BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, June 24, 2009

mereka berkata...

Syd. Abu Bakar rha. Berkata :

Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan, iaitu:

-Ia akan mati dan hartanya akan diambil oleh warisnya, laludibelanjakan bukan pada tempatnya.

-Hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim.

-Hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akandipergunakan untuk kejahatan pula.

-Adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secaraberfoya-foya pada jalan yang tidak berguna.

Syd. Umar Al Khattab Rha. berkata :

-Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya.

-Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina.

-Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya.

- Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatandirinya akan terjaga.

Syd. Othman Ibnu Affan Rha. berkata :

Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:

-Hatinya selalu berniat suci.

-Lidahnya selalu basah dengan zikrullah.



-Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa).

-Segala perkara dihadapainya dengan sabar dan tabah.

-Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.

Syd. Ali Karramallahu Wajhah berkata :

-Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu'.
-Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia-sia.
- Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur'an tanpa mengambil pangajaran daripadanya.
-Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifat warak (memelihara diri dan hati- hati dari dosa).

- Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi.
-Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki.
-Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan.

-Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya,siapa yang banyak salahnya, maka hilanglah harga dirinya,siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak.Sedang orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati.

pakulah di dinding hatimu...

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. “Untuk apakah paku-paku ini ayah?” tanya pemuda tersebut. “Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu” jawab ayahnya.


Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut.

Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.
Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.

Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata “Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya.

Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal. Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakkan mu ke arah kejayaan.

Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita.

“Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati anda.”

Saturday, June 20, 2009

untitle 3

ssshhhhhhhhhh!!!!!


ssshhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!


aku


dah


tak


sanggup!!!!!




berdiam diri itu lebih baik daripada mencetuskan???


aku mahu berpergian...


bergembiralah...


bersua lagi jika...


aku masih disini...


sayonara~~~~~~

Thursday, June 18, 2009

pergilah duka...

Di persimpangan hidup,
Dia menapak kearah terbitnya mentari,
Melangkah dengan kelamnya hati,
Ditemani segumpal sendu sesal,
Digenggam bersama segugus kenangan,
Berharap disana bersua ketenangan…

Sedang engkau ,
Berpergian ke sejuknya antartik,
Bersama bunga-bunga kebahagian,
Terlukis riak kegirangan di wajahmu,
Bertemankan selaut harapan,
Kerana disana menanti realiti yang menggembirakan…

Tika itu,
Ada harapan yang berkecai,
Ada janji yang terlerai,
Ada hati yang terluka,
Ada jiwa yang bahagia,
Ada nafas yang ketawa…

Di batasan waktu,
Berdiri dia ditemani kekuatan,
Jiwanya berdenyut kegirangan,
Keperitan itu bersapa khatimahnya,
Sendu itu terbang bersama semilir bayu…

Pergilah duka,
Terbanglah sengsara,
Hilanglah resah,
Janganlah engkau bertapak kembali,
Kerana dia telah melepaskan segalanya,
Kerana dia ingin bahagia,
Pergilah…pergilah…

~hANaN naJIAh~
03:23 a.m
18 jun 2009

Tuesday, June 16, 2009

reunion...

salam...to all my friends (batch 01-05/x-SMAN SPM 05 & STAM 06), please contact me or Syifak or Awis maybe... we are going to have a reunion. you are welcome to give any suggestion for veneu and date...to those friends in egypt,balik la wei...rindu gila ni.=>...ukuwah fillah...

kelas dan exam...

Salam semua,selamat pagi.pagi? a’ah,pukul 2 lebih pagi la kan? Hehe…aku baru bangun tidur ni.masa tidur tadi terjga lepas tu terigat pula hari rabu ada quiz…jadi,bangun la kejap kan.tapi sebelum pergi ke hajat sebenar,aku singgah disini dulu…=>…tapi wireless tak berapa ok la.tak tau la boleh post atau tak…

Pukul 8.30 tadi aku ada replacement class.biasa la hujung2 sem ni kan.lagi2 pula short sem dan banyak kelas batal.silibus banyak lagi yang tak sentuh jadinya kena buat juga la kelas ni.malam esok lagi sekali ada kelas ganti.adoiiii,’rajinnya’ diriku untuk pergi…ngeh3.=>

Masa kelas tadi ada presentation. Brother dari Tajikistan dan east coast (aku pun tak tau Negara pa ni) punya turn. Brothers ni kena present pasal ibnu khaldun. Best presentation malam ni. Dah habis presentation tu,biasalah kan mesti ada sesi soal jawab kan…macam biasalah.si fulan itu pasti akan bertanya. Aku dah tak ingat apa soalan dia tapi ada kaitan la dengan konsep assabiyyah ibn khaldun tu.jadi brother berdua ni pun jawabla. Aku rasa macam betul ja brothers tu jawab tapi dia tak puas hati dia tanya lagi. Brothers tu pun jawab lagi.lepas brothes tu jawab, dia pun kata…

“I think my question is still ambiguous for u brothers”…


“hoooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo.ala,sudah la sikit2.Dia dah jawab la tu.” kelas bersuara…

satu kelas dah bising.ala2 boooo gitu. Kesian pula aku tengok dia.agaknya orang dah tak tahan dengan kerenah dia kot. Lepas kena macam tu,terus diam si fulan ni.hurmmm…nak buat macam mana,nasib la kan. Dah la.malas dah aku nak ingat.malas dah nak kecoh,final dah dekat ,kalau buat masalah dengan orang macam mana nak aman kan (bukan aku yang buat masalah)..hehehe…

aku punya paper 23 dan 26 hb ni.paper apa lagi kalau bukan political thought. Hurm…banyak lagi tak study, harap2 sempat la habis. Buat semua warga uia,selamat menghadapi peperiksaan.semoga kejayaan bersama kita.aminn…kepada kawan2 yang ambil paper Arab 19 hb nanti, anda la orang pertama yang jawab exam. Jangan tension2 ek, exam awal boleh balik awal..hehehe…apa2 pun,
gud luck untuk semua…gambatte!!!

#aku minta maaf kepada semua kalau2 aku ada buat salah secara sedar ataupun tidak..maaf ya…

#selamat bercuti…

Monday, June 15, 2009

i miss ya...ya...la...

hurmm...dah agak dah...mesti ada orang tanya aku rindu siapa.ada pulak otak 'kurang bersih' ingat aku rindu orang yang tak sepatutnya...

mesti la aku rindu dia.last jumpa 17.4 hari tu...hampir dua bulan dah.mesti la aku rindu kat dia...last borak live pun 17.4 hari tu.lama dah kan? nak call or mesej selalu,fon dia rosak.kalau tak hari2 aku borak dengan dia,hari2 aku jumpa dia.makan sekali,tidur sekali,lepak2 sekali..semua sekali la senang cakap...uhu,rindunya kat dia...
comel kan dia...Sharifah Mastura Syed Ahmad...

memang la aku tulis i miss ya. tapi 'ya' tu bukan 'you' yang dieja dengan 'ya' tapi 'ya' tu Yaya la,teman setiaku itu.aku kan panggil dia Ya ja...dia tak ambil short sem.tak bersama2 aku la untuk dua bulan ni.oh short sem,cepat la habis.cepatla mula sem baru.aku nak jumpa Yaya...
yaya masa himpunan anak2 Kelantan di Concorde...

jadi...bersihkan otak anda yang agak tercemar tu ya...
#sori Ya aku menglamourkan mu...ngeh3...

Saturday, June 13, 2009

i miss ya...

oh tuhan...............................................



a



k



u



r



i



n



d



u



d



i



a



miss ya so much....................


serius ni bukan main-main la...


lama gila tak borak...


lama jugak tak jumpa...


bila bisa berbicara lagi nih?

awak sudi jadi isteri kedua saya?

"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Syazni tegas dan yakin.

Tiba-tiba mata Fulanah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.

"Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!" pekik Fulanah dengan suara tersekat-sekat.

Mata Syazni liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fulanah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fulanah langsung tidak selari dengan penampilannya.

"Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya… " Fulanah mula sebak.

"Tak. Maksud saya…"

"Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!" potong Fulanah dengan kasar.

"Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?" suara Fulanah semakin tinggi, setinggi egonya.

Syazni diam seribu bahasa. Dia sudah tahu `Fulanah' di sebalik Fulanah yang dia kenal selama ini. Fulanah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya berwarna kuning. Dalam hatinya, Syazni seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu. Syazni muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya.

"Ada hikmah," bisik hati kecil Syazni, sekecil pandangannya terhadap Fulanah.

Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Syazni sebagai seorang muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yang membawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak. Keyakinan serta keaktifan Syazni berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam persatuannya. Malah, Syazni dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agama yang dianutinya sejak sekian lama.

Sudah terlalu ramai muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fulanah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Syazni. Bagi Fulanah, Syazni seperti pelengkap kepada dirinya. Namun, hanya sehingga saat Syazni melamarnya menjadi isteri kedua. Syazni masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fulanah nampak seperti tiada jalan penyelesaian. Dia mahu berbaik dengan Fulanah, namun sikap Fulanah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Syazni tersebut.

Bagi Fulanah, Syazni tak ubah seperti lelaki lain. Gerak kerja dakwah Syazni berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu kehilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnya sibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Syazni semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun. Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang semudanya. Namun, Allah s.w.t. Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Syazni – sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Syazni.

Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Syazni dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Syazni sekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiri perjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Syazni menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fulanah atau tidak? Syazni bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut. Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Syazni berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya.

Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Syazni mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fulanah..

"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Syazni tanpa segan silu.

"Sudi," jawab Nusaibah ringkas.

"Er, betul ke ni?" tergagap Syazni menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin.

Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Syazni.
"Kenapa saya?" tanya Syazni ingin tahu.

"Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak," jawab Nusaibah yakin tetapi sedikit malu.

"Baiklah," jawab Syazni tersenyum.

Akhirnya, Syazni dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini. Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Syazni terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Syazni semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Syazni membawa Nusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya. Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Syazni. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.
"Abang, saya nak tanya boleh?" sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.

"Ye sayang?" jawab Syazni sambil memandu.

"Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang," luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.

"Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa," Syazni menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum.

"Yeke? Dia datang program tu rupanya," jawab Nusaibah riang.

Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Syazni dalam gerak kerja dakwah. Di sudut kecil Nusaibah, dia merendah diri kerana usahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Syazni yang banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Syazni aktif dalam dakwah sebelum ini.

"Kita dah sampai," Syazni membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail di tangannya.

Syazni berdiri, mengadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta.

"Itu isteri pertama abang," Syazni menuding jari ke arah khemah tersebut.

"Mana bang?" Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Syazni.

"Tak nampak pun," Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.

"Siapa nama isteri pertama abang?" Nusaibah sangat berdebar.

Syazni tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.

"PERJUANGAN, " jawab Syazni.
###############################

Sedarlah semua wahai muslimah serikandi dan perwira Islam ... kalian akan dimadukan!

Jika dirimu bakal seorang isteri…

Terimalah kenyataan bahawa anda akan dimadukan, bahkan anda bukan isteri pertama yang bakal dikahwini tetapi anda adalah bakal isteri kedua kerana isteri pertama bagi suamimu ialah perjuangan Islam!

Perkahwinan ini telah lama dilangsungkan…

Kehadiran dirimu adalah untuk bersama berganding bahu memperjuangkan islam bukan menjadi batu penghalang perjuangan suamimu. Janganlah jadikan dirimu sebagai punca serta merendahkan harga dirimu dengan terjadinya perceraian suamimu dengan isterinya yang pertama iaitu perjuangan islam!

Jika dirimu bakal seorang suami…
Terimalah bahawa anda bukanlah suami yang pertama yang bakal dinikahinya atau insan yang pertama yang dicintai dan disayangi oleh bakal isterimu! Bahkan dirimu adalah insan yang kedua yang dicintainya, kerana suami yang pertama baginya ialah perjuangan islam dan memartabatkannya.

Dia mencintaimu kerana dirimu mencintai islam dan memperjuangkan islam. Jika dirimu tidak sedemikian, sekelumit cinta pun tidak akan lahir dalam sanubari isterimu…

Bantulah isterimu atau suamimu dan kuatkanlah dia untuk meneruskan perjuangan islam ke serata dunia!!Takbir ! Allahuakbar!

#iluvislam.com...

lagi...

1) Angka kesukaan anda: 7 kot…ya, 7…

2) Lagu kegemaran anda: banyak la.antarany tak mungkin berpaling (slam) dan no promises (Shayne ward). Nasyid pun suka.

3) Perkara unik tentang diri anda: unikkah aku? Err…tak tau la.

4) Bila hp anda berdering, anda megharapkan pemanggilnya ialah: my mama.

5) 3 barang yang tidak ditinggalkan apabila keluar rumah: purse,jam tangan dan henpon.

6) Perfume or deodorant yang anda guna: haiku, true love,smile…:) (avon ja)

7) Warga kegilaan anda: hijau semestinya..evergreen maa.

8) Anda tidak akan ke kelas jika: bangun2 tido lagi 10 minit class nak start. Tapi kalau baju dah iron awal2 pi jugak la. Late is better than never.hehehe.

9) Antara kasut dan beg,yang manakah keutamaan anda: kasut la.

10) Anda ada bantal busuk tak: tak dak…err..er..ada kot.heheh..

11) Tidur dan makan,keutamaan anda: tidur…zzzzzz,sleeping beauty.hehehe.

12) Bila anda betul2 marah terhadap seseorang: diam ja.malas nak cakap.cakap kang takut gaduh.

13) Anda kebosanan bila: keseorangan.

14) Adakah sarapan satu kemestian: not really.

15) Posisi anda dalam keluarga: bongsu.i don’t like it.

16) Pengertian sahabat pada anda: bersama susah dan senang,tidak kekok menegur kesilapan aku,sukar untuk ditemui.

17) Pangkal nama sahabat anda: S.

18) Kali terakhir anda menangis: 2 bulan yang lalu.

19) Pantai atau air terjun: air terjun..huu bestnya.sejuk,nyaman ja tengok kehijauan hutan.

20) Perkara pertama anda lakukan pagi tadi: on laptop.heheh..

21) Status anda sekarang: single mingle.

22) Wang dalam dompet anda sekarang: tiga keping not merah, sekeping not biru.sob3…

23) Kali terakhir anda bersenam: last sem..ngeh3.

24) Anda suka dengan diri anda sekarang: sometimes...

25) Semalam saya: tidur pukul 3 lebih.

26) Insan yang anda kagumi: saidina umar al-khattab.

27) Hujan dan panas,anda suka: hujannnnn.bestnya mandi hujan…

28) Anda bekerja dibawah tekanan: sometimes.

29) Profession guru pada pandangan anda: oh,sabarnya mereka.aku tak sesabar itu.

30) Kali terakhir anda shopping: last Tuesday…jalan TAR…

#cuk,jawab la jugak soalan2 nih...

malam ini...

Malam ni aku lepak lagi kat bilik manja.aku rasa mood aku ok sangat. Otak lapang ja…dah lama tak rasa lapang macam ni.tak tau la nape…hurm, waktu2 macam ni kalau study mesti cepat masuk.tapi aku ada benda lain yang kena buat dulu…yes,I’ve to finish my book review first. Hurmm, any way, ucapan semalam tu dah siap hantar pagi tadi, tak payah tunggu esok pagi….dapat la buat 4 page.hehehe…

So, lepas waktu isya’ aku pun amek la buku yang perlu diriview tu lalu aku pun landing di atas katil manja. On laptop then menaip. Tak lama lepas tu wana pun join aku dok atas katil manja jugak. Dia pun on laptop pastu taip esenmen. Aik??? plek ni. Aku tengok manja pun sama.dok kat meja study,taip esenmen jugak.ish3, memang sungguh sesungguhnya sangat plek.hehehehehe...

Agak2 napa aku kata plek? Yuhu…plek sebab kami 3 orang buat kerja. Yes,buat kerja. Selalunya kalau dok bertiga mimpi ja la nak buat kerja.plan la sempoi macam mana pun,nak study la,nak buat esenmen la tapi kalau bertentang enam biji mata ni…huh melayang semua plan2 tu.hehehe…cakap ja lebih kan.tapi malam ni sume wat keja dengan khusyuknya.start awal pulak tu. ajaib ni…

Tengah asyik menaip tu…lebih kurang pukul 1 la…

Wana: Eh, malam ni kita sume buat kerja la…
Aku: yup. Malam ni dalam sejarah la…nak masuk blog la…
Wana: ha, amek la gambaq…
Aku: a’ah kan. Betul3…(da ready nak snap)…
Manja: tak boleh, nanti nampak rambut…
Aku: laaa…bukan nak amek gambar orang. Gambar laptop ja pun.
Manja: la,ingatkan nak amek gambar kita…

Aku pun amek la gambar ni.tiga keping ja pun….hehehe..

wana buat esenmen social problem...


manja buat esenmen novel...

aku kena review buku ni untuk political thought...

yup,esenmen lain2 sebab kami tak sama course.wana amek sosiology,manja amek english literature and linguistic dan aku pulak amek political science...tergendala seketika yang tadi tengah asyik masyuk taip esenmen.yuhu….ada jugak setan mencelah…

Ha…dah siap amek gambar dan dah siap post pun.apa lagi…sambung buat kja balik jom…hurm…tak tido agaknya manja malam ni.hehe…aku? Tak tau lagi…wana? Dah masuk tido….

#sepatutnya post semalam tapi wireless tak ok.yuhu…

Friday, June 12, 2009

oh essayku bila nak siap???

Kebelakangan ini konflik yang berlaku di Palestin semakin meruncing. sebagai seorang pengarah program malam amal Palestin, anda diminta menyediakan teks ucapan majlis tersebut yang akan turut dihadiri oleh Yang diPertuan Agong dan Raja Permaisuri Agung untuk memberi ucapan penutup. sediakan teks tersebut selengkapnya...

hurmmm...macam tu la lebih kurang bunyinya arahan tugasan bertulis aku.aku pun tak sure betul tak aku salin tu.tak pa lah,tak penting pun.yang penting aku dapat apa yang cikgu nak aku buat.bukan kena tulis pun tajuk or arahan tu...

esenmen ni kena hantar hari sabtu b4 11 a.m,at least 3 page. 3 page ja kan.tapi....hai,lamanya tak mengarang BM.kalau tengok arahan tu,kira pengucapan umum la kan tapi....ada Agong la.so kena buat ucapan dua taraf hadirin la.adoi...lemah aku nak barpatik dan berhamba ni... perkataan2 yang sempoi pun dah tak tau sangat. kalau kat sekolah dulu guna perkataan sempoi sikit cikgu bagi bonus,kat sini dapat tak ha? hurmm,tak payah fikir nak guna bombastic words.nak buat ayat simple pun dah kekok.heheh...bahaya jugak pembelajaran dan pengajaran dalam BI ek.

actually aku tengah buat karangan ni la sekarang.baru dapat satu page...otak dah macam tak mau gerak ja.agaknya sebab dah lama dia rehat x buat essay BM. nak hantar esok tapi...bila la nak siap ni? teringat pulak kat cikgu Mazarina,guru class masa form 5 dulu merangkap cikgu BM dan guru kesayangan aku.baru call dia last week.uhu...cikgu,tolong saya!!!....kalau la cikgu kat sini...

ya Allah,kuatkanlah semangatku...

Wednesday, June 10, 2009

kena sudahhh!!!

1) Bekas kekasih saya – cipan.errr..ada ka?..malas mau fikir...

2) Saya sedang mendengar -sound effect cite shrek tu...

3) Mungkin saya patut – buat esenmen BM.yes,4 sure...

4) Saya suka - mengusik...satu kepuasan...

5) Sahabat-sahabat saya – baik,sengal n childish...

6) Saya tak faham – kenapa manusia suka menipu???

7) Saya kehilangan – masa2 lalu yang bermakna yang saya abaikan...

8) Ramai yang berkata – sengal punya budak...

9) Cinta itu adalah – keperluan...errr..err..ya ka? tak mau fikir la...

10) Di suatu tempat, seseorang sedang – menyiapkan projek (budak architecture kot)...

11) Saya akan cuba – menjadi diri saya dan perbaiki kelemahan2 yang ada...

12) Perkataan SELAMANYA membawa maksud – tak berpenghujung.kalau sabar,insyaallah bahagia...tapi jangan la ada orang suruh aku tunggu selamanya...

13) Telefon bimbit saya – warna hitam...sehari ada la 7 or 8 mesej masuk...

14) Bila saya terjaga – alhamdulillah,hidup lagi aku...

15) Saya paling meluat – penipuuuuuuuuuuuuuuuuuu!!!!!!!!!!!!!!!!!!! geram bangat si...

16) Pesta/parti adalah – ya allah, pa bende ni???

17) Haiwan yang paling comel pernah saya temui – hurmm...dolphin

18) Peringkat umur yang paling menyeronokkan saya ialah – 18-19.masa kat matrix.sempoi...

19) Hari ini – saya tak pi class BM,sakit perut.sob3...

20) Malam ini saya akan – tido pukul 4 nanti...

21) Esok pula saya akan – ada replacement class..oh tersiksanya aku...

22) Saya betul-betul inginkan – dean list.at least 3.8 tapi....hampeh.

23) Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini –semalam tak cuci muka...

24) Pusat membeli-belah atau arked permainan – best jalan2 kat sana time ada problem.best tengok gelagat orang.menghiburkan hati...

25) Makanan Barat atau Jepun? – barat sudah pasti...

26) Bilik yang terang atau gelap? –gelap semestinya.tak suka buka lampu...

27) Makanan segera adalah – mudah didapati,mudah dimakan n segara sakit kot...

28) Ayat terakhir yang anda telah katakan pada seseorang – saya mana ada kawan nak tag...

29) Siapa yang anda ingin tag: tak mau tag sapa2...

pasar malam...

petang tadi lepas balik dari student lounge aku pun pi la bilik manja...hurmm,dia baru bangun tido.aku jengah pulak wana,dia pun membuta...adoi,bosan2.tengok jam,pukul 5 petang...hari ni pasar malam.lama gile dah tak pi pasar malam.pagi tadi dah janji nak pi dengan wana.aku pun gerak la wana...

aku: na,na ngun.dah kol ma ni...(menggunakan bahasa ibunda bilik 4.7 dulu..hehe)-wana wana bangun.dah pukul lima ni...
wana: wal g r nak pi sar lam.sar lam pun tak ka gi...-awal lagi la nak pi pasar malam.pasar malam pun tak buka lagi...
aku: ha la wal gi pi ngun la pi yang sar lu-ha la awal lagi tapi bangun la semayang asar dulu...
wana pun bangun.pastu pukul 6.30 baru pi pasar malam.pasar malam dekat gate belakang ja.tak payah pakai helmet pun.dah atas moto tu wana...
wana: alamak dard,minyak tak dak la...
aku: wana tak dak spare dalam botol ek?
wana: tak.tak penah isi dalam botol pun...
aku: ala.pastu nak pi isi minyak ka?
wana: ha,jom la...
aku: helmet tak pakai cek oi...
wana: ala, tak yah pakai la...
aku: ish, tak berani r dard.jalan bz la time ni. wana nak isi kat mana?
wana: dekat ong tai kim nu...
aku: jauh la.kalau nak pi jom balik amek helmet...
kami pun balik amek helmet...pusing balik 1 round.hehe...uia one way ja,nak tak nak kena terus.patah balik kena marah...dah tu merempit la pi isi minyak.then patah balik sampai pasar malam lebih kurang pukul 7.huhu...dah nak maghrib...kami pun beli la apa yang patut.kira nak cepat ja dah nak maghrib.sampai bili dah pukul 7.35.semayang dulu pastu serangggg..so,makanan kat bawah ni la jadi mangsa bahaman tiga orang manusia...
kuih apa tah...

nasik tomato manja...confius ayam percik or masak merah....

laksa aku n wana...kalau buat seniri kan best...
sotong goreng...makanan wajib wana...
jagung n jeli kelapa wana...

oh...this is my fav...yummy2...

membaca...

Tadi ada seorang kawan aku ni tanya aku ni suka membaca tak…aku tak tau nak jawab.yang pastinya kau sangat tak suka baca buku teks.kalau nak exam lain kes la…heheh…tabik spring r sapa yang suka baca buku teks tu…aku juz suka baca majalah n buku2 tertentu macam kat bawah ni…

Sekolah rendah: ujang,mastika,novel (siri2 penyiasatan)…

Sekolah menengah: mastika,dewan siswa,fokus,remaja,ujang,dara.com,dewan masyarakat,novel (cintan dan thriller)…paper wajib tiap hari.majalah tu tiap2 bulan baca…

Matrix: remaja,dara.com,dewan siswa,dewan masyarakat,mastika,novel (baru start baca novel English)…

Sekarang: mastika,mingguan wanita,dewan masyarakat,i,kosmik,reader digest,novel…(x tiap bulan,ikut waktu lapang)…

Hurm… tu semua majalah.kalau buku2 pulak banyak la jugak.tak ingat la kalau nak list semua…tapi aku memang suka baca buku2 agama dan motivasi (tapi tak termotivasi pun)…heheh.start form two la aku suka baca buku ni.antara yang aku ingat…

#kisah-kisah anbiya’…
#10 dijamin masuk syurga (best gile)…
#101 wasiat rasulullah kepada wanita solehah…
#isteri-isteri nabi…
#kisah-kisah teladan…
#ulama’-ulama’ nusantara…
#taliban…
#fiqh marah…
Kalau rajin sikit pi library cari buku2 fiqh yang ada pandangan 4 mazhab…
Kalau buku2 motivasi pulak,aku suka buku karangan HM Tuah…
# nak ke tak nak…
#membina imaginasi cemerlang…
#membina rasa cinta…
#jangan tidak-tidak…
#fikir-fikirlah…
#membina hati bahagia…


Hurm…benyak lagi yang aku tak list kat sini..tu lah antara buku dan majalah yang aku suka,pernah dan masih baca…heheh…tak la banyak…ngeh3…paling banyak yang aku baca novel la.100? sure dah lebih…so,aku ni suka membaca tak???

wireless meragam...

Sepatutnya hari ahad malam dah boleh on9 tapi aku tak tau la nape sampai sekarang tak dapat2 wireless kat bilik aku tu…tensen jugak hari2 tunggu tapi tak dapat2..dia nak suruh aku study kot…heheh...ni pun on9 kat student lounge…Tak best skit on9 kat student lounge ni.orang ramai..

ada yang tengok tv,ada yang buat discussion,ada yang saja2 on9…chatting,main pet society,cari info untuk assignment dll.tapi yang bestnya sure la wireless clear,line full…hehe.ada yang baring atas sofa,yang duduk dekat meja yang duduk dengan sopannya,ada yang melunjur,ada yang meniarap,ada yang mengiring,macam2 punya stail la…so,memang ramai la kat sini.lagi2 kalau weekend,ada ja yang bawak bantal dengan selimut.tido sini terus.esok subuh balik la..macam penah buat ja.erkk…tapi ni bukan dekat student lounge mahallah aku ek…mahallah sapa tah..huhu…

alahai…bila la nak ada wireless kat bilik aku tu.jenuh jugak nak datang student lounge hari2,tak sempat.Cepat la ada balik…banyak benda aku nak kena buat ni…sob3…cuk,borrow ur words ‘saya sayang iium community’…esok ada ek sayang intan payung…hahaha…

#iium community tu nama wireless uia..huhu…

Wednesday, June 3, 2009

aku tidak seperti engkau...

Ya,aku tak pandai macam kau. Aku tak secerdik kau yang tiap tahun dapat merasa naik pentas masa hari anugerah cemerlang di sekolah dulu. Aku tak sehebat kau untuk mendapat tajaan JPA di universiti. Aku juga tak sebijak kau untuk ditawarkan jurusan yang aku impikan. Aku tidak sepetah kau dalam berbicara. Aku tidak sepantas kau dalam mengira. Aku tidak secepat kau dalam mengahafal. Dan aku tidak cukup layak untuk di senaraikan sebagai pelajar dean list…dengan kau aku sentiasa yang kedua,ketiga,keempat atau entah yang keberapa...ya, akui semua itu.kau memang hebat,syabas!!!...

namun kau lupa banyak perkara…

Aku juga manusia seperti kau.aku punya perasaan,tahu rasa sedih dan gembira…

Kau manusia yang fitrahnya tidak boleh menjadi kera sumbang,yang selamanya mampu hidup tanpa kawan…

Segala yang kau miliki adalah kerana Dia mengizinkan…kesenangan ataupun kesusahan sama saja.semua tu hanyalah ujian…Dia boleh memberi dan menarik bila2 masa sahaja…jangan bongkak!!!

Dan ingatlah,kau hanyalah seorang manusia!!! Akan pergi bila2 masa...ke tanah jua engkau kembali nanti...

Di sana nanti bukan kecercerdik yang Allah timbangkan...

#memaafkan dan melupakan adalah perkara yang berbeza…mudah untuk memaafkan tapi payah untuk melupakan…itulah manusia lazimnya...

untitle 2...

salam, morning....



.................. <>..........................
.................... <> ........................
...................... <> ......................
........................ <> .....................
......................... <> ....................
..........................<> ...................



hurmm >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

yuhuuuuuuuuuuuuuuuuuuu...


aku

nak

balik

kampung.................


babai semua...jumpa lagi isnin nanti...



p/s: manja,jangan on9 24 jam takut meletup laptop, terbakar pulak uia kesayangan manja tu...kang tiba2 jadi headline "uia terbakar"...kan susah.tapi...boleh dard cuti lama skit.hehehe...
nauzubillah...(merepek ja dard pagi2 buta ni)...wait for me ha...

Tuesday, June 2, 2009

untitle...

balikHurm…hari ni class cancelled,tak best betul…sebab hari ni aku dengan semangatnya nak p class.alih2 sampai class kawan aku cakap class cancelled.esok pun tak dak class tapi sir ganti hari khamis pukul 11…khamis pukul 11??? Alamak,aku kan dah plan nak balik rumah hari rabu petang…camne ni? Alahai,spoil plan aku...

Actually aku tak beli pun lagi tiket nak balik…ingat nak beli on da spot ja..tapi kawan aku ni suruh beli dulu.musim cuti sekolah katanya…betul jugak tu,hurmm…x pa la, jap lagi aku kuar la pi beli tiket.kalau tak dak tiket hari rabu petang,aku pi kelas ganti hari khamis tu tapi kalau ada….yuhuuuu,selamat tinggal kawan2…hehe..baguskan aku ponteng class? x pa,sekali sekala.dah nak abis sem pun…huhu…

Dah tak dak class tadi,malas la pulak nak balik bilik.ya la, penat berjalan pun tak habis lagi…nak buat apa ek? Tengah fikir nak buat apa,kawan aku ajak pi library.dia nak anta buku…idea yang bagus tu.boleh aku baca paper…anda dah baca paper hari ni? Kisah si Manohara dengan temenggong Kelantan tu la yang hot...

Dah habis baca paper aku baca pulak readers digest…habis baca readers digest tu,jam baru pukul 11.40…alamak,awal lagi la…nak buat apa lagi? Kalau balik bilik,confirm tido (hehe)…tiba2 teringat novel how to trap a taicoon yang aku baca tak habis lagi tu…so,aku pun masuk la light reading area.niat di hati nak cari novel tu la…cari punya cari sampai habis satu area light reading tu,tak jumpa jugak…hampeh betul…tak pa la,cari ja la novel lain…nak cari novel thriller,tapi tengok macam tak best ja yang tinggal pun…dan aku ternampak novel ni…

Best ka ha? Aku pun belek la novel ni,baca synopsis dia skit…hurm…macam menarik ja.aku pun pinjam la…tah bila la nak habis baca ni…final lagi 20 hari ja.hehehe…

Eh,dah zuhur la…aku kena kuar dulu…nak siap2 pi beli tiket…jumpa lagi..papaiii……..salam…

oh wanita...

1) Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah. (Riwayat Muslim)...


2) Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi, agar mereka mencium bau harumnya maka ia adalah perempuan zina,dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina. (Riwayat Ahmad, Thabarani dan Hakim)...

3) Dikahwini wanita itu kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya, maka carilah yang kuat beragama nescaya kamu beruntung...
4) Wanita apabila ia sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadhan, memelihara kehormatan serta taat pada suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang ia kehendaki. (Riwayat dari Ahmad Ibnu Hibban, Thabarani, Anas bin Malik)...

5) Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaaan berhias bukan untuk suaminya dan muhrimnya adalah seumpama gelap gelita di hari kiamat, tiada nur baginya. (Riwayat Tarmizi)..

6) Apabila lari seorang wanita dari rumah suaminya, tidak diterima sembahyangnya, sehingga ia kembali dan menghulurkan tangan kepada suaminya (meminta maaf). (Riwayat dari Hassan)...
7) Wanita yang taat pada suami, semua burung-burung di udara, ikan diair, malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya beristigfar baginya selama ia masih taat pada suaminya dan diredainya (serta menjaga sembahyang dan puasanya)...

8) Dari Muaz bin Jabal bersabda Rasululllah SAW: Mana-mana wanita yang berdiri di atas kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka...
9) Tiap-tiap wanita yang menolong suaminya di dalam urusan agama, maka Allah memasukkanya dalam syurga lebih dahulu dari suaminya (sepuluh ribu tahun) kerana dia memuliakan suaminya di dunia maka mendapat pakaian dan bau-bauan syurga untuk turun ke mahligai suaminya dan mengadapnya. ..

10) Ya Fatimah, jika seorang wanita meminyakkan rambut suaminya dan janggutnya dan memotong kumisnya dan mengerat kukunya, diberi minum Allah akan dia sungai syurga, diiringi Allah baginya sakaratul maut dan akan didapati kuburnya menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga serta dicatatkan Allah baginya kelepasan dari neraka dan selamatlah ia melintasi titian Siratul-mustaqim...

11) Mana-mana wanita yang berkata kepada suaminya "tidak pernah aku dapat dari engkau satu kebajikan pun". Maka Allah akan hapuskan amalannya selama 70 tahun, walaupun ia berpuasa siang hari dan beribadah pada malamnya...

12) Apabila wanita mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya, Allah mencatatkan baginya setiap hari seribu kebajikan dan menghapus baginya seribu kejahatan...
13) Apabila wanita mulai sakit untuk bersalin, Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah (perang sabil)...
14) Apabila wanita melahirkan anak keluarlah dosa-dosa darinya seperti keadaan ibunya melahirkannya...

#iluvislam.com