan antara dua insan yang disandarkan kepada Si Pemilik cinta itu sendiri. Sebab itu, kadang-kadang perlunya kita meluahkan rasa cinta kita terhadap sahabat kita dengan mengungkap, "uhibbuka/i fillah" (bagi sahabat-sahabat yang sama jantina sahaja) agar mereka tahu betapa cintanya kita terhadap mereka, kerana Allah (insyaAllah).

* KASIH SAYANG lebih kurang sama sahaja maksudnya dengan kecintaan. Namun, setelah kita mencintai sahabat kita, perlunya kita curahkan segala kasih sayang kita terhadap mereka. Tetapi, kadangkala kasih sayang tidak perlu dipamerkan secara luaran. Cukuplah sekadar kita mendoakan untuk sahabat-sahabat kita, insyaAllah, itu sudah cukup membuktikan betapa sayangnya kita terhadap mereka.

* KEIKHLASAN dapat menjamin sesebuah persahabatan mendapat keberkatan dan rahmat daripada Illahi. Tidak ikhlas ketika bersahabat dengan seseorang akan mengundang permusuhan antara sahabat. Bersahabatlah dengan seseorang kerana keluhuran hati budinya, bukan kerana rupa, pangkat atau harta yang dimilikinya.

* KESETIAAN terhadap seseorang sahabat mampu memanjangkan tali persahabatan walaupun jarang bertemu. Apabila kita setia terhadap kita, kita akan diingati oleh mereka sehingga akhir hayat mereka, kerana tidak kira susah atau senang, kita setia berada di sisinya memberi sokongan, insyaAllah.

* KEBERANIAN dalam berkata benar. Dalam persahabatan juga, kita hendaklah berani apabila ingin mengatakan sesuatu. Lebih-lebih lagi jika kita telah melakukan sesuatu yang menyakiti hatinya, kita kena berani mengaku padanya atas kesilapan yang dilakukan. Selain itu, berani juga dalam menasihati sahabat kita. kerana sebagai sahabat, kita mesti mahukan yang terbaik untuk mereka kan?

* KEJUJURAN juga perlu dalam persahabatan. Jangan sesekali menipu atau menyembunyikan apa-apa daripada pengetahuan sahabat kita. Mereka juga perlu tahu apa yang kita lalui dalam kehidupan kita. Jangan berahsia, melainkan pada perkara yang benar-benar perlu dirahsiakan (hehehe).

* KEMAAFAN. Sekiranya sahabat kita pernah melakukan sebarang kesilapan, bersedialah untuk memaafkannya, tidak kira sebesar manapun kesalahan mereka terhadap kita kerana sahabat yang baik adalah sahabat yang bersedia untuk memaafkan sahabatnya. Jika kita yang bersalah, janganlah malu untuk meminta maaf daripada mereka kerana orang yang dahulu meminta maaf adalah orang yang hebat.

* KESEDIHAN. Apabila kita sedar bahawa sahabat kita sedang bersedih, maka, ikutlah sedih bersama-sama dengan mereka. Tawarkanlah bahu kita untuk dijadikan tadahan air mata mereka. Kerana tiada siapa yang akan mereka cari selain kita sahabat mereka.

* KEGEMBIRAAN. Begitu juga dengan kegembiraan. Jika kita gembira, maka marilah berkongsi kegembiraan itu bersama sahabat-sahabat tercinta. Tidak mahukah kita bergelak tawa dengan mereka? Tidak mahukah kita melihat ukiran-ukiran senyuman indah di raut wajah mereka? Kegembiraan kita, kegembiraan mereka jua.

* KESERASIAN di sini bukanlah bermaksud, "Kau cantik, aku mesti cantik," "Kau kaya, aku pun kena kaya". Tidak sama sekali. Sememangnya manusia dijadikan oleh Allah berbeza-beza, namun, dalam persahabatan keserasian dapat diwujudkan apabila terbinanya persefahaman antara dua pihak. Apabila ada persefahaman, barulah hubungan kita dengan sahabat kita akan menjadi lebih baik dan akan berkurangnya pergaduhan disebabkan salah faham (hehehe). Alhamdulillah, itulah dia 10 K yang dapat saya simpulkan mengenai persahabatan. Maaf kalau agak membosankan, namun saya tetap ingin berkongsi pendapat saya mengenai topik ini.
#iluvislam.com...

Friday, July 17, 2009

nothing...

tiba2 rasa nak upload gambar.ampun ya tuan2 badan...


my beloved friend.da...=>...

my best friend...yaya...

manja...mangsa usikan...

kawan main2...he2.wana...

nurul...kawan ???...



sue...classmate...
senior sekolah rendah,jumpa balik kat uia.kak hajar...

ummi.classmate...

iris,susah hati ya? (sori wana,kidnap jap)...
to kak timah,sorry to have him here...abdullah irfan.so cute...

melangkah setapak lagi...

Dah habis minggu pertama sem baru ni…maknanya aku melangkah kehadapan setapak lagi,berganjak ke sem 4.yup,aku baru sem 4.lambat lagi nak habis.=<…

Sem ni aku agak tension sikit la.tensen dengan jadual kelas yang lecturer ubah tiba2.nak drop pun sayang.takut susah nak add dah sem lain nanti. Kelas law & government dah elok2 hari isnin,rabu jumaat pukul 10-11 pagi ditukar ke hari jumaat pukul 10-11 dan 2:30-4:20…adeh.dah la jumaat,petang pulak tu.memang tak balik la aku sem ni jawabnya…kelas critical & creative thinking pukul 8 pagi.hehe,memang kritikal la waktu2 macam tu.lepas tu kelas modern history of Europe pulak pukul 3:30-4:20 petang.history belajar petang2,sabar ja la.tambah2 nanti bulan puasa.dugaan dan cobaannnnn.hehe.kelas international relation dll ok la timingnya…

Sebenarnya dah lama aku fikir samada nak habiskan belajar tiga tahun setengah ataupun empat tahun. Kalau nak buat tiga tahun setengah,lagi tiga sem akan datang aku kena ambil 19 chredit hour setiap sem.untuk orang cepat pick up tak kisah la setakat 19 tu tapi kalau aku aku rasa berat jugak tu…kalau aku buat empat tahun + minor,aku ada lagi empat sem so boleh kurangkan sikit chredit hour.relax sikit…kalau ikut hati,nak buat 3 tahun setengah.nak cepat habis tapi otak aku kata buat empat tahun.macam mana ha…=?...

Dalam tension2 pun aku ok lagi sebab sampai hari ni aku tak nampak pun sifulan tu dalam mana2 kelas aku…Apa2 pun aku harap sem ni baik dari sem lepas.harap2 pointer boleh naik lagi…aminn.hehe…kalian doakan aku ya…=> <=…

Wednesday, July 15, 2009

mencintai...

Layakkah kita mencintai manusia lain??

hmm...bagi aku sudah tentu kita layak untuk mencintai sesama manusia. Namun yang menjadi salahnya ialah apabila kita terlalu taksub mencintai seseorang sedangkan kita harus sedar yang perasaan suka,kasih dan sayang haruslah diungkapkan kepada yang berhak.

CINTA MANUSIA HARUS KEPADA...

1-Allah yang maha Esa

"Tidak akan ada di dalam hati cinta kepada ALLAH sekiranya dalam hati sudah terlebih dahulu ada cinta kepada manusia" Cinta dalam hati manusia seharusnya ditujukan khusus dan suci untuk mencintai ALLAH YANG MAHA ESA. Bukan setakat dengan perkataan yang mengakui cinta kepada ALLAH namun haruslah dizahirkan dengan perbuatan. Kita seharusnya mencintai ALLAH dengan sepenuh hati kerana kecintaan ALLAH kepada hambanya begitu besar sehingga tidak mampu ditandingi oleh cinta sesama MANUSIA.

2-Agama

Cinta manusia juga haruslah diserahkan kepada agama. Jika kita cinta akan agama sudah tentu semua perkara yang kita lakukan tidak terpesong dari jalannya. Mencintai agama membuatkan kita sentiasa patuh dengan perintah ALLAH dan hukum syarak. Mencintai agama juga membuatkan kita punyai rasa jihad FISABILILLAH dan juga melaksanakan Amar Makruf Nahi Mungkar. Siapa lagi yang akan melaksanakan tanggungjawab dalam mentarbiyahkan masyarakat jika bukan kita yang bergelar khalifah di muka bumi.

Ibu bapa & keluarga

Tidak terbalas jasa mereka kepada kita. Cinta kita haruslah ditujukan kepada mereka. Kita dilahirkan atas dasar CINTA, dibesarkan juga kerana CINTA, dididik juga atas dasar CINTA, dikasihi juga adalah kerana CINTA. Disebabkan oleh rasa cinta yang mendalam, insan yang bergelar IBU sanggup menelan pahit dan kesakitan semata-mata umtuk melihat zuriat yang dikandungnya selam 9 bulan 10 hari. Disebabkan cinta, Si Ayah sanggup membanting tulang bagi melihat Si Anak memperoleh kesempurnaan dalam kehidupannya. Seharusnya mereka punyai hak merasa nikmat cinta dari kita pula.

Pasangan

Namun, tidak dinafikan manusia akan punyai rasa tertarik kepada pasangan yang berlainan jantina dengan dirinya. Namun harus diakui kita masih punyai jarak yang membataskannya. Jika benar perasaan cinta, kasih , dan sayang itu suci seharusnya perasaan ini hadir disebabkan CINTA YANG MAHA ESA. Jika benar cinta itu suci tujukanlah hanya kepada yang berHAK. Maka, jika punyai pasangan, segeralah berkahwin kerana itulah tanda CINTA dan bukannya dengan berduaan,berpegangan tanpa ikatan yang sah.

wallahualam...

#iluvislam.com